chapter 4

140 9 0
                                    

" ibu? Di mana uniform sekolah baru saya? "kata shiroyuki yang sedang bermain dengan telefon pintarnya."ibu letak kat tepi almari kamu tu!"laung pn. Furutabi yang sedang menyediakan saraan di dapur.

Shiroyuki bingkas bangun dari posisi duduknya dan menapak ke arah almarinya. Uniform sekolah yang tesangkut kemas di sebelah almari itu diambilnya.

Shiroyuki yang sudah menyarungkan uniform itu terpandang nama sekolah barunya.." karasuno high school?    Bukankah tu nama pasukan sho? Apesal jadi nama sekolah pula? "bisik shiroyuki tertanya tanya.

Bahunya hanya dijongket tanda tidak kesah. Dia mencapai beg sekolahnya dan berlalu keluar dari biliknya. Pn. Furutabi tersenyum melihat penampilan anaknya." kamu nampak hebat dalam uniform tu,shiro.."kata pn.Furutabi.

Shiroyuki membalas senyuman ibunya. "arigato" kata shiroyuki lantas duduk di kerusi itu untuk menjamah sarapannya.

Usai menghabiskan sarapan, pn. Furutabi menghulurkan bento(bekalan makanan) yang sudah di sediakannya itu kepada anak gadisnya. "kamu tak nak ibu hantarkan ke? "kata pn. Furutabi sambil memerhati shiroyuki menyarungkan kasut sekolahnya.

"daijoobu(takpe),ibu..saya nak bersenam sikit sebelum ke sekolah.."kata shiroyuki dengan sengihannya.

Pn.Furutabi tersenyum."ada ada saja lah kamu ni.."kata pn.Furutabi sambil mengusap rambut anaknya yang saling tak tumpah dengan warna rambutnya.

" saya pergi dulu,ibu! "kata shiroyuki sambil melambai lambai ibunya. Dia pun keluar dari perkarangan rumahnya..shiroyuki menoleh ke arah rumah Hinata yang berada di sebelah rumahnya.

"hmm,sho-chan mesti dah pergi sekolah..basikal dia dah takde..,"gumam shiroyuki. Dia tahu yang Hinata selalu menggunakan basikalnya untuk ke sekolah. Memang begitulah dia dari sekolah rendah.

Shiroyuki berjalan menuruni bukit yang sedikit berlekok itu untuk turun ke kawasan pekan di daerah itu. Walaupun perjalanannya menuju ke sekolah barunya itu agak jauh memandangkan dia hanya berjalan kaki, namun dia sedikit pun tidak merasa bosan.

Kicauan burung di waktu pagi itu cukup menenangkannya. Shiroyuki meninjau ninjau kawasan di sekeliling laluannya sambil menegur sapa orang orang yang turut lalu lalang di situ. 

' wah,tak sangka mereka di sini sangat mesra orangnya! Seronoknya!' bisik hati shiroyuki. Kemudian dia ternampak sebuah kedai runcit. "hmm,rasanya aku masih boleh makan sikit.."kata shiroyuki lantas menuju ke arah kedai runcit itu.

Tatkala dia membuka pintu kedai itu,dia ternampak seorang lelaki berambut paras leher dan di'dye'kan dengan warna blonde memandangnya. Shiroyuki sedikit gugup.' ni ke penjaga kedai ni? Gaya dia macam seorang gangster! 'bisik hati shiroyuki.

Lelaki itu hanya memandang shiroyuki dengan pandangan biasa." selamat datang ke kedai runcit saya..semua yang kau perlukan ada di kedai ni.."kata lelaki itu lantas menyambung membaja majalah yang berada di tangannya semula.

Shiroyuki teragak agak untuk meneruskan langkahnya.' ahh aku ambil roti dan air jelah! 'bisik hati shiroyuki masih lagi ketakutan. Dia mengambil dua bungkus roti berintikan coklat dan kacang. Kemudian dia mengambil susu strawberry yang berada di dalam peti sejuk itu.

Cepat cepat dia melangkah ke kaunter dengan kepala yang tertunduk. Takut untuk memandang wajah lelaki itu. Risau juga kalau dia tiba tiba naik angin..yelah,gangster kan macam tu.

"hei budak.."

Kecut perut shiroyuki dibuatnya apabila lelaki itu mula bersuara. Shiroyuki menelan air liurnya sambil berusaha menahan jeritan yang bakal keluar dari mulutnya.'kenapalah aku ke sini? 'gerutu shiroyuki kesal.

"kau ni orang baru kat sini ke? "kata lelaki itu menyebabkan shiroyuki terkejut. Eh,dia tak marah?

Shiroyuki mendongak sedikit."apadia? "
kata shiroyuki perlahan."kau ni orang baru kat sini ke? Rasanya aku tak pernah nampak gadis berambut putih macam kau ni sebelum ni.."kata lelaki itu dengan riaksi kehairanan.

"o-ohh..sebenarnya ni memang kampung mak dan ayah saya..tapi dulu keluarga saya pindah ke amerika sebab urusan kerja.."kata shiroyuki perlahan.

"ohhh patutlah.."kata lelaki itu. "kamu budak sekolah karasuno kan? Lebih baik kamu cepat ,nanti kena denda! Waktu sekolah mula jam 7 tau.."sambungnya lagi.

Shiroyuki memandang ke arah jam tangannya dan terkejut. Jam 6:40 ! "alamak! Saya dah lambat !"kata shiroyuki bertukar gelabah."nah ambil makanan kamu.."kata lelaki itu sambil menghulurkan beg plastik itu.

Shiroyuki mencapai beg plastik itu dan berlalu." a-arigato !"katanya sempat memberi sedikit tunduk tanda dia menghormati lelaki itu. Lelaki itu melambai shiroyuki."hati hati ya! "laungnya.

    Shiroyuki yang sedang berlari itu sempat terkenangkan andaian buruknya terhadap lelaki tadi."ishh teruknya aku ni..lain kali jangan tengok orang dari luaran faham yuki?" kata shiroyuki kepada dirinya sendiri.

Akhirnya dia tiba di pintu pagar sekolahnya. Para pelajar yang memakai uniform yang sama dengannya berpusu pusu masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Shiroyuki menapak masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan reaksi teruja terlakar di wajahnya. Dia langsung tidak menyedari bahawa ramai pelajar yang sedang memandangnya.

  " sekolah ni sangat menarik.."bisik shiroyuki teruja. Kemudian dia terdengar ada suara budak lelaki yang sedang bermain di belakangnya. "noya,jangan gembira sangat boleh tak? Aku pun tak sabar nak jumpa Hi-" belum sempat empunya suara itu menghabiskan kata katanya,seseorang terlanggar shiroyuki menyebabkan gadis itu terduduk di atas lantai.

"alamak!" "aduh!" "noya-san!"

Shiroyuki terasa kepalanya sedikit berpinar pinar.'alahaii..malangnya nasib aku di hari pertama di sekolah ni..' keluh shiroyuki.

"noya-san,kau okay?" kata empunya suara tadi. "aku tak apa-apa..hei,kau okay tak?"kata suara yang satu lagi. Shiroyuki ternampak huluran tangan di hadapan wajahnya.

"uh,saya tak apa apa"kata shiroyuki sambil menyambut huluran tangan itu dan lelaki itu membantunya berdiri. Shiroyuki membersihkan uniformnya yang sedikit kotor.

"maaf sebab terlanggar tadi..aku-" shiroyuki mendongak sambil tersenyum kecil."tak apa.."kata nya menyebabkan kedua lelaki itu tersentak. "okeylah, aku pergi dulu.."kata shiroyuki lantas berlalu dari situ.

Mereka berdua saling berpandangan."ryu.." "noya.." mereka berdua tersenyum. " satu lagi bidadari muncul! "

"baiklah,cik furutabi..mari ikut saya ke kelas awak.."kata guru kelasnya,pn.Riku. "hai',sensei!(baiklah,cikgu)" kata shiroyuki.

Mereka berdua menuju ke arah kelas yang bakal shiroyuki ditempatkan iaitu kelas 1-A. "silakan masuk"kata pn. Riku ramah dan shiroyuki hanya mengangguk. Dia menapak masuk ke dalam kelas itu bersama sama dengan guru kelasnya itu.

  "baiklah,semua..harini kamu ada kawan baru..awak boleh perkenalkan diri ya.."kata pn. Riku. "ohayominna-san! (selamat pagi semua) nama saya shiroyuki furutabi. Gembira bertemu kamu semua! "kata shiroyuki riang.

Seisi kelas itu kelihatan riuh setelah shiroyuki memperkenalkan dirinya. "baiklah,cik furutabi..awak boleh  duduk di sebelah sana.."kata pn. Riku dan shiroyuki hanya mengangguk."terima kasih,sensei "katanya dan melangkah ke arah seorang gadis berambut blond pendek.

"haii,nama saya hitoka yachii.."kata gadis itu sedikit malu. Shiroyuki tersenyum ramah." hello, hitoka-chan..saya harap kita boleh jadi kawan! "kata shiroyuki. Hitoka kelihatan teruja lantas dia mengangguk.

Shiroyuki menoleh ke arah tingkap yang berada di sebelahnya. Fiuh..akhirnya sampai juga sekolah..shiroyuki terus teringatkan Hinata.

'rasanya macam mana sho di sekolah dia sekarang ya?'bisik hati shiroyuki

Haikyuu! (on going)Where stories live. Discover now