Jungkook berkeras untuk menghantar taehyung pulang. Namja manis itu menolak lembut pelawaan jungkook tetapi bukan namanya Jeon Jungkook kalau ditolak mentah oleh taehyung.
"Balik dengan aku.. lagipun dah lewat dah ni. Marilah.." Ujar jungkook didalm kereta mewah miliknya. Taehyung ragu-ragu dia takut jika rose atau sesiapa yang bakal nampak mereka berdua.
"Jungkook, awak dah ada isteri.. sebaiknya awak pulanglah.. saya boleh balik naik teksi atau bas. Pasti isteri dan anak anak awak perlukan awak sekarang ni."
"Naik je.."
Taehyung mengelengkan kepalanya. Jungkook pun menghela nafasnya kemudian mengiyakan kata kata taehyung."Baiklah, aku tak nak paksa. Tapi hati hatilah." Taehyung tersenyum lalu menunduk hormat pada jungkook. Akhirnya kereta itu pun pergi jauh dari pandanganya. Taehyung berjalan kaki menuju halte bas.
Hari dah gelap, maksudnya dah malam. Lagipun memang dia stay sampai malam. Disebabkan dia dah bagitahu dengan Encik Han untuk balik je dahulu.. jadi lelaki paruh baya itu hanya mengiyakan sahaja.
Jadi disinilah taehyung berada. Terpusing-pusing dia cari bas dan teksi untuk di naik. Tiba tiba sahaja dia teringatkan sesuatu.
"Yak! macam mana aku boleh tak ingat yang aku tak bawak duit." Taehyung menepuk-nepuk kepalanya berkali kali. Macam mana dia boleh tak perasaan dengan benda tu.
"Itulah kau tae belagak lagi tak nak naik dengan dia. Sekarang ni nak tak nak.. kau kene balik jalan kaki." Namja cantik itu merungut tak habis habis.
Kebetulan pula jalan yang taehyung lalui itu adalah jalan gelap. Lampu jalan pun ada tak banyak dua tiga je selebihnya gelap.
Taehyung jenis yang penakut sikit.
"Ish, kalau aku tahu aku naik dengan jungkook tadi." Tiba tiba perasaanya sedikit berdebar-debar. Perasaan takut mulai menyelebunginya.
Sling bag yang tersangkut pada bahunya itu dipegang dengan sangat erat. Dia pernah terbaca dekat surat kahbar yang dekat kawasan sini banyak sangat peragut.
Taehyung berharap dia sampai kat rumah dengan keadaan selamat. Dia bukanya ada telefon pun nak hubungi sesiapa.
Tin..Tin..
Taehyung terkejut lalu menoleh pada sisi jalan raya. Kereta hitam mewah berhenti ditepinya. Taehyung rasa macam kenal je kereta ini. Tingkap itu diturunkan dan ternyata itu adalah jungkook.
"Ah, Jungkook-ah.."
"Kau memang keras kepala eh?"
"M-maaf, saya ingat masih ada duit dekat tangan saya. Tapi saya lupa yang pagi tadi saya tak bawak duit." Pemuda dingin itu terlihat menajamkan matanya. Taehyung menunduk. Kenapa jungkook ada aura yang membunuh ye. Sebab sebelum ini jungkook tu orangnya romantik. Tak pernah herdik atau marahkanya. Tapi untuk kali ini dia nampak sisi lain dari jungkook.
"Lain kali tak payah jual mahal. Aku bukan suruh kau bayar pun. Aku hantar balik je.."
"Cepat naik!" Arah jungkook, Taehyung berjalan masuk ke dalam kereta mewah jungkook. Kalau nak dibandingkan taehyung yang misikin ini apalah sangat nak naik kereta mewah ni.
"Macam mana awak boleh tahu yang saya tak balik lagi."
"Aku tak pergi pun, aku duduk perhatikan kau. Tak mungkin aku biarkan kau sorang dalam keadaan macam ni. Dekat sini banyak peragut." Kata jungkook dengan nada penuh kerisauan. Taehyung menunduk tersenyum malu.
"Maaf.."
"Takpe, ni rumah kau dekat mana."
"Dekat je, jalan straight lepastu belok ke kanan." Jungkook mengangguk lalu kembali fokus memandang jalan raya. Tak lama selepas itu, taehyung membuka suaranya.
YOU ARE READING
[𝐂] 𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐚𝐫 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓
FanfictionTaekook Present 🥀 Cast🥀 -Jeon Jungkook -Kim Taehyung Other Cast 🥀 -Coming soon Synopsis 🥀 -taehyung dan jungkook ialah pasangan kekasih. Keduanya saling mencintai antara Satu sama lain. Taehyung menginginkan sesebuah hubungan yang serious. seper...