29. Jaehyun

625 53 4
                                    

Jungkook tak habis habis manja dengan jaehyun. Bahkan dia tak mahu berpisah dengan anaknya itu. Saat dia melihat wajah jaehyun membuatkan dia teringat akan jeongguk.

Entah bagaimana agaknya keadaan jeongguk. Yeah, walaupun jeongguk bukan anak kandung tetap juga jungkook menyayanginya. Tetapi tidak setanding dengan dia menyayangi jaehyun anak kandungnya.

Jungkook menghabiskan masanya bersama jaehyun berdua. Kerana taehyung dan ibunya sibuk memilih tema untuk majlis perkahwinan mereka. Jadi tak salah jika ia cuba mengakrabkan dirinya dengan sang anak.

"Kenapa hyunie tersenyum lagi tadi.." Ujar jungkook saat ia melihat anaknya itu tersenyum tidak jelas.

"Hyunie gembira daddy.." lirih pelan. Sudut pandanganya memandang tepat dihadapan pada taman permainan itu yang penuh dengan kanak kanak kecil bermain sana.

"Kenapa..?" tanyanya seakan ingin tahu lebih tentang anaknya ini. Kerana dia dapat merasakan bahawa jaehyun pandai menyembunyikan perasaanya sama seperti taehyung.

"Saat hyunie lahir, hyunie tak pernah sangka yang hyunie akan ada keluarga yang bahagia. Waktu hyunie lahir wajah pertama yang hyunie nampak hanyalah mama. Masa tu hyunie rasa bahagia sangat. Tapi saat hyunie tumbuh membesar, hyunie merasa begitu kerdil diluar rumah. Saat itu hyunie sedar.." Jaehyun mengalihkan pandanganya ke arah sang ayah.

"..Yang hyunie kekurang satu je.. Iaitu ketiadaan seorang ayah." Kata kata jaehyun membuatkan jungkook terasa sungguh dalam dengan perkataan itu. Entah kenapa dia berasa sangat menyesal dahulu meninggali taehyung.

"Masa mama bawa hyunie jalan jalan ke taman. Hyunie nampak semua orang akan datang bersama ayah dan ibu mereka. Manakala hyunie hanya dipimpin oleh mama."

"Saat hyunie lihat semua orang mengenggam tangan ayah mereka. Hyunie dapat rasakan bahawa mereka berasa selamat ketika menggenggam tangan ayah mereka."

"Bukan hyunie tak berasa selamat dengan mama. Tapi, kehadiran seorang ayah dalam kehidupan anaknya itu ibaratkan kehangatan yang nyaman ketika salju turun. Seorang anak merasakan bahawa ia berasa selamat bersama ayahnya. Dia merasakan genggaman ayahnya itu menjadi sumber kekuatan bagi mereka." Ucap jaehyun seakan meluahkan apa yang ia rasa. Jungkook tidak menyangka bahawa sebegitu sekali keinginan jaehyun untuk memiliki seorang ayah. Dia berasa sedih melihat anaknya yang tumbuh menjadi seorang lelaki yang mampu untuk melindungi taehyung suatu hari nanti.

"Hyunie nampak semua orang bahagia ada ayah dan ibu. Tetapi hyunie cuma ada ibu tapi tidak dengan ayah. Sampai suatu saat hyunie bertanya kepada mama kenapa hyunie tak ada ayah.."

"Wajah mama berubah saat hyunie menanyakan hal itu.."

"Tapi mama selalu cakap, Daddy hyunie kerja nak.. dia jauh dari kita."

"Bila setiap kali hyunie tanyalan hal tu, pasti mama akan cakap daddy kerja.. bahkan wajah daddy pun tak pernah mama tunjukkan."

"Hyunie selalu nampak mama menangis sendirian, bila hyunie tanya mana daddy hyunie."

"Mama akan nangis dan cakap dia masih belum bersedia untuk beritahu segalanya.."

"Melihat mama menangis membuatkan hati hyunie terhiris-hiris. Sejak dari kejadian itu hyunie tak pernah bertanyakan lagi tentang daddy pada mama kerana hyunie tak nak mama menangis kerana itu."

"Tapi semakin usia hyunie meningkat, hyunie faham segalanya.. hyunie tak sanggup lihat mama menagih simpati orang lain. Mengemis dari orang lain. Hanya ajusshi jimin yang banyak membantu mama.."

Jungkook menangis pelan. Dia tak tahu kenapa tetapi ia menangis deras mendengar keluhan anaknya.

"Tapi Tuhan seakan mewujudkan impian hyunie.. hyunie nak kan sebuah keluarga yang bahagia dan lengkap. Ada mama ada daddy.. hyunie tak sangka jika permintaan hyunie itu dikabulkan oleh tuhan. Bermakna tak sia sia hyunie minta pada tuhan setiap malam sebelum hyunie tidur."

"Akhirnya hyunie ada daddy dan mama. Benarlah kata mama, mungkin bukan harini tuhan memgabulkan permintaan kita, tapi percayalah bahawa tuhan sedang mendengar keluhan kita."

"Hyunie sayangkan daddy dengan mama. Hyunie tak nak kehilangan keduanya lagi.. Tuhan dan lengkapkan keluarga kita. Tentang daddy tinggalkan kami, hyunie tak pernah membenci. Sebab mama ajar untuk tidak membencikan sesiapa malah belajar memaafkan kesilapanya. Setiap manusia akan melakukan kesilapan. Jadi hyunie maafkan daddy.."

Jungkook tak tahan lagi ia memeluk tubuh si kecil itu mendakap tubuhnya menyalurkan kehangatan pada tubuhnya. Tak sangka bahawa taehyung benar-benar mendidik zuriatnya dengan baik.

"Hyunie tak minta banyak pun, hyunie nak daddy dengan mama ada disisi hyunie dan terus memberikan sokongan dan dorongan untuk hyunie terus berjaya kehadapan." Ujarnya seakan anak itu telah menjadi seorang yang dewasa.

"Daddy sayangkan kamu jaehyun.. daddy akan bahagiakan kamu dengan mama."




















Mereka telah pun selesai menyiapkan segala kelengkapan untuk majlis kahwin jungkook dan taehyung.

"Wah, gembira nampak." ujar taehyung yang kini melihat jungkook bersama jaehyun begitu akrab sekali.

"Mestilah, sayang.." jungkook refleks cubit pipi tembam taehyung itu.

"Ish, sakitlah.."

"Mama.."

"Iya sayang.."

"Hyunie nak tidur dengan mama dan daddy."

"Boleh sayang.."

"Yeay.." jaehyun tiba tiba sahaja memeluk tubuh taehyung. Agak aneh dengan sikap anaknya yang tiba tiba nak manja denganya.

"Kenapa ni hm.." tanya taehyung. Jaehyun hanya mengelengkan kepala.

"Hyunie sayangkan mana dengan daddy."

"Iya, mama pun sayang.. hyunie tetap nombor satu dihati mama."

"Habistu saya..? nombor dua ke?"

"Yelah.." balas taehyung

"Tapi, saya nak nombor satu."

"Ish, daddy mengalah jela dengan hyunie.."

"Alah, tak boleh.. daddy nak juga nombor satu."

"Okay, korang berdua nombor satu mama. Habis."

"OKAY!"


















Tbc.

Tinggal satu lagi chapter lepastu akan end. Get ready guys..

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[𝐂] 𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐚𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now