Bab 10

17.9K 989 2
                                    

| 10. Married Life |

"Kau kat mana Hana? Tak nampak pun kau dalam pejabat ni," suara Afiqah kedengaran di corong telefon.

"Aku kat pejabat Farhan ni," balas Farhana sambil melangkah ke lif untuk pergi ke bilik CEO.

"Oh... Kau jangan lama-lama tau. Bosan ah kat sini sorang-sorang. Kalau ada kau, dapat borak..."

"Yalah cik Afiqah. Nanti aku secepat mungkin teman kau. Aku nak minta persetujuan ja pada Encik Farhan."

"Wah formal kau ya? Baiklah Puan Hana. Cik Fiqah nak letak phone ni. Banyak Dato bagi kerja sejak Dato pergi 'honeymoon' dengan Datin," seloroh Afiqah.

Kemudian dia gelak. Dato dan Datin yang dikatakan adalah ayah dan ibunya yang sudah berada di Dubai seminggu yang lalu untuk menghadiri bengkel apa ntah. Hal perniagaan.

Farhana juga ikut gelak. Mudah terhibur Afiqah ni.

"Yalah Cik Afiqah. Jumpa nanti bye dan assalamualaikum."

Telefon dimatikan. Dia segera melajukan langkahnya menuju ke bilik yang menempatkan Farhan. Sempat dia menyapa setiausaha Farhan. Setelah pintu diketuk, dia masuk.

"Encik Farhan, encik busy ke?" tanya Farhana bila tengok meja Farhan berselerak dengan kertas-kertas, fail-fail, pen pun berteraburan sana-sini. Macam orang stress dah Farhan ni.

"Hm."

"Tak apalah kalau macam tu. Saya datang lain hari." Baru Farhana nak keluar, Farhan memanggilnya.

"Kau nak apa?" tanya Farhan. Dia kini mengangkat kepala memandang Farhana. Farhana tersengih.

"Saya nak serahkan ni aje. Ni last structure projek yang kita bincang hari tu. Kalau encik setuju, sila tandatangan supaya saya boleh arahkan pekerja untuk menyambung tugas mereka yang tergendala hari tu disebabkan encik nak tukar plan last minit. Tapi encik nampak macam busy. So, lain kali sajalah encik tengok. Benda ni tak penting mana pun. Kerja encik tu lagi penting. Bye saya keluar dulu."

"Eh ada aku suruh kau keluar?" Dengan sinis Farhan berkata. Dia memeluk tubuh memandang Farhana yang berdiri tidak jauh dari mejanya.

Tak jadi Farhana nak keluar. Dia pandang Farhan semula. Menunggu Farhan bersuara.

"Sini." Farhan menghulurkan tangannya. Farhana faham, terus dia serahkan kertas yang sudah dibind untuk menjadi buku.

Farhan mengambilnya lalu dibelek. Bila berpuas hati, diletaknya tanda tangan di tempat yang disediakan.

"Nah." Buku itu dihulur. Cepat-cepat Farhana mengambilnya.

"Lepas ni kau nak pergi site?" tanya Farhan tanpa memandang gadis itu. Dia kembali membuat kerjanya yang tadi. Farhana mengemam bibir sebelum mengangguk.

"Ehm. Kalau saya tak ada kerja lagi, saya pergilah."

"Nanti lunch dengan aku. Lepas tu kita terus pergi tengok site."

Farhana memuncungkan bibirnya. Tiba-tiba saja nak ikut. Sebelum ni mana pernah lelaki itu nak ajak dia lunch sama-sama. Kali terakhir masa sebulan yang lalu.

"Baiklah encik. Saya pergi dulu." Kalau tak nak pun kena paksa juga.

Dia keluar dari bilik itu. Terus-menerus kakinya melangkah keluar dari bangunan itu.

x x x

Afiqah sedang bersembang dengan pekerja kerani itu. Hm bos besar tak ada. Bolehlah mereka mencuri tulang sekejap. Mereka tahu yang Afiqah adalah anak bos. Tapi Afiqah ni sporting juga. Afiqahlah yang bawa mereka bersembang sebab bosan tak ada nak buat apa-apa.

Kalau ada ayah, setiap kali itu dia sibuk. Banyak kerja yang dibagi oleh ayahnya. Sajalah tu nak buli. Tapi ayahnya tiada sekarang. Rehat rehat lu sebelum bos balik.

Farhana melintasi ruang meja pekerja tanpa pandang kiri-kanan. Tak tahulah apa yang dia fikirkan. Afiqah ternampak, terus dia mendapatkan Farhana.

"Eh eh sis! Lajunya jalan. Nak pergi mana," kata Afiqah sambil menahan bahu Farhana.

Hampir saja Farhana melatah.

"Eee kau ni bagi salamlah. Aku tengah cari kau sebab takut kau merajuk pula aku lambat ni."

Afiqah tergelak dengan gedik. "Tak ada masa aku nak merajuk dengan kau. Eh sekarang kau free tak? Jom ikut aku. Kita borak kejap." Tanpa menunggu balasan dari Farhana, terus gadis itu ditarik ke pantri tingkat itu.

Farhana mengambil cawan dan paket milo. Afiqah pula membuka peti sejuk. Nak cari makananlah tu.

"So how's your married life?" tanya Afiqah tiba-tiba. Farhana mengacau milo yang sudah dibancuh dengan air panas.

"Okaylah."

"Dia ada sakiti kau ke?"

"Tak ada. Eh ni yang aku pelik. Kau tahu tak, dia tak pukul aku lagi. Dia macam— macam mana eh? Macam nak aku tinggal situ tapi kadang-kadang macam tak nak. Tu yang aku tak faham dengan laki ni. Mereka pun ada mood swing ke?" tanya Farhana lalu menghirup milo itu perlahan.

"Baguslah tu. Mana tahu dia dah berubah. Mana tahu dia dah mula terima kau sebagai isteri? Mana tahu akibat aku tengking dia tiga tahun lepas tu, dia terus berubah?"

"Eh? Sejak bila kau jadi back-up dia ni?" Tergelak Farhana mendengar pendapat Afiqah tadi. Sebelum ini bukan main lagi kutuk itu ini.

"Hey. Selagi dia tak buat benda buruk kat kau buat masa ni, selagi tu aku percaya dia. Berbalik pada soalan kau tadi tu. Em tunang aku pun kadang-kadang macam tu weh. Aku tak tahulah. Tapi Zul macam sayang aku lebih sebab dia tak akan merajuk dengan aku lama-lama," kata Afiqah. Kek yang diambil dari peti sejuk tadi di makannya.

Farhana pandang gelasnya seketika. Dia masih tertanya-tanya kenapa Farhan begitu. Selagi belum ada jawapan, selagi itu dia tak tenang.

"Ah cakap pasal tunang, kau bila nak halalkan hubungan korang? Dah dua tahun korang tunang kan? Takkan tak ada perancangan nak kahwin? Kau kata Zul sayang kau sangat-sangat. Tapi kalau dia sayang, dia akan buat kau halal untuk dia," Tanya Farhana sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

Afiqah tersengih. Dia menggigit bibir bawah sambil tangannya menguis kek coklat itu sehingga hancur.

"Adalah..."

Farhana berdecit. Menyampah lak. Macam gedik saja Afiqah ni. Entah macam mana Zul boleh tahan.

The Deaf GirlWhere stories live. Discover now