| 26. Menyesal |
Farhan mengeluh. Afiqah mencerlungnya tajam sebelum mengikut Farhana masuk ke dalam wad.
"Tak apalah ayah. Farhan balik dulu. Tengok Hana dah sedar pun dah cukup buat hati Farhan tenang," kata Farhan dengan rasa bersalah. Sungguh dia kata dari hati.
Dato Kusyairi memegang bahunya. Farhan dah cerita semuanya pada lelaki itu. Nasib baik Dato Kusyairi tidak cepat menghukumnya. Dia harus memberitahu apa yang dia buat sendiri kepada ayah mertuanya daripada ayah mertuanya itu tahu dari orang lain.
Jujur dia kata, dia menyesal membuat Farhana begitu. Tapi ada sudut hati dia membantah sesalan itu dengan mengingatinya tentang ibu saudaranya yang dibunuh. Tapi sekarang hatinya kuat mengatakan Farhana tidak bersalah. Lagi-lagi dalam mimpi itu ada suara Nadine yang mengukuhkan lagi Farhana tidak bersalah.
"Sebelum tu, ayah nak tanya. Betul kamu menyesal buat anak ayah begitu?" Tanyq Dato Kusyairi dengan serius.
Farhan menunduk dan kepala perlahan mengangguk.
"Ayah setuju kahwinkan korang berdua sebab ayah percaya yang Farhan dapat jaga Hana dengan baik. Tapi bila dah jadi macam ni, ayah ragu-ragu dengan keputusan ayah ni. Jadi, buktikan pada ayah yang kamu betul-betul menyesal. Jaga Hana sebab dia tanggungjawab kamu. Dia bukan lagi tanggungjawab ayah. Tolong Farhan. Kalau boleh ayah merayu sangat-sangat layan Hana dengan elok. Ayah tahu Hana sebenarnya sepupu kamu kan?"
Farhan angkat kepala. Terkejut. Setahunya dia tak pernah bagitahu. Mesti Dato Kusyairi dah siasat. Dia anggukkan kepala.
"Ayah yakin, Hana boleh jadi isteri yang solehah sebab ayah kenal dia dari kecil lagi. Dia bukan orang yang macam kamu sangka. Sekarang, buktikan pada ayah yang kamu boleh jaga Hana. Boleh?"
Air liur ditelan. Dari tadi kecut perut bila ayah mertuanya berkata. Tahu takut. Sebelum ni gagah sulnya.
x x x
Farhana baring melintang sambil memicit kepala. Matanya dipejam. Terbuka terus matanya bila ada orang masuk ke dalam. Dia menoleh.
Datin Aileen masuk bersama Afiqah sambil membawa beg plastik berisi makanan. Farhana membangunkan badannya lalu bersandar pada kepala katil.
"Nah ibu ada masak nasi, ayam merah, ayam sup dengan sayur campur. Hana makanlah. Dah lama rasanya Hana tak makan masakan ibu kan? Mesti Hana rindu ibu masak kan?" Seloroh Datin Aileen. Farhana tergelak kecil.
"Ha'ahlah. Hana rindu. Tak sabarnya nak rasa," balas Farhana dengan teruja. Dia bergerak ke depan lalu duduk bersila dihadapan Meja overbed.
Afiqah pula mencuci pinggan untuk mereka makan. Setelah itu, mereka mula mencedok makanan. Afiqah duduk di atas katil bersama Farhana.
"Eh ibu tak makan?" tanya Afiqah bila tengok Datin Aileen menutup bekas makanan.
"Kamu berdua makanlah. Ibu makan nanti dengan ayah. Ibu nak pergi ke pejabat nak hantar makanan pada ayah kamu ni. Fiqah tolong tengok-tengokkan Hana ni ya? Ayah bagi cuti dari kerja bukan nak merayau sana-sini. Jaga Hana betul-betul."
"Iya ibu ku sayang. Ibu tak payah risau ya? Tahulah Fiqah nak jaga adik kesayangan Fiqah ni. Ibu pergilah dating dengan ayah tu. Kesian ayah tunggu," balas Afiqah lalu tersengih.
Datin Aileen tersengih. Macam tahu-tahu je nak dating dengan suami. Dia meminta diri untuk pergi setelah mencium dahi dan menyalam anak-anaknya.
"Jaga diri ibu," pesan Farhana.
"Baiklah." Setelah itu Datin Aileen keluar dari bilik wad. Afiqah pandang Farhana. Berselera betul budak ni makan. Lapar sangat ke sampai comot.
"Asal kau makan laju sangat ni? Perlahanlah. Tak lari pun nasi kau tu. Ya Allah Hana... Hana..."
Tiba-tiba Farhana tersedak. Dia batuk untuk mengeluarkan makanan yang tersekat pada oesophagus sampai terkeluar air mata. Kelam-kabut dia mencapai air yang dihulur oleh Afiqah lalu diteguknya.
"Ha itulah. Makan elok-elok. Kan dah tersedak."
"Hesh diamlah kau. Aku lapar sangat ni. Lagi-lagi masakan ibu sedap sangat. Untunglah kau. Hari-hari dapat makan masakan ibu yang sedap ni," balas Farhana lalu sambung makan yang tergendala.
Afiqah mencebik.
"Yalah. Lepas ni kau bolehlah makan masakan ibu setiap hari."
Farhana pandang Afiqah sambil berkerut. "Maksud kau?"
"Lepas kau cerai dengan Farhan, kau kan duduk dengan ibu ayah? Hari-hari dapatlah makan masakan ibu," jawab Afiqah bagai tidak ada apa-apa. Senangnya dia cakap pasal cerai.
Entah kenapa Farhana tersentak bila soal cerai dibangkitkan oleh Afiqah. Sejujurnya, dia tak mahu cerai ni. Kahwin cerai bukan boleh buat main. Kalau cerai, automatik dia digelar janda muda. Baru umur 24 dah jadi janda.
Melihat Farhana diam, Afiqah pandang Farhana. Farhana nampak macam tak suka bila cakap pasal cerai.
"Lepas ni kau minta cerai kan pada Farhan?" Hati-hati dia bertanya. Kang terguris hati Hana. Walaupun dia tak faham kenapa Farhana masih mahu bersuamikan lelaki yang dayus macam itu.
Farhana mengeluh. "Aku tak tahulah apa yang aku nak. Kalau boleh aku tak nak cerai-cerai ni. Aku nak kahwin sekali je."
"Takkan lepas apa yang dia dah buat, kau duduk diam je? Mana tahu lepas ni dia buat kau lebih teruk macam mana? Ni dia dah buat kau hilang pendengaran sebelah kiri. Lepas ni apa pula? Hilangkan akal kau?"
"Fiqah! Kenapa kau cakap macam tu? Kau nak aku hilang akal ke? Cubalah kau fikir yang baik-baik. Aku ada alasan aku sendiri kenapa aku tak nak cerai."
"Apa alasan kau? Cuba bagitahu aku."
Farhana menggigit pipi dari dalam mulut. Nasi didepannya dikuis dengan sudu. Hilang seleranya terus.
"Entah. Aku tak tahu."
"Tengok! Kau sendiri tak ada alasan. Cuba kau dengar cakap aku ni. Aku nak yang terbaik untuk kau. Aku sayang kau sebagai adik aku. Aku tak nak adik aku terseksa. Cukuplah aku kehilangan seorang adik yang aku paling sayang. Aku tak nak kehilangan kau," ujar Afiqah dengan serius.
Dia menghela nafas. Kenapa Farhana susah nak faham? Meskipun mereka tak ada hubungan melalui darah, dia tetap anggap Farhana seperti keluarga dari dulu lagi.
Sebenarnya dia kenal Farhana dari dia kecil lagi. Kerana mereka berjiran dengan keluarga Farhana. Farhana selalu bermain dengan dia dulu. Tapi Farhana tak ingat.
Farhana memang tak ingat kenangan sebelum dia berperangai budak-budak. Dia tak ingat yang dia pernah kena culik. Dia tak kenal siapa ibu sendiri. Kerana gegaran pada otak, separuh dari memori dia hilang.
Sebab itu juga keluarga dia ambil Farhana sebagai anak angkat. Amanah dari arwah Zuhairi kepada ayahnya.
YOU ARE READING
The Deaf Girl
NouvellesFarhan tidak senang duduk selagi dendamnya belum dibalas. Dia harus menegakkan keadilan keatas kematian ibu saudaranya. Fikir dia akan berdiam diri melihat ibu saudaranya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terseksa begitu? Semuanya b...