Shiroyuki mengikat rambut putihnya yang panjang mengurai itu sebelum keluar dari bilik itu bersama dengan Hitoka dan Shimizu. Mereka bertiga menuruni tangga menuju ke ruang utama di rumah penginapan itu.
" malam ni mereka ada latihan sebelum pertandingan besok..jadi, cikgu Takeda minta kita bertiga untuk menyediakan makan malam.."kata Shimizu yang sedang memandang ke arah skrin telefonnya.
"jadi maksudnya kita akan membeli belah?? "kata Hitoka ceria. Memang sifat perempuan suka membeli belah jadi sudah tentulah dia teruja. Shimizu tersenyum dan mengangguk.
" yes! "sorak Hitoka. Shiroyuki tersenyum sambil menggeleng-geleng. "Jomlah.." kata shimizu dan mereka bertiga keluar dari rumah penginapan. Ahli karasuno yang lain sudah pun keluar terlebih dahulu.
Kemudian mereka mengambil bas untuk ke kedai. Shiroyuki dan Hitoka sangat teruja melihat suasana di kawasan itu. Berwarna warni! " seronok juga kan tempat ni? "kata Shiroyuki. Hitoka mengangguk laju.
Setelah tiba di destinasi,mereka keluar dan menuju ke shopping mall yang dihujani dengan ramai orang awam itu. " wahh, waktu malam pun masih lagi ramai orang! ,"kata Hitoka.
"jom kita ke sana..di sana kita boleh beli barang masakan yang diperlukan,"kata Shimizu dan kedua gadis itu menangguk laju." roger! "
Mereka bertiga bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan masakan yang diperlukan setelah dibahagi oleh Shimizu. "awak nampak sangat arif dalam membeli belah,Hitoka.."kata Shiroyuki agak kagum. Hitoka tersengih.
"saya dah terbiasa dah beli barang sendiri memandangkan mama selalu takde kat rumah.." kata Hitoka tersipu-sipu. "ohhh! Saya pula tak berapa nak membeli belah memandangkan mama yang selalu pergi.."kata shiroyuki pula.." ohhh " ujar Hitoka pula.
Sedang-sedang Shiroyuki mencari barang-barang yang diperlukan, dia ternampak sesuatu yang menyebabkan langkahnya terhenti.
"wah! Tak sangka mereka ada jual kat sini! "katanya agak teruja. Dia mengambil roti bun yang berperisa tiramisu itu. " ni makanan kegemaran Sho..mesti dia suka," kata Shiroyuki sendirian lantas mengambil 3 bungkus Bun itu.
Setelah mereka selesai membayar barang-barang tersebut,barulah mereka kembali semula ke rumah penginapan .
***
"huarghh penatnya latihan hari ni.." omel Tanaka yang sedang menuruni bas itu bersama dengan yang lain. Mereka semua kelihatan sangat penat dan mengantuk. Hinata yang masih mamai itu menguap besar. " aku nak tidur..." katanya perlahan.
Tatkala Daichi membuka pintu utama rumah itu, mereka terkejut apabila satu aroma menusuk ke rongga hidung mereka.
"b-bau ni..! "kata Sugawara lantas mereka serentak berlari ke ruang makan. Di situ, ketiga gadis itu sedang sibuk menghidangkan makanan yang sangat lazat di atas meja." oh, selamat pulang.." kata Shimizu. "k-kiyoko! Apa semua ni? "kata Daichi agak terkejut. " Cikgu Takeda dan Coach Ukai yang rancang semua ni.." kata Shimizu. Mereka semua menoleh ke arah Cikgu Taleda dan Ukai yang sedang tersengih di belakang mereka.
" ini semua untuk memberikan kamu semangat untuk bermain esok hari.." Kata Ukai. " silakan, makan lah sepuas hati kamu ya? " kata Cikgu Takeda sambil mempersilakan mereka.
"T-Terima Kasihhh! "ucap mereka agak terharu berbaur teruja lantas masing-masing mengambil tempat duduk.
