12: Thank you Jimin-hyung!

648 54 3
                                    

Taehyung berdiri tepat dihadapan bangunan yang tertulis cafe. Iya, tempat dimana kali pertama dia berkerja.

Taehyung rindukan suasana ini. Rindu pemandangan ini. Rindu pada rakan-rakan sekerjanya. Begitu juga pada orang yang telah banyak berjasa kepadanya.

Park Jimin.

Dia rasa serba salah dengan jimin yang dah banyak bantu dia dari awal dia datang ke kota seoul ini. Sehinggalah saat ini. Daripada jaehyun bayi hinggalah besar.

Taehyung terhutang budi dengan jimin. Tapi disebabkan jimin ada pertalian darah dengan Jungkook. Taehyung terpaksa undurkan diri. Bukan sebab dipengecut. Jika dia lawan dengan mereka. Dia akan tetap kalah. Tiada siapa yang akan berpihak kepadanya.

Kling!

"Selamat Datan—"

"Taehyung?!"
Itu suara jackson. Taehyung tersenyum mesra dengan lelaki itu. Dengan cepat jackson menghampiri taehyung.

"Kenapa hari ini tak masuk kerja? tak sihat ke?" tanya jackson. Taehyung tersenyum. Banyak pekerja, jackson yang banyak menanya tentang keadaan dirinya. Dia rasa sangat bersyukur.

"Ah, sebenarnya tae dah nak berhenti kerja."

"APA?"
terkejut pekerja-pekerja lain. Mereka juga rakan sekerja taehyung dan sangat kenal dengan taehyung.

"Kenapa, kau ada masalah ke? kenapa tiba tiba je nak berhenti.."
Itu suara Park Hyungsik. Lelaki itu juga kawan taehyung. Rakan sekerja perjuangan. Bersama-sama melakukan tugasan.

"Ada urusan yang mendadak. Lagipun tae mungkin tak duduk sini lagi. Tae akan balik ke daegu."

Jelas taehyung. Ramainya yang turut berduka dengan berita yang disampaikan oleh taehyung. Mereka tak mahu kalau taehyung berhenti kerja. Bahkan mereka sudah selesa dengan taehyung.

"Jimin ada dekat atas. Pergilah.."
Ujar jackson. Aku tersenyum lalu berjalan menaiki pejabat jimin. Sampai sahaja dihadapan pintunya. Aku ketuk perlahan.

"Masuk!"
Suara jimin dari dalam. Aku pun memutarkan tombol pintu itu. Dan jimin sibuk dengan kertas-kertas juga file-file tebal.

"Tuan Park.."
Suara aku tersekat. Ikutkan aku tak nak pun berhenti kerja. Dan aku dah selesa dekat sini. 4 tahun aku duduk sini lagipula kerja dia pun aku dah tahu macam mana. Tapi apakan daya, aku pun tak boleh terus berharap untuk stay dekat sini.

"Eh, taehyung-ah!"
Jimin begitu terkejut akan kehadiran aku. Dengan cepat dia berjalan ke arah aku dan menarik aku ke dalam dakapanya.

"Taehyung.. kenapa tak masuk kerja hari ini. Risau saya dibuatnya. Ingatkan nak datang kat apartment tadi. Tapi kebetulan pulak awak datang sini." Ujar jimin dengan nada yang risau. Aku dapat baca raut wajahnya yang penuh dengan kerisauan.

"Ah, maaf sebab tak beritahu Encik Jimin." Tanganku masih lagi mengenggam surat peletakan jawatan itu. Mata jimin teralih pada surat yang dibawa oleh aku.

"Ini, surat peletakan jawatan saya. Maaf, Encik jimin saya ingin berhenti kerja."

"Mwo?!"
Terkejut beruk jimin dapat tahu yang aku nak berhenti kerja.

"Tapi kenapa nak berhenti kerja? awak dah tak selesa kerja dengan saya lagi. Atau sebab gaji yang saya beri tak cukup untuk awak?" Ujar jimin. Kalau boleh dia tak nak taehyung berhenti. Bukan dia suka taehyung atau apa. Dia cuma dah anggap taehyung sebagai adiknya sendiri.

[𝐂] 𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐚𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now