| 38. Nangis |
"Farhana ke ni?" tanya Sharifah Liyana. Wajahnya yang merah bekas menangis itu terkejut. Wajahnya tak tumpah dari wajah adik kesayangannya.
Walaupun kekok, Farhana mengangguk. Sharifah Liyana menggamit Farhana untuk menghampirinya.
"Kakak, nenda panggil." Haiyan menarik tangan Farhana dan membawanya kearah Sharifah Liyana.
Tangan Farhana, Sharifah Liyana genggam kemudian.
"Abang, muka dia macam Nadine."
Air matanya kembali mengalir. Sedikit rindunya terhadap Nadine terubat melihat wajah itu. Rasa bersalah terhadap Nadine memang tak pernah hapus.
"Makcik kenal mama saya?" soal Farhana dengan nada terkejut. Semua orang dalam rumah ini, kenal dia tapi dia tak kenal pun.
Sharifah Liyana tersenyum. Dia berdiri lalu membawa Farhana kedalam pelukannya.
Manis saja gadis ini dipandang. Walaupun hajat arwah adiknya tidak kesampaian untuk memakai tudung, tapi anak arwah pula yang menutup aurat dengan sempurna.
Doa Nadine yang mahu anak solehah tercapai juga. Kalau Nadine masih hidup, pasti dia akan gembira dan bersyukur dapat anak seperti Farhana. Seperti dia berasa syukur dan bangga kerana anaknya mengawini gadis ini.
"Kami sebenarnya keluarga kandung Farhan. Panggil saja umi. Yang ni abi. Dan ini kakak Farhan dan suaminya. Haiyan pula anak mereka." Sharifah Liyana memperkenalkan satu per satu. Farhana mengangguk. Rupanya...
"Tapi saya tak faham. Macam mana..."
Sharifah Liyana membawa Farhana keluar ke belakang rumah. Di situ, ada porch besar dan terang menghadap air terjun. Sebenarnya rumah ini dibangunkan di persisiran tasik. Berhadapan dengan air terjun.
Mereka duduk di kerusi besi. Sharifah Liyana mula cerita dari awal tentang bagaimana mereka dan Farhan terpisah. Sehinggalah kejadian tadi berlaku
x x x
Jam sudah mahu menunjukkan pukul satu pagi. Beberapa jam lagi pukul satu pagi. Farhana naik ke biliknya tadi diiringi oleh pembantu rumah. Dia tak tahu mana jalan balik ke biliknya. Sebab itu Sharifah Liyana menyuruh salah seorang pembantu rumah menunjukkannya jalan ke bilik.
Sampai saja depan bilik, Farhana mengucapkan terima kasih kepada pembantu rumah itu dengan senyuman yang terukir di bibir. Kemudian barulah dia masuk ke dalam bilik.
Baru mahu masuk ke dalam tandas, dia ternampak langsir terbuka sedikit. Dia menerpa kearah langsir yang tebal itu. Bila dia menyelak sedikit langsir itu, angin malam yang sejuk menyapa kulit. Langsir itu diselak lagi.
Ada beranda rupanya bilik ini. Juga dia ternampak kelibatan seorang lelaki yang duduk bersila atas kerusi buaian yang ada kusyen. Farhan rupanya. Baru nak lari tadi kalau lelaki lain.
Entah apa lelaki itu buat termenung sambil melihat air tasik yang nampak dengan cahaya bulan yang menerangi. Dahlah malam-malam buta macam ni di luar seorang diri. Tak takut ke?
Farhana mula teringat cerita Sharifah Liyana tadi kepadanya. Tak sangka rupanya dia dan Farhan adalah sepupu. Dia tahu serba sedikit tentang keturunan Farhan. Tapi dia masih tak tahu macam mana boleh Farhan jumpa dia dan mengawininya. Mesti ada sebab.
Dia menapak menghampiri Farhan. Farhan masih belum sedar. Matanya terkelip tetapi fikiran melayang.
Ruang kosong disebelah Farhan, Farhana duduki. Barulah Farhan tersedar. Dia pandang ke sebelah. Terkejut melihat Farhana yang memandangnya juga.
YOU ARE READING
The Deaf Girl
Short StoryFarhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya b...