9: She?

768 45 5
                                    

Kling!

Tiba tiba loceng berbunyi menandakan ada orang masuk ke dalam cafe. Macam yang dikatakan yang cafe harini tak ramai. Jadi wajarlah kalau bunyi bell pada pintu utama membuatkan semua menoleh ke arah sana.

Ada dua perempuan yang berjalan masuk ke dalam cafe. Sorang paruh baya dan sorang lagi muda. Jimin menyambut keduanya dengan ramah sekali.

Taehyung tak dapat lihat wajah keduanya kerana dia sibuk membantu dibahagian dapur. Sedang taehyung sibuk memotong roti, jimin selaku majikanya memanggilnya untuk datang kemari.

"Tae?"
panggil jimin. Taehyung menyudahi kerjanya lalu kembali ke arah jimin.

"Ye, Tuan?!"
Jimin tersenyum.

"Ada pelanggan istimewa saya. Dan saya percayakan awak untuk layan mereka ye." ujar jimin sambil menujuk kepada dua perempuan yang berbeza usia duduk dibahagian kiri hujung meja.

Taehyung datang menghampiri keduanya begitu terkejut taehyung apabila melihat wanita paruh baya itu. Sumpah dia terkejut beruk saat ini.

"Kau?!"
Ujar wanita itu dengan nada yang tidak bersahabat langsung. Taehyung menundukan wajahnya. Wanita ini sudah lama dia tidak temui.

"Eomma, kenal dia ni?!"
Ujar wanita muda itu dan taehyung kenal dia. Dia adalah isteri kepada Jeon Jungkook. Dan wanita paruh baya yang tengkingnya ini adalah..

"Puan Jeon!."
Ucap taehyung dengan nada yang lembut. Kerana dia hormat kalau wanita ini adalah pelangganya.

"Of course eomma kenal jalang ni."

Deg!

Taehyung terdiam. Wanita ini baru sahaja mengatakan dia adalah jalang. Seluruh  pelanggan yang ada didalam cafe ini menatap ke arahnya.

"Jalang?!"
ucap rose. Taehyung menundukan kepala seakan sudah siap sedia menerima kutukan dan makian dari wanita ini.

"Dia ni, jalang! tak sedar diri. Kau dengan mak kau sama je!"

Deg!

Taehyung memejamkan kedua matanya. Mengapa wanita ini masih menyebut-yebut mendiang ibunya. Taehyung cuba menahan rasa sakit didadanya.

Rose hanya memandangnya dengan sinis. Mungkin kerana setelah apa yang dikatakan oleh wanita paruh baya itu.

"Kau buat apa kat sini!"
ujarnya dengan nada yang tidak bersahabat.

"Saya hanya bekerja disini puan."
balas taehyung dengan nada bicara yang lembut. Wanita itu tersenyum sinis ke arah taehyung.

"Hidup jugak kau eh! aku ingat kau dah lama mati!" kata puan jeon. Taehyung terdiam sambil mengenggam dulang yang ada pada tanganya itu. Tuhan, bantulah dia sungguh dia tak kuat dipermalukan lagi. Cukup dia dimalukan oleh eunha.

Grep!

Wanita itu menyeret taehyung keluar dari cafe lalu menolak tubuh taehyung jatuh pada permukaan lantai konkrit itu.

"Siapa izinkan kau ada kat sini."
Ujar puan jeon sambil bercekak pinggang dihadapan taehyung. Mereka berada dibelakang cafe. Disana memang tidak ada orang yang melihat.

"Maafkan saya puan!"

"Berapa kali aku cakap jangan pernah munculkan diri kau depan aku lagi."

"Tapi saya bekerja disini—"

"Berhenti kerja atau aku buat hidup kau merana."

"Tolong, puan jangan halau saya! Saya dah tak ada pekerjaan lagi selain ini."

[𝐂] 𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐚𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now