Bab 27

16.5K 900 79
                                    

| 27. Halau |

Doktor memeriksa telinga kiri Farhana yang ada cochlear implant. Sambil itu, dia berkata dengan jururawat yang membantunya. Jururawat itu menulis di buku rekod kesihatan Farhana.

"Okay. Nampaknya cik Farhana dah semakin pulih. Kalau tak ada yang sakit lagi, esok cik Hana dah boleh discharge. Saya nak nasihatkan agar cik Hana ikut procedures yang saya terangkan tempoh hari untuk alat pendengaran cik Hana. Dan setiap enam bulan, datang hospital untuk buat check-up keadaan telinga. Kalau ada rasa kurang senang, cepat-cepat datang hospital. Takut ada jangkitan apa-apa," terang Doktor Nur.

Farhana mengangguk. Nasihat dari doktor itu diingatnya.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu." Doktor keluar diikuti pembantunya.

"Yay dah boleh keluar. Lepas ni kita bolehlah lepak, shopping, tengok wayang," kata Afiqah, teruja.

"Eh tak ada, tak ada. Ingat sikit cik adik dah ada kerja. Banyak kerja kamu berdua kat pejabat tu yang belum selesai. Lepas ni bolehlah sambung kerja ya," bidas Dato Kusyairi.

Afiqah mencebik. Potong mood lah. Farhana tergelak.

"Hana tak sabar dah ni nak kerja."

"Bagus lah tu. Lagipun projek Hana dengan Farhan tu ayah rasa tak lama lagi dah siap pembangunan. Ayah suka kerja Hana. Cepat."

Farhana tersengih. Dia bermain dengan jarinya. Malulah kena puji.

"Terima kasih ayah." Telefon tiba-tiba berbunyi. Dato Kusyairi keluar dari wad untuk mengangkatnya.

Pintu wad diketuk. Farhana dan Afiqah menoleh. Datin Aileen ada je dalam bilik tapi dia pergi tandas. Nak membuang katanya.

Afiqah memandang tajam kearah manusia yang memasuki ruang wad. Dia berdiri dihadapan Farhana untuk menghalang lelaki itu untuk mendekati.

Sebulan ni, Farhan kerap datang. Setiap kali tu juga dia belikan buah tangan. Setiap kali itu juga dia kena halau. Kalau Farhana yang halau, mesti tak jalan sebab Hana halau gitu-gitu je. Suara pun lembut. Tapi kalau dah Afiqah yang halau, memang akhirnya dia keluar sebab Afiqah halau ganas sangat. Berbeza dengan Farhana.

Dah lali dia kena halau. Tapi hati tetap teguh untuk datang melawat. Sebab dia nak tebus kesalahan dia. Dalam masa yang sama, membuktikan yang dia menyesal atas perbuatannya terhadap Farhana.

"Datang lagi kau. Ingatkan dah give up lepas aku tengking kau depan orang," kata Afiqah dengan kasar.

Farhana menolak lengan Afiqah untuk memberitahu agar jangan buat hal. Dia tak suka Afiqah marah-marah hanya sebab Farhan datang. Dia malu bila orang tengok-tengok.

Farhan pandang Afiqah sekilas sebelum mata dihala melihat kearah Farhana yang berada dibelakang Afiqah. Farhana mengintai untuk melihatnya. Senang hati dia bila tengok Farhana semakin pulih.

"Ni aku ada bawa buah. Kau nak buang, suka hati. Ni ibu yang suruh aku beli," ujar Farhan, menghiraukan Afiqah. Dia tu siapa sebenarnya nak halang Farhan jumpa isteri sendiri?

"Simpan je situ. Lepas tu kau boleh blah."

"Eh kau siapa nak halau aku sebenarnya eh?" tanya Farhan lalu memandang tajam kearah Afiqah. Buah diletak atas meja.

Kesabaran Farhan ada limitnya juga. Kalau sebelum ni, dia boleh bersabar lagi dan mengalah. Tapi sekarang, sabar dia dah tak boleh dibendung lagi. Sakit hati bila dihalang untuk menjumpai Farhana.

Afiqah tergelak sinis. "Aku siapa? Aku keluarga Hana. Aku berhak halang dia untuk jumpa dengan lelaki dayus macam kau ni!"

"Fiqah dahlah tu. Biarkan jelah dia," Farhana memotong. Lengan Afiqah dipegang.

"Tak boleh Hana! Lelaki macam dia ni mesti diberi pengajaran!" Tanpa sedar dia meninggikan suara dan menepis lengannya dari dipegang.

Farhana tersentak. Wajah Afiqah yang bengis itu dipandang.

Walaupun Farhan buat salah, Farhan tetap suami dia. Farhan masih syurga dia. Ingat, dia akan senang duduk bila syurga dia kena tengking kena marah-marah macam tu? Walaupun dia tak suka perangai Farhan, dia tetap kena hormat. Kalau macam ni, hormat dia pada Afiqah mungkin hilang.

"Kau siapa nak marah-marah ni? Ni hidup aku. Aku sendiri yang tanggung. Tolonglah jangan masuk campur urusan rumah tangga aku. Aku faham yang kau kesah pasal aku, kau sayang aku. Tapi kau tak boleh buat suka hati kau just untuk senangkan hati kau. Dahlah. Aku letiah dengan perangai kau ni. Aku malu bila orang pandang-pandang. Tolonglah fikir perasaan aku," kata Farhana dengan sebak. Bukan niat dia untuk marah Afiqah. Tapi Afiqah dah melampau.

Farhana turun dari katil dan memakai selipar. Kemudian dia keluar dari bilik wadnya tanpa memandang sesiapa.

Afiqah dan Farhan pula terkedu. Tak pernah Farhana marah Afiqah begitu sekali. Baru mereka ingin mengejar Farhana, pintu tandas terbuka dan terjegul Datin Aileen dari dalam. Wajahnya memang kelat. Ingat dia tak dengar apa yang berlaku?

"Fiqah, biarkan Farhan kejar Hana. Kamu duduk saja sini," seloroh Datin Aileen.

Kesal juga dengan perangai anaknya. Dia tahulah, tidak salah untuk mengambil berat. Tapi Afiqah mengambil berat tentang hal yang salah. Rumah tangga orang sepatutnya dia tidak masuk campur.

Afiqah mengeluh. Dia pandang Farhan yang sudah keluar dari bilik wad. Akhirnya dia duduk di kerusi sambil menutup wajah.

Hatinya sakit. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Dia dah bagi peluang pada Farhan untuk menjaga Hana. Tapi peluang itu tidak diambil serius oleh Farhan.

Datin Aileen menapak menghampiri Afiqah. Belakang Afiqah diusapnya.

"Salah ke, ibu? Salah ke Fiqah ambil berat pasal adik Fiqah sendiri? Fiqah hanya nak yang terbaik untuk adik Fiqah. Tapi usaha Fiqah tak dihargai. Fiqah buat macam ni sebab kesiankan dia. Fiqah tengok dengan mata kepala Fiqah sendiri yang dia pukul Hana. Okay fine lepas tu Fiqah bagi peluang, Fiqah percaya dia. Lepas tu jadi macam ni. Sampai Hana koma pula tu. Fiq- Fiqah takut kalau lepas ni dia buat perkara yang lebih teruk. Lebih teruk tu sampai buat Hana mati ke. Fiqah tak nak adik dan kawan Fiqah mati. Ibu..."

Datin Aileen memeluk Afiqah. Dia faham perasaan Afiqah. Afiqah memang mengambil berat pasal orang. Lagi-lagi yang dia sayang. Memang tak salah sayang orang sampai sanggup malukan diri semata-mata mahu melindungi orang tersayang.

"Tak salah sayang... Ibu faham Fiqah nak yang terbaik buat Hana. Tapi ni kehidupan dia. Tanggungjawab dia. Fiqah tak bolehlah menafikan tanggungjawab dia terhadap Farhan. Ibu tahu Farhan dah banyak buat salah pada Hana. Tapi dia betul-betul menyesal dan mahu memperbetulkan keadaan. Fiqah pula tak beri dia peluang. Sampai nak nafikan tanggungjawab Hana sebagai isteri. Fiqah sebagai keluarga dan seorang sahabat, kenalah beri nasihat pada dia. Jadi tulang belakang dia. Biarlah dia buat keputusan sendiri. Jangan desak dia."

Afiqah tersedar. Selama ini dia mendesak Farhana untuk tuntut cerai. Dia memburuk-burukkan Farhan. Sampai tak sedar yang dirinya menjadi batu api kepada rumah tangga adiknya sendiri.

"Lepas ni apa saja keputusan Hana, kita harus terima ya? Hana mungkin tahu apa yang dia harus buat sebab dia yang tinggal dengan Farhan. Kita hanya boleh mendoakan saja untuk dia ya."

Afiqah mengangguk. Dia mengesat air mata. Lepas ni dia kena minta maaf pada Farhana.

The Deaf GirlWhere stories live. Discover now