Bab 60⏳

3.5K 597 121
                                    

Aianos | Forever



“AWAK betul- betul nak ambil Jiyoon sebagai anak angkat?Soal Haerin seraya melabuhkan punggungnya disamping Taehyung.

“Ya, saya dah fikir masak- masak. Mungkin dah takdir saya untuk tak boleh nak mengandungkan awak.

Tapi kita masih boleh ambil anak angkat seperti yang awak cakap semalam.” balas Taehyung. Tangannya ligat menaip diatas keyboard laptop.

Dia mahu siapkan kertas kerja yang tergendala dua hari yang lalu.

Yalah, terlalu sibuk melayan perasaan sampai tak sedar ada kerja yang perlu diselesaikan.

Huh.

“Saya nak ambil Jaehwan juga. Dia comel sangat.” ujar Haerin seraya mengelus- ngelus lengan Taehyung.

Lelaki itu menoleh sekilas, dia lingkarkan lengannya dileher Haerin menarik gadis itu agar rapat dengannya.

Haerin menyandarkan kepalanya didada Taehyung.

“Boleh ke awak jaga dua orang sekaligus? Nanti penat macam mana?” soal Taehyung, satu tapak tangannya mengusap bahu Haerin dan satu lagi menaip.

“Boleh aje.”

“Nanti awak sakit pinggang? Penat, tak cukup tidur?”

“Saya bukannya jaga sepuluh orang pun Taehyung! Dua aje.” dada Taehyung dipukul perlahan oleh Haerin buatkan Taehyung merengek sakit.

“Yalah, yalah. Nanti saya bincang dengan Puan Ahn.” kata Taehyung, sedikit bersetuju dengan kemahuan Haerin itu.

“Yeay, thank you, Taehyung. Muah!” pipi Taehyung dicium Haerin sekilas, ketika dia mahu mengangkat punggung, laju Taehyung menahan lengannya dari berdiri.

“Eh, sayang nak kemana?” soal Taehyung, dahinya berkerut kecil.

“Saya nak naik atas, nak tengok movie. Tak naklah ganggu awak bekerja-”

“Eh ganggu apanya, kalau ada sayang lagilah saya bersemangat nak berkerja. Meh sini.” ujar Taehyung, pantas lengan Haerin kembali ditariknya hingga gadis itu terduduk semula.

“Okay, saya stay sini sampai awak selesai.” Haerin sandarkan kepalanya di bahu Taehyung kembali.

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar, aplikasi instagram dibuka lalu di scroll hingga ke bawah.

Ting!

Jeon.Jk want to send you a message.

JK?” dahi Haerin berkerut sebaik dia membaca nama tersebut.

Hai, baby.
(♡)

Baby, who?
Me?

-Yes, you.
-Hei, takkan tak ingat aku?
-Aku Jungkook, satu course dengan kau masa kat Amerika dulu?
-Bunny Jeon?

Ouh.
Dah balik Korea ke?

+otw.
+kau makin lawa.

[C] AIANOS | 뷔 ✓Where stories live. Discover now