chapter 3

213 15 0
                                    

" baiklah,kem latihan ni kita tangguhkan sampai sini saja..kalau ada masa lagi nanti,kami akan beritahu tarikhnya..apa yang penting,kamu praktikkan lagi latihan yang kamu dah lalui ni untuk tingkatkan lagi kemampuan kamu,faham? "kata pengurus kem itu dengan tegas..

" faham,coach! "kata mereka semua serentak.."baiklah,jumpa lagi nanti..semua boleh bersurai! "
     *                       *                      *

"jumpa lagi nanti,senpai! "kata Hinata dan kageyama sambil melambai lambai bokuto dan Akaashi..Kemudian mereka berlalu ke stesen bas yang berhampiran.

" kau nak ke mana lepas ni,kageyama? "kata Hinata."aku nak pulang dan berehat seharian..besok baru aku mulakan latihan semula..kau?"kata kageyama.  

"aku perlu ke airport sekarang..keluarga kawan mak aku akan pulang tak lama lagi..memandangkan airport pun tak jauh dari tempat ni..jadi aku lah yang kena jemput mereka."kata Hinata dengan senyuman di wajahnya.

"kau nampak gembira ,hinata.."kata Kageyama."dah tentu lah! Itu keluarga furatabi..dan aku akan jumpa Yuki semula!"kata Hinata bersuara teruja.

"maksud kau,kawan sepermainan kau tu ke?"kata kageyama agak terkejut."ya! Aku tertanya tanya macam mana lah khabar dia sekarang.."kata Hinata.

kageyama tersenyum."dah tentulah dia okey,lembap! "kata kageyama. Hinata tersengih. Kemudian bas yang ditunggu tunggu telah pun tiba.

"ah aku pergi dulu !"kata Hinata lantas berlalu naik ke dalam bas itu..Kageyama hanya menunjukkan thumbs upnya dan bas itu pun berlalu pergi..'yuki yaa? aku tertanya tanya macam mana lah orang nya agaknya.'bisik hati kageyama.

Bas yang dinaiki hinata akhirnya berhenti di hadapan lapangan terbang itu. Hinata terus saja turun dari bas itu setelah membayar tambangnya dan bergegas masuk ke dalam lapangan terbang yang agak sesak itu.

"mak kata, kapal mereka mendarat pukul 2 petang..mungkin mereka baru je nak check out..aku tunggu kat sini ajelah," kata Hinata lantas mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan kawasan tempat para penumpang pesawat kapal terbang itu keluar.

*Yuki POV*

Aku dan ibuku sedang bersama sama dengan penumpang lain berpusu pusu keluar dari kapal terbang yang baru mendarat itu.
Aku menghirup udara segar dari Jepun yang sudah lama aku rindui.

"hahh..tak sangka aku akan balik ke tempat ni semula..tanah air aku!"kata ku dengan penuh rasa teruja.

"shiro,mari kita ambil barang barang kita kat sana okey? "kata ibu yang berjalan di hadapanku."okey,"ujarku pendek..Aku membuntuti langkah ibuku menuju ke ruang barang barang untuk mengambil bagasi kami..

"ohh itu pun dia! "kata ibu ku lantas mengambil beg kami yang kebetulan berdekatan. Selesai mengambil beg, kami menuju ke balai keluar untuk check out.

Aku hanya memerhati gelagat ibuku yang sedang berbual mesra di telefon. Itu sudah tentu Ayahku. Ayah tak dapat balik sekalj dengan kami memandangkan masih ada urusan yang belum selesai di Amerika. Mungkin 3 hari lagi dia akan pulang. Aku hanya mengeluh lantas memasangkan headphoneku yang sedari tadi tersangkut di leherku.

"mari,shiro..ada seseorang yang akan jemput kita.."kata Ibu bernada teruja namun aku memandangnya dengan kerutan di dahi. Siapa pula yang rajin sangat jemput kitorang ni? Setahu Aku kami takde pembantu pun kat rumah.

Aku hanya mengangkat bahu ku tanda tidak kisah.Apa apa jelah..aku nak balik dan berehat. 5 jam di dalam kapal terbang tadi sangat menyakitkan belakang ku!

Aku yang sedang sibuk melayan telefon pintarku tiba tiba perasan dengan ibuku yang sedang berlari ke arah seseorang. Tatkala aku mendongak, mataku membulat melihat seseorang yang berada dalam pelukan ibuku.

" S-sho-chan?!"

*End of pov*

Hinata yang sedang duduk menanti itu terpandang seorang wanita yang berambut putih dan sangat di kenalinya.

" makcik!"kata Hinata riang dan suaranya berjaya menangkap perhatian wanita berambut putih itu. Pn.furutabi memandang Hinata dengan wajah terujanya dan berlari ke arah hinata.."shoyo-kun !tak sangka kamu yang akan menjemput kami!"kata pn. Furutabi lantas memeluk Hinata dengan erat.

Hinata tersengih." oka chan yang suruh saya datang memandangkan saya ada kem di kawasan ni."kata Hinata."ohhh,"kata pn.furutabi.Baru sahaja hinata ingin bertanya tentang yuki,seseorang bersuara memanggil namanya.

"s-sho chan?!"

Hinata menoleh dan terkedu melihat gadis berambut putih yang sangat anggun sedang melihatnya dengan mata yang membulat. "y-yuki?!"kata Hinata agak terperanjat.

Shiroyuki seakan tidak percaya. Orang yang paling dirinduinya ada di depan mata! Shiroyuki terus melepaskan begnya dan berlari ke arah Hinata yang masih terkaku."sho-chan! Aku rinduu kau sangat-sangat,kau tahu tak?"kata shiroyuki lantas memeluk Hinata. Hinata agak terperanjat dan wajahnya berubah merah.

"y-yuki..aku tak tahu pun yang kau membesar jadi gadis comel! "kata Hinata .shiroyuki terus menyekeh kepala hinata menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan." apa kau merepek ni ,sho chan? Aku masih yuki yang dulu okey?"kata Shiroyuki geram..

"aduhh aduh! Okey okey! Maaflah !" kata Hinata menyebabkan shiroyuki tergelak. Hinata turut tergelak kemudian dia pula memeluk shiroyuki.

"aku pun rinduuu sangat2 dengan kau tau? Dah 4 tahun kot kita tak jumpa!"kata hinata .."haa,boleh kita pergi sekarang? Ibu pun teringin nak jumpa mak kamu,shoyo" kata pn.furutabi menyebabkan kedua remaja itu tersengih.

Sesampainya mereka di perkarangan rumah keluarga furutabi yang terletak di sebelah rumah Hinata ,mereka pun bersama sama membantu mengangkat beg beg mereka. Ibu kepada hinata iaitu pn.ayumi sedang rancak berbual dengan pn.furutabi memandangkan mereka juga merindui satu sama lain.

" yuki,aku pergi bersihkan diri u dulu ya? Nanti aku datang semula! "kata Hinata. Shiroyuki hanya melambai dengan senyuman manisnya."okey!"kata shiroyuki lantas menapak masuk ke dalam rumahnya.

Hinata meletakkan begnya di tepi katilnya lantas mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik mandinya.

Shiroyuki membuka biliknya dan memerhati ruangan biliknya yang dihiasi dinding berwarna biru putih dan bilik itu kelihatan kosong memandangkan sudah 4 tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya.

Shiroyuki tersenyum lantas meletakkan barang barangnya di atas meja belajarnya." tempat ni sangat berhabuk.."katanya lantas membuka tingkap biliknya untuk membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam biliknya.shiroyuki melipat lengan bajunya lantas memegang bahunya..

"okey,mari kita mulakan.."

 
  *                          *                        *

"kau main bola tampar??"kata shiroyuki agak terperanjat aabila mendengar cerita dari rakannya itu..Hinata yang sedang mengunyah kek coklat yang disediakan oleh pn.furutabi itu terus mengangguk laju.

"aku tak sangka kau minat bola tampar hanya disebabkan kau ternampak siaran langsung di kedai tv beberapa tahun yang lalu tu.. Ianya sesuatu yang mengejutkan,tahu tak ?"kata shiroyuki masih terkejut.

Hinata tergelak." aku pun tak sangka aku boleh capai sejauh ni hanya disebabkan aku nampak 'little giant' tu kat tv.."kata Hinata..shiroyuki tersenyum.

"jadi kau akan ke peringkat mana lepas ni?"kata shiroyuki lantas mengambil cawan kecil yang berisikan teh itu.."peringkat kebangsaan..3 minggu lagi rasanya," shiroyuki tersedak menyebabkan dia terbatuk batuk.

Hinata agak terkejut."y-yuki?! Kau okay ke? " "kau biar betul?!"kata Shiroyuki agak terperanjat . Hinata turut terkejut. ''b-betul lah!" kata hinata.

Shiroyuki kemudian tersenyum manis lantas memeluk hinata."aww sho-chann! Kau buat aku bangga lah !"kata shiroyuki riang. Hinata terus tersenyum."ahahaha! Baguslah tu!"kata Hinata. Shiroyuki meleraikan pelukan dan kembali menikmati tehnya.

"kalau macam tu, aku masih sempat nak tengok perlawanan kau lah ni kan " kata shiroyuki. wajah hinata bertukar teruja. ''betullah ! Kalau ada yuki kat sana,karasuno pasti menang !"kata Hinata teruja.

"karasuno ?"kata shiroyuki hairan."hehe.. Mereka adalah pasukan aku. Nanti aku kenalkan  mereka ya?"kata hinata. Shiroyuki tersenyum riang. " tak sabarnya! "

Haikyuu! (on going)Where stories live. Discover now