Aianos | Forever
“MAMA buat apa sekarang ni?” soal Jiyoon seraya menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi disamping Haerin.
“Mama nak urus borang sekolah, Yoon. Tahun depan boleh masuk sekolah. Yoon nak sekolah, kan?” soal Haerin.
Laju saja Jiyoon mengangguk kecil. Matanya bersinar- sinar petanda yang dia betul- betul nak ke sekolah.
“Terima kasih, mama.” bisik Jiyoon, pinggang Haerin dipeluknya.
“Small matter, sayang.” balas Haerin, rambut Jiyoon dielusnya.
“Ma, kalau baby lahir, mama nak letak nama apa?” soal Jiyoon.
“Awal lagilah sayang nak fikir nama ni. Tak apa, kalau baby dah lahir nanti, Jiyoon yang letak nama, okay?” kata Haerin diselangi anggukan dari Jiyoon.
“Em, nak Yoon tolong apa- apa ke?” soal Jiyoon. Haerin menggeleng kecil.
“Tak apa. Pergi bangunkan Papa dengan Jaehwan dekat atas dulu. Dah nak dekat pukul 10 ni, tak bangun- bangun lagi. Nak kena siram apa. Tak padan dengan tua.” perli Haerin.
Yalah, semalam Taehyung yang pergi ajak Jaehwan tengok Rise of The Guardian yang ada Jake Frost tu sampai jam 12 suku.
Haih. Sabar jelah.
Sempat Jiyoon ketawa kecil sebelum dia mendaki tangga naik ke tingkat atas.
Pintu bilik ditolak sebelum terpampang papanya dengan adiknya yang sedang terbongkang tidur diatas katil itu. Terkangkang lagi tu.
Eii, ini kalau kena siram ni. Menggeletis keduanya.
“Papa bangun. Dah lewat!” lengan Taehyung digoncang perlahan. Taehyung menggeliat kecil sebelum dia mengiringkan tubuhnya ke samping.
“Hwan- ah! Palli ireona!” lengan Jaehwan pula digoncangnya. Namun reaksinya sama dengan Taehyung. Jaehwan juga menggeliat ke samping, saling berpelukan dengan papanya, Taehyung.
“Ireona!” punggung Taehyung dan Jaehwan sama- sama dipukul Jiyoon kerana geram. Namun respon masih sama, hanya dengkuran saja yang kedengaran.
Jiyoon bercekak pinggang.
Dia tersengih kecil bila mendapat satu idea. Jiyoon batuk kecil sebelum dia berdehem.
“Ehem.”
“Papa! Mama Haerin! Tengoklah Mama Haerin!!” jerit Jiyoon serta merta buatkan Taehyung mengangkat kepalanya.
“Hah! Kenapa dengan Mama Haerin, Yoon? Mama Haerin kenapa?” laju Taehyung duduk dibirai katil, kedua belah bahu Jiyoon disentuhnya.
“Mama Haerin...”
“AAA Haerin sayangku!” jerit Taehyung sebelum dia berlari keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga.
Haerin yang sedang menyusun fail itu terus ditariknya kedalam pelukan.
Tubuh Haerin di beleknya, mencari-cari dimana luka atau kecederaan isterinya itu.
“Kenapa ni, Taehyung?”
“Mana luka? Dekat mana yang cedera? Sayang okay tak? Oh my god sayang. What happen?” bertubi- tubi soalan yang Taehyung berikan sebelum bahu Haerin disentuhnya.
Pipi Haerin juga dicengkam lembut.
“Saya okaylah, Taehyung. Kenapa ni?”
“Jiyoon cakap yang sa- sayang cedera. That's why i came here to check on you. Are you okay, sayang?” soal Taehyung.
“Saya okay, Taehyung. Saya yang minta Jiyoon bangunkan awak. Dahlah, pergi ajak Jaehwan mandi sekali. Dah lewat. Nanti terus makan tengah hari.” kata Haerin seraya mencuit hidung Taehyung.
Terkebil- kebil Taehyung jadinya.
“Jadi, sayang tak apa- apalah?”
“Ya, saya tak apa.” balas Haerin.
“Yoon mainkan papa ke? Mari sini!” Terus Jiyoon membuka langkah seribu berlari menjauhi Taehyung bila lelaki itu mula membuka langkah mengejarnya.
“Mari sini, biar papa geletek Jiyoon!”
“AAA Tak nak! Mama! Tolong Yoon!” jerit Jiyoon diselangi ketawa yang besar bila Taehyung menggeletek perutnya.
Haerin cuma tersenyum seraya menggeleng kepalanya.
Eii, comel sangat.
.
Kita panjangkan sikit cerita ni.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] AIANOS | 뷔 ✓
Fiksi PenggemarPernah dengar istilah bersalin tikar? Yup, bila salah seorang adik beradik meninggal dunia dan bekas isteri atau bekas suami mahukan pengganti dalam kalangan adik beradik. Ya, itulah maksud istilah bersalin tikar. Dan aku, Park Haerin sedang menghad...