69

454 18 0
                                    

Datin Maria, Datuk Razali dan Yuhanis terserempak dengan Suria di hadapan pintu lif.

"Cik Li, auntie Maria, Yuhanis. Azril tadi dah bangun doktor kata dia dah lepas dari kritikal. Azril pun dah diberi bubur nasi dan ubat. Sekarang dia tidur dan berehat,"terang Suria.

Datin Maria, Datuk Razali dan Yuhanis menarik nafas lega. "Terima kasih Suria,"ucap Datin Maria.

"Don't mention it auntie. Suria tak buat apa pun,"balas Suria.

"Suria nak pergi mana ni?"tanya Datuk Razali.

"Since Azril dah ok. Suria balik ke pejabatlah Cik Li. Banyak benda bertangