chapter 11

74 4 0
                                    

Hinata ternampak Shiroyuki yang baru pulang sambil menolak basikalnya. Wajahnya memerah melihat Shiroyuki yang sedang tersenyum keseorangan.

'y-yuki nampak sangat cantik..' bisik hatinya.

Kemudian,dia perasan sesuatu.' yuki dari mana ya? Kenapa dia pakai cantik-cantik macam tu? 'bisik hati Hinata penuh tanda tanya.

"sho? Sho-chan! "

Hinata tersentak apabila Shiroyuki sudah pun tercegat di hadapannya sambil memandang tepat ke arah wajahnya.

"y-yuki?!! Sejak bila kau ada di sini?!" kata Hinata agak terkejut sambil menjarakkan dirinya. " baru je..kenapa kau termenung ni? "soal Shiroyuki kehairanan.

"e-err...takde apa-apa," kata Hinata sambil mengusap belakang lehernya. Dia tersengih. Shiroyuki menggeleng-geleng.

"kau dah packing ke? Kau tahu kan esok kita dah nak gerak? "kata Shiroyuki. "aku dah siap lah! Dari dulu lagi dah packing," kata Hinata.

Shiroyuki tersenyum menyebabkan Hinata tersentak." baguslah..aku suka tengok semangat kau,Sho " kata Shiroyuki lantas mengambil tempat di sebelah Lelaki itu.

Hinata mengalihkan pandangannya, cuba mengawal detak jantungnya yang semakin lama semakin kencang.

"erm yuki..''panggil Hinata perlahan. "hmm?" sahut Shiroyuki sambil menoleh ke arah Hinata. "aku tertanya-tanya..kau dari mana ni? "soal Hinata perlahan.

"oh,aku baru je pulang dari temankan Tobio beli barang," Hinata tersentak.

' k-kageyama?! 'bisik hati Hinata agak terkejut. Mengenang wajah Kageyama membuatkan dia mencebik. 'kenapa kageyama tiba-tiba ajak yuki pula? Tak mungkin lah...dia suka yuki juga?!' bisik hatinya lagi.

" o-ohh.."balas Hinata perlahan.Shiroyuki mengerutkan dahinya. 'lambatnya dia balas' bisik hati Shiroyuki. "okey lah,sho-chan..aku nak balik dulu ya?" pamit Shiroyuki sambil bangkit dari duduknya.

"b-boleh tak kau datang malam ni? Aku nak berbual dengan kau.."kata Hinata sambil mendongak ke arah gadis itu. Shiroyuki tersenyum.

"dah tentu! "kata shiroyuki sambil mengusap kepala Hinata. "jumpa nanti,"sambungnya lagi sebelum berlalu pergi. Hinata memerhati langkah Shiroyuki sehingga la gadis itu masuk ke rumah. Hinata mengeluh.

'aku tak nak yuki jatuh ke tangan orang lain,' bisik hati Hinata.

* * *

   Shiroyuki dan Hinata duduk di beranda belakang rumah Hinata yang menghadap ke arah hutan itu. Langit malam yang gelap gelita itu kelihatan indah apabila bintang-bintang yang tidak terhitung itu bersinar-sinar.

" apa perasaan kau untuk perlawanan esok,Sho-chan? "soal Shiroyuki yang ingin memecahkan kesunyian di antara mereka. Hinata yang sedang menjamah biskut itu memandang ke arah gadis itu.

"dah tentu lah aku bersemangat! Aku tak sangka aku dah sampai sejauh ni..aku betul-betul gembira! " luah Hinata lantas tersenyum.

Shiroyuki tersenyum gembira dengan jawapan Hinata. Memang betul,dahulu dia cuma boleh melihat lelaki itu berkata-kata tentang impiannya..sekarang,terbukti bahawa ianya tidak mustahil .

"dengan usaha kau selama ni,memang kau layak pun untuk ke peringkat ni ,sho-chan.." kata Shiroyuki.

"betul? "kata Hinata. Shiroyuki mengangguk angguk membiatkan Hinata tersenyum dalam perasaan terharu.

"terima kasih,yuki! "ucapnya lantas memeluk gadis itu erat. Shiroyuki sedikit tergamam namun seketika kemudian dia tersenyum. Pelukan itu dibalas dengan kemas. "sama -sama sho-chan.." katanya.

   "oh ya,yuki.." pelukan dileraikan dan shiroyuki memandang ke arah Hinata. "kau..pernah bercinta ke?" soalan Hinata menyebabkan Shiroyuki tersentak.

"k-kenapa tiba-tiba je kau tanya?" kata shiroyuki lantas mengalihkan pandangannya.

"err..cuma..aku..err..nak tahu je," kata Hinata sedikit gagap. Shiroyuki berdeham kecil sebelum menjawab soalan Hinata.

"kalau bercinta tu..tak pernah lah..tapi kalau 'minat' tu,adalah.." kata Shiroyuki perlahan.

"m-minat?? Siapa? Kageyama ke? " Kata Hinata sambil mendekatkan dirinya kerana ingin tahu.

Shiroyuki yang agak terkejut itu menolak wajah Hinata tanpa sengaja."m-mana boleh tahu! "kata shiroyuki segan.

Hinata memuncung. Hatinya seakan retak mendengar kata-kata shiroyuki tadi.

'minat? Dah tentulah kageyama kan? Ughh..' keluh hati Hinata kecewa.

  "sho pula macam mana? "kata Shiroyuki melontarkan soalan yang sama kepada lelaki itu. Hinata mengalihkan pandangannya.

"ada.."

shiroyuki tersentak. "sho sedang bercinta?!" kata shiroyuki agak terkejut.

"apa? Bukan bercintalah !"kata Hinata agak terkejut. "habistu? "kata shiroyuki pula. Hinata menghelah nafas panjang.

" aku ada 'suka'
seseorang.." kata Hinata sambil menekan perkataan 'suka' itu. Mata shiroyuki sedikit membulat tatkala
mendengar luahan Hinata.

"orangnya cantik..cantik sangat..dia sangat baik kat aku dan dia selalu ada kat sisi aku..dia-" "orang tu pasti sangat beruntung "potong Shiroyuki membuatkan Hinata menoleh ke arahnya. Wajah shiroyuki kelihatan redup,namun dia tidak perasan akan hal itu.

"kenapa pula yuki cakap macam tu?" soal Hinata kurang memahami. Shiroyuki menoleh ke arah Hinata pula,membalas tatapan lelaki itu.

"yelah,sebab yang suka dia tu,Hinata Shoyo.."kata Shiroyuki sambil tersenyum. Hinata terkedu. Shiroyuki mendongak semula ke arah langit.

Hinata tertunduk mendengar kata-kata Shiroyuki..'jadi,kau memang tak kesah ke kalau aku suka orang lain,yuki? 'bisik hati Hinata sedih.

***

Haikyuu! (on going)Where stories live. Discover now