" korang bertiga yang masak ke? "kata Yamaguchi. Ketiga gadis itu mengangguk angguk. " wahh! Tak sabarnya nak makan! "kata Nishinoya teruja.
" kami makan dulu! "
Mereka semua terus menjamah makanan tersebut dengan penuh berselera. "sedapnyaa! " kata Hinata teruja. Dia memandang ke arah Shiroyuki.
" Yuki! Boleh tak masakkan nanti bila kita balik rumah? "kata Hinata teruja. Shiroyuki tersenyum ceria. " mm! Boleh je," katanya.
"hei,Hinata! Jangan lah cakap macam korang ni tinggal satu rumah pula! "kata Tanaka berseloroh. Hinata dan shiroyuki tersentak. " s-saya tak maksudkannya lah! "kata Hinata. Shiroyuki pula hanya mampu menyembunyikan wajahnya yang merah.
"Yuki! " panggil Kageyama menyebabkan gadis itu tersentak. "y-ya? " katanya sambil menoleh ke arah lelaki itu. "Nak tambah? "kata kageyama sambil menghulurkan mangkuknya.
"o-okay.." kata shiroyuki lantas mengambil mangkuk tersebut dari tangan Kageyama dan mengisinya. Kageyama pula hanya memerhatinya tanpa berkedip.
" nah.." kata Shiroyuki dan huluran itu disambut Kageyama." thanks.." ucapnya sambil tersenyum kecil lantas menyambung suapannya. Shiroyuki hanya tersenyum.
- Time skip-
Selesai sahaja mereka menghabiskan semua hidangan yang dimasak,mereka meminta diri untuk berehat di bilik. Hinata yang baru sahaja selesai membasuh pinggannya mengatur langkah mengikuti rakan-rakannya yang lain.
"sho-chan! " panggil Shiroyuki menyebabkan Hinata terhenti dan menoleh ke arah gadis berambut putih yang sangat anggun di matanya. " Yuki? " kata Hinata. Shiroyuki menghulurkan 2 bungkus bun berperisa tiramisu itu kepada Hinata.
"n-ni..aku jumpa waktu membeli barang tadi.. Ni bun favourite kau kan? "kata Shiroyuki perlahan. Hinata terkedu. 'dia masih ingat? ' bisik hati Hinata agak terkejut.
Kemudian dia tersenyum lebar. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya menyebabkan Shiroyuki tergamam.
"terima kasih,Yuki..aku gembira sangat-sangat.." kata Hinata perlahan menyebabkan wajah Shiroyuki merona merah. "a-apalah kau ni,sho! Benda kecil je pun.." kata Shiroyuki sambil tergelak segan. Hinata tertawa kecil lantas meleraikan pelukannya.
Bungkusan itu diambilnya dari tangan gadis itu. " kau pun suka bun ni kan? Nah,ambillah satu.." kata Hinata membiarkan satu bungkus lagi tangan Gadis itu.
"eh,takpe! Aku beli 3 tadi jadi dah ada satu untuk aku..Sho makan lah banyak-banyak," kata Shiroyuki lantas spontan menarik tangan Hinata dan meletakkan bun itu ditanggannya. Hinata sedikit terkejut.
"o-ohh..okeylah kalau macam tu," kata Hinata sambil mengalihkan kepalanya kerana segan. Shiroyuki tersengih.
"jumpa esok,Sho.." kata Shiroyuki lantas berlalu. " tunggu! "kata Hinata. Shiroyuki menoleh. "kenapa? "kata Shiroyuki.Hinata tersenyum manis.
"tidur lena,okay? "
shiroyuki tersentak dan wajahnya menjadi merah. "o-okey.." dia terus mempercepatkan langkahnya menaiki tangga itu. Hinata memandang ke arah bungkusan bun itu dan tersenyum.
' Yuki.. '
YOU ARE READING
Haikyuu! (on going)
Teen FictionSiapa sangka Hinata Shoyo, jejaka yang sangat hyperactive ini sebenarnya mempunyai rakan sepermainan yang sentiasa berada di sisinya dari dulu.. Hinata yang berada di kem latihan itu agak terkejut apabila mengetahui rakannya itu telah pulang semula...