10

678 40 1
                                    

Suria membuka pejabat CEO dengan passcode yang hanya Azril, Sandra,Suria dan HR yang tahu.  Dia membuka lampu dan pergi ke mejanya. Ada mesej Whatsapp masuk. Dan itu adalah dari Sandra.

"Suria, I am sorry I cannot attend work. My notebook password is 1212 and Tuan Azril's appointments are all there in Ceo daily folder. Dont forget his morning coffee, he will be grumpy if he misses his coffee. His business Ipad is charged in the file room. You know right?"

(Sandra)

"You take care. Ni kopi ni how much sugar?"

(Suria)

"Black americano, no  sugar."

(Sandra)

"Ok Sandra, if anything I call you up."

(Suria)

"Ok, good luck!"

(Sandra)

"I dont need luck, I need you here."

(Suria)

"Hahahahaha. I need to rest, ada slight bleeding.

(Sandra)

"Please rest. Jangan risau I kat sini memang akan kena jerit dengan boss. What else is new? hahaha"

(Suria)

"Fighting!"

(Sandra)

"Hahahaha....ok Sandy. Rest well. No worries. He is bossy but I can handle him."

(Suria)

Dia menghela nafas panjang. Hari ini akan menjadi hari yang panjang, desis hatinya.  Dia membuka laptop Sandra dan memeriksa jadual Azril.  Dia mencetak jadual itu dan mengongsikan jadual itu ke ipad perniagaan Azril. Dia ke bilik fail dan membawa keluar Ipad Azril dan meletakkannya ke atas meja. Dia pergi menyediakan kopi yang disebut oleh Sandra. Tepat 8.30 pagi Azril melangkah segak dengan suit hitam putih.

"Assalamualaikum tuan CEO,"ucap Suria berdiri memberikan salam paginya.

"Sandra?"

"She is unwell tuan. Hari ini saya akan mengambil alih tugas Sandra," jawab Suria. Azril menjeling dan melangkah ke biliknya. Suria bergerak ke pantri dan membawa keluar secawan kopi. "Tuan, ini kopinya," tegur Suria meletakkan kopi itu di hadapan Azril.  "Would you like to know your schedule today, sir?" tanya Suria. Azril mengambil ipadnya dan Suria mengeluarkan buku nota besar yang terkandung jadual Azril hari itu. Dia membacakan semuanya yang ada di situ. "Ada perubahan tak tuan?" tanya Suria. Azril yang tiada kemanisan di wajah hanya memandang pembantu Sandra di hadapannya. 

"Inform Daus dan Yuhanis ada site visit hari ini," tegas Azril. Suria mengangguk.

"Saya minta diri dulu," kata Suria melangkah keluar. Hatinya sungguh gementar kerana kalau dia tidak ada kesabaran yang banyak mungkin kesudahan hari dia juga yang akan susah. Suria pergi ke tempatnya dan menelefon setiausaha Daus dan Yuhanis memberikan arahan tuan Ceo.

"Hoi," tegur Azril dalam interkom.

"Hoi?"jawab Suria yang mula jengkel dengan sikap Azril. Dia menekan interkom untuk menjawab panggilan Azril. "Tuan panggil siapa ya?"

"Aku panggil kau!"tengking Azril.

 "Dia ni salah makan ke apa ni?" kata Suria sendiri. "Are you sure tuan? Mana ada orang kerja di pejabat ini nama HOI," kata Suria masih menenangkan nadanya.

"Loyar buruk ya?!" tengking Azril lagi. Suria menghela nafas panjang. Dia mencongak2 di fikirannya bagaimana nak menghadapi perangai Azril yang egoistik sejak dia berjumpa dengannya di kampung.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang