78

556 23 1
                                    

Suria balik ke rumah tepat jam 9 malam selepas makan malam dengan Joo Wan. 2 mesyuarat dengan pembekal satu video conferencing dengan DC meletihkan mereka.

"Hah, Ya. Mai sat," panggil Sarimah sambil mengemas dapur dan Bibik Zas membasuh pinggan

"Awat kaklong?" tanya Suria dan duduk di island.

"Kaklong dan Dan ge akan balik kampung sat. First flight morning, last flight at night balik sini balik."

"Hah, mak tak habag kat Ya pun kena balik," balas Suria terkejut.

"Mak tahu hang sibuk.Hang tolong hantaq Mimi p tusyen jam 8 and ambik jam 9.30 malam. Kat town depan tu ja," tunjuk Kaklong dengan muncungnya.

"Kaklong balik awat?"

"Mak mintak tolong kemaskan bilik Rai. Mak nak buat bilik jahit."

"Oh... Kalau camtu, kaklong transfer ke bilik Ya pun takpa," kata Suria. "Nanti Ya balik Ya susun," katanya lagi.

"Sounds good. Jangan lupa hantaq mimi ambik mimi, paham?" kata Sarimah mengingatkan Suria.

"Eih, kaklong nanti bawak balik dalca mak buat. Ya rindulah mak masak," pinta Suria tersenyum manis.

"Kalau mak nak buat. Kot dia letih.. Idok la jawabnya iye..?" balas Sarimah mengesat tangannya yang berminyak.

"Kak lepas mandi and solat Ya nak p hospital sat boleh?" tanya Suria.

"Awat tak buleh... Buleh sesangat. Kebetulan kaklong ada fail nak kena letak atas meja kat ofis ni," jawab Sarimah. "Hah pi la bersiap. Takkan kul 10.30 nak pi kul berapa hang nak balik?"

"Kak, hang kalau tak beletiaq satu hari hang demam kot no?" kata Suria. Sarimah membaling kain kesat tangan ke muka Suria. "Kaklong!!" jerit Suria.

"Aku beletiaq ka hang?" tanya Sarimah terus berlalu ke biliknya. "Bik, esok bangun awal sikit ya? Jam 5 sudah mahu sarapan." kata Sarimah kepada Bibik Zas sambil berjalan ke biliknya.

"Baik buk," jawab Bibik Zas. Suria bersiap untuk ke hospital. Dia memilih untuk memakai hoodie hijau zamrud dan track bottom putih. Dia memakai baseball cap putih.

"Jangan lama sangat," tegur Sarimah di balik pintu biliknya. Suria melambai dan terus berlalu dari situ. Suria sampai di bilik Azril dan melihat Azril keseorangan. Dia masuk dan melihat Azril yang sedang tidur.

"Suria," panggil satu suara. Suria menoleh.

"Hisham," sambut Suria.

"Saya tunggu dari semalam hendak bercakap dengan Suria," akui Dr Hisham.

"Suria," panggil Azril terketar-ketar. Suria berpaling dan pergi ke katil Azril. Dia menyentuh dahi Azril.

"Panas. Awak demam ni," kata Suria. "Hisham, is he alright?"tanya Suria kepada Dr Hisham. Suasana bilik sangat sejuk kerana hujan lebat di luar.

"We are trying to lessen his temp. Jangan bimbang. Saya dah inject ubat demam. Dalam beberapa jam InsyaAllah suhu akan turun," jelas Dr Hisham.

"Suria," panggil Azril. Suria melihat wajah Azril. 

"Hisham dia ni sedar ke tidak?"tanya Suria kehairanan.

"Dia di dalam sedar dan tidak. Suhu badan begini  kadang pesakit boleh meracau."

"Is that normal?"tanya Suria lagi. Dr Hisham mengangguk. 

"Mungkin, Suria boleh tolong lapkan Azril dengan air suam untuk lebih cepat suhu itu turun. Selagi saya di sini, Suria jangan bimbang," jawab Dr Hisham.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang