Bab 62⏳

3.4K 538 188
                                    

Aianos | Forever



“TAEHYUNG!”

“OI APA KAU NAK?!” terjerit Taehyung jadinya bila Haerin tiba- tiba saja mengejutkannya dari belakang. Nasib dia tak tercarut tadi, dahlah ada Jaehwan sini.

Ei, Haerin ni nak kena cium ke apa?

“Kenapa ni, sayang?” soal Taehyung dengan bibir yang sedikit muncung, Haerin cuma membalasnya dengan sengihan kecil.

“Saya nak cakap something ni. Tadi kan, akak Haera muncul dalam bilik Jiyoon.” ucap Haerin seraya mengelus- ngelus rambut Jaehwan yang hampir tertidur menemani Taehyung itu.

“Hah? Lepas tu, d- dia cakap apa? Dia masih marahkan saya ke?” tergagap Taehyung jadinya, pen diletakkan diatas meja sebelum bahu Haerin disentuhnya. Matanya meliar memandang ke sekeliling bilik kerjanya itu.

Takut pula dia kalau Haera tiba- tiba muncul. Tak ke naya dia nanti?

“Em.. akak Haera cakap kalau awak menggatal lagi, dia akan cungkil mata awak.” kata Haerin dengan sengihan kecil di hujung bibirnya yang membuatkan muka Taehyung berubah pucat.

Kalau boleh, mahu saja Haerin gelak besar disitu. Tapi dia kenalah teruskan penipuannya. Kalau dia bagitau perkara sebenarnya, tak mustahil Taehyung akan menggatal semula, kan?

“Janganlah main-main sayang...” rengek Taehyung, dia tarik kedua tangan Haerin bila gadis itu mahu melangkah pergi darinya.

“Saya tak main- mainlah, Taehyung. Dahlah, baik awak pindahkan Jaehwan dalam bilik dia. Lenguh satu badan kalau dia tidur duduk macam tu.” kata Haerin, Taehyung cuma akur.

Tubuh kecil Jaehwan diangkatnya lalu dibawa keluar. Bilik tidur kanak- kanak itu dibuka lalu tubuh Jaehwan diletakkan diatas katil.

Jalja, uri aedel. (Selamat malam, anakku)” bisik Taehyung sebelum pipi Jaehwan dikecupnya sekilas. Haerin cuma memerhati dalam diam.

Taehyung dalam keadaan macam tu, dia nampak macam seorang ayah yang penyayang walaupun itu bukanlah anaknya yang sebenar.

Bayangkan kalau dia betul- betul ada anak?

Tentu shomel, kan?

Cup!

“Hey, kenapa kiss saya tiba-tiba?” soal Haerin bila Taehyung mencium pipinya tanpa amaran. Pinggang Haerin dirangkul mesra.

“Saja. Mandu saya ni bila dah mengelamun, mana nak dengar apa yang daddy Tae cakap.” balas Taehyung seraya mencubit geram hidung Haerin.

Laju gadis itu menepisnya.

“Eiii”

“Apa eii? Jom tidur, penat buat kerja sambil layan baby Jaehwan. Lenguh satu badan. Daddy Tae nak regain semula tenaga dengan...” Taehyung menjeda ayatnya buatkan kening Haerin terjongket satu.

“Awak jangan mengada- ngada eah. Kita sekarang dalam bilik Jaehwan kalau awak sebut pasal benda tu, saya-”  Haerin menekup mulutnya.

Dia berpandangan dengan Taehyung yang ikut terdiam memandangnya itu sebelum Haerin membuka langkah seribu keluar dari bilik tidur Jaehwan lalu masuk kedalam kamar mandi di bilik tidur mereka.

Segala isi perut dimuntahkan kedalam sinki.

“Sayang?” panggil Taehyung, dia usap belakang badan Haerin. Sedikit pelik dengan tingkah laku gadis itu.

“Okay, tak? Nak pergi klinik ke?” soal Taehyung. Haerin masih diam, kepalanya berdenyut pening.

“Tae...”

“Em?”

I think i'm pregnant.

“HAH?”

_______________

Macam mana boleh salah check pulak Doktor? Tahu tak yang saya dah hampir nak menangis air mata darah depan isteri saya?” dengan penuh emosi Taehyung menyoal.

Bengang dia bila dapat tahu yang doktor yang datang memeriksa keadaanya itu berkata bahawa dirinya sebenarnya tak mengalami sebarang masalah terutamanya masalah mati pucuk?

Maafkan saya, waktu tu saya tengah merawat seorang lelaki yang mengalami mati pucuk, jadi saya terbawa- bawa sampai kepada Encik. Sekali lagi saya minta maaf.

Waduh! Nggak bisa diterima ini!

“Hish! Geramnya saya!”

“Sudahlah, Taehyung. Benda dah jadi, kan?” celah Haerin seraya memeluk lengan Taehyung. Lelaki itu mengeluh kecil.

“Nasib saya tak bergusti dengan isteri saya tadi, tau Dok?” ujar Taehyung buatkan Haerin ketawa kecil.

Yalah, bila Haerin cakap yang dia mengandung, terkejut beruk Taehyung gamaknya. Doktor cakap dia mati pucuk, habis tu macam mana Haerin kesayangan dia boleh mengandung?

Eiiii.

“Sekali lagi bagi pihak kami, saya minta maaf banyak- banyak.” ucap Doktor lelaki tersebut seraya menundukkan badannya.

“Hum, tak apalah. Benda dah jadi. Oh ya, terima kasih juga sebab buat macam tu, kalau tak saya tak tahu betapa sayangnya Haerin saya ni kepada saya. Thanks a lot, doctor.” kata Taehyung, laju tapak tangan doktor dicapainya lalu disalamnya.

“Dah jom balik.” bahu Haerin dirangkulnya. Sambil berjalan dia tersengih- sengih.

“Dah kenapa?”

“Suka, saya dah jadi papa! Yeehaw!” sorak Taehyung namun bila ditegur oleh seorang nurse untuk diam, dia kembali mendiamkan diri.

Bunyi deringan telefon pintar miliknya buatkan Taehyung cepat- cepat menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan telefonnya dari situ.

Incoming call from, mama👀

Mama call! Mesti dia tanya tentang Jiyoon dengan Jaehwan! Ki-kita tak terangkan lagi. Jom sayang!”

.

😋

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now