| 32. Hoodie |
Malam itu, Farhan resah sendiri dalam biliknya. Jam dinding dipandang sekilas. Dah nak pukul satu tapi bayangan Farhana belum nampak.
Dia nak keluar cari Farhana, tapi dia penat. Dia nak minta tolong Farhana ambilkan pakaian dia. Nanti-nantilah dia mandi.
Lama-lama dia tunggu, dia akhirnya berputus-asa menunggu. Dia pandang sekeliling. Bila ternampak ada beg pakaian di tepi meja kecil, dia terus memanjangkan tangan kiri dan mencapainya.
Beg itu digeledah dan mengeluarkan singlet putih dan kain pelikat. Pakaian ini yang senang untuk dipakai. Selalunya Firhad akan tolong dia pakaikan pakaian. Farhana pula hanya teman.
Pakaian itu dipakai dengan bersusah-payah. Akhirnya tersarung juga pada tubuhnya. Badan dibaringkan lalu meletakkan lengan kiri atas kepala. Cuba untuk melelapkan mata, tapi tidak dapat. Jadinya, dia hanya termenung melihat siling.
Hana kemana eh? Dia tak nak teman aku ke?
x x x
Datin Aileen naik keatas selepas pergi ke dapur untuk minum. Sewaktu dia melintas bilik Farhana di atas, dia menghentikan langkahnya. Dari celah pintu, bilik itu masih terang berlampu.
Terus dia membuka pintu itu perlahan. Dia nampak Farhana terlelap dengan kepala atas meja kerja yang berselerak dengan kertas-kertas kerja. Menggeleng Datin Aileen melihatnya. Sampai tertidur buat kerja Hana ni.
Kepala Farhana diusap perlahan.
"Hana... Bangun Hana. Kenapa tidur sini ni? Sakit belakang nanti," ujarnya perlahan dan lembut. Nanti dia jerit, terkejut pula Farhana nanti.
Farhana mencelikkan mata. Dia menegakkan badannya sambil menguap. Belakang badan yang terasa sakit, cuba untuk direnggangkan.
"Hana tak temankan Farhan kat bawah ke? Kesian dia. Mesti dia tunggu Hana. Tadi dia kata dia tunggu Hana dalam bilik. Hana pergilah kebawah. Sambil-sambil tu renggangkan belakang badan tu. Kalau terus tidur, takut tecramp pula esok."
Tanpa bantahan, Farhana mengangguk. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke katil. Sambil itu, dia masukkan rambutnya kedalam hoodie lalu dinaikkan hoodie menutup kepala. Bantal kegemarannya yang berbentuk cactus dicapai. Kemudian dia menghampiri pintu.
"Hana turun dulu. Assalamualaikum ibu. Good night."
"Waalaikumsalam. Hati-hati turun. Jangan mamai bila turun tangga nanti."
Farhana mengangguk. Selesai menutup segala karang dalam biliknya, dia keluar lalu menutup pintu. Bilik bawah dituju.
Pintu dibuka. Farhan yang masih tidak mahu lelap, tersentak mendengar bunyi pintu. Farhana terhenti melihat Farhan yang merenungnya. Terkejut dia dengan pakaian Farhan yang terdedah macam ni.
Tak adalah terdedah sangat. Tapi dia pakai singlet kut. Nampaklah badan dia. Pelikat tu, okay lagi.
Dari hujung kaki, sampai ke kepala dia memerhati. Jantungnya tak tentu arah ni dah ni. Kenapa Farhan pakai macam ni ni?!
Dahlah badan Farhan boleh tahan. Idaman setiap gadis tu! Kalau macam ni, Farhana pun boleh jatuh suka.
"Kau dari mana?" Soalan dari Farhan menyentakkannya. Cepat-cepat dia menggeleng. Kantoi pula nanti dia usya.
Farhan nampak sebenarnya Farhana kaku dan perhati dia. Dia tak kesah pun. Badan dia ni dah jadi milik Farhana kalau Farhana nak. Kalau tak nak pun, tetap juga milik Farhana.
"Dari atas. Saya tertidur lepas buat kerja sikit," balas Farhana sambil berjalan ke almari. Dia nak cari lapik untuk tidur. Bilik itu tiada sofa. Nak tidur sebelah Farhan, dia tak takut. Tak pernah lagi dia tidur sebelah lelaki.
"Cari apa?" tanya Farhan lagi.
"Alas untuk tidurlah." Dia dah semakin mengantuk ni. Sesak nafas dia bila bau Farhan memenuhi bilik itu. Wangi tu wangi.
"Kenapa? Tidur jelah atas katil ni." Ruang disebelahnya ditepuk. Lama Farhana pandang.
"Tak apalah. Baring je. Kau mesti mengantuk kan? Aku tak buat apa-apa. Janji."
Bila dikenangkan yang sekarang dia mengantuk, Farhana akur saja. Lagipun dalam almari tu tak ada apa-apa yang dapat dijadikan untuk alas. Kalau dia tidur bawah begitu saja, sakit pula badan dia nanti.
Dia bukannya takut Farhan buat apa-apa. Mustahillah dia nak buat apa-apa dengan keadaan macam tu. Dia sebenarnya tak biasa. Dekat dengan lelaki pun dia rasa tak senang. Apatah lagi tidur.
Farhana berjalan ke sisi katil disebelah kanan. Dia menarik selimut lalu masuk ke dalam. Tubuh dibaringkan menghadap Farhan tapi badan dia di hujung birai katil. Kalau dia banyak gerak ni, boleh terjatuh.
Bantal kektus dipeluk. Batal ni besar sikit. Bolehlah dia halang wajah dia dari menghadap Farhan. Tak lama kemudian, dia terlelap. Penat sangat.
Farhan pula masih tak dapat lelapkan mata. Dia hanya bermain dengan phone. Habis semua sosial media digeledah. Dari instagram, ke facebook, ke youtube, ke twitter.
Dia menoleh bila terasa orang di sebelah bergerak. Terkedu dia melihat Farhana yang masih menutup mata, menurunkan hoodie yang menutupi rambut. Peluh ada sedikit di dahi. Panas sangat ke? Tadi dia naikkan suhu aircond sebab sejuk sangat.
Tapi bukan itu yang dia terkedukan. Dia terkedu melihat rambut Farhana. Sebelum ini dia pernah tengok, tapi tak tengok betul-betul sebab waktu itu dia memukul Farhana. Sampai sanggup menarik rambut gadis itu.
Tak sangka dia yang Farhana mempunyai rambut yang cantik begini. Rasa untung dia kerana dapat melihat rambut Farhana. Sungguh tak berguna dia sebab dah menyakiti gadis itu.
Rasa bersalah semakin hari semakin menebal. Melihat Farhana seperti tidak terkesan dengan berbuatannya lagilah membuatnya serba-salah. Itu saja tidak cukup untuk membuatnya tenang.
Dia tak kira. Dia harus mengenangkan hatinya juga. Dia kena ambil hati Farhana. Dia patut meminta maaf dan menebus kesilapannya terhadap Farhana.
Sungguh, dia tak mahu yang lain selain Farhana. Selama ini pun dia hanya tersalah-sangka. Dia kahwin dengan Farhana atas niat yang salah sampai gadis yang tidak tahu apa-apa itu disakiti.
Ada satu rasa itu membuatkannya untuk terus-menerus mahu memiliki perhatian Farhana. Ada satu perasaan yang mendorong dia untuk tidak menceraikan Farhana.
Dia tak pernah rasa begini bila dengan mana-mana perempuan. Hanya Farhana yang pertama. Dan akan jadi yang terakhir.
Ya, dia dah jatuh cinta.
Sekali lagi Farhana bergerak. Kepala Farhana tertoleh ke sebelah kanan. Membuatkannya nampak alat pendengaran pada telinga Farhana. Terbit rasa bersalah.
Dia tidak dapat melihat lama-lama. Jantung dia laju lain macam. Entah macam mana dia nak pulihkan rasa bersalah dalam dirinya. Dia hanya memejam mata. Berharap yang dia dapat lelapkan mata.
YOU ARE READING
The Deaf Girl
Historia CortaFarhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya b...