Bab 4

18.7K 1.1K 52
                                    

| 4. Farhan |

Isnin, 8:20 AM, Malaysia.

Farhana dan Afiqah melangkah masuk ke dalam bangunan 20 tingkat itu. Mereka disapa oleh beberapa pekerja.

"Cik Afiqah, Cik Farhana, sila ikut saya. Dato dah tunggu," kata Sharmila, setiausaha Daro Kusyairi. Mereka berdua mengangguk dan membuntuti Sharmila naik ke tingkat 18.

Mereka bertiga berhenti depan pintu bilik CEO. Sebelum masuk, Sharmila berdiri menghadap Afiqah dan Farhana bila dia teringat sesuatu.

"Sekarang Dato sebenarnya ada tetamu. Tapi Dato suruh juga cik berdua naik kalau dah sampai."

Afiqah mengangguk. Farhana pula tertanya-tanya siapa tetamu ayahnya. Entah kenapa hatinya meronta ingin tahu.

"Siapa ya tetamu ayah?" tanyanya.

"Kalau tak silap, suami Cik Farhana. Encik Daris."

Farhana mengerut dahi. Encik Daris? Suaminya? Setahu dia, nama suami di Farhan. Salah orang kut. Dia senyum.

"Baiklah. Terima kasih Mila."

Sharmila mengangguk. Dia berlalu ke biliknya. Farhana menghadap Afiqah yang sama juga terkerut dahi.

"Suami kau? Mamat tak guna tu? Eyy beraninya dia tunjuk muka," ujar Afiqah tak puas hati.

Sejak tahu perkara sebenar, dia ada rasa tidak suka akan suami Farhana.

"Tak payahlah nak marah. Mila kata Encik Daris. Suami... or bekas suami - aku tak tahu- nama dia Farhan. So, dia salah orang kut." Farhana mengangkat bahu.

"Hm jomlah masuk. Kalau betul pun dia laki tu, tak apa. Aku ada. Aku tak akan bagi kau tinggal dengan dia. Aku lindungi kau."

Farhana hanya tersenyum. Pelindung juga Afiqah ni. Macam mana dia tak sayang kalau macam ni. Dia dah anggap Afiqah seperti kakaknya.

Pintu diketuk. Bila diizinkan, Afiqah menolak pintu besar itu.

"Assalamualaikum ayah."

Kelihatan ayahnya dan seorang lelaki tegap memakai pakaian formal menoleh ke pintu. Farhana terkelu. Jantungnya berdebar.

Afiqah pula pandang tidak puas hati pada lelaki yang menjadi tetamu ayahnya itu.

"Waalaikumsalam. Masuklah."

Mereka tetap melangkah menghampiri meja Dato Kusyuairi. Farhana berdiri jauh sedikit dari Farhan yang duduk di kerusi depan Dato Kusyairi. Bibirnya tersungging senyuman sinis.

Ya lelaki itu Farhan. Baru Farhana teringat yang nama Farhan adalah Nik Daris Farhan. Macam mana boleh dia lupa.

Afiqah pula menjadi pelindung Farhana. Dia sengaja berdiri depan Farhana agar gadis itu tidak kelihatan pada mata lelaki tak guna.

"So, ayah. Ni hari pertama kita orang masuk kerja. Kita orang perlu buat saja, yah?" tanya Afiqah.

Kalau tunggu Farhana buka mulut, memang taklah dia nak benarkan. Bencinya pada Farhan meluap-luap. Hujung matanya jeling Farhan.

"Ayah bagi peluang untuk korang ronda-ronda dulu dalam syarikat ni. Tengok macam mana cara kita beroperasi."

Afiqah mengangguk. Farhana pula dari tadi tak senang duduk. Habis jarinya menjadi mangsa gigitan gigi.

"Kalau tak ada apa-apa, kita orang keluarlah ayah. Tiba-tiba panas ja ni." Sengaja Afiqah membesarkan suaranya.

"Panas? Macam mana boleh panas? Ayah baru service penghawa dingin ni semalam. Sejuk ni. Takkan tak rasa kesejukkan?" Dato Kusyairi mula pelik.

The Deaf GirlWhere stories live. Discover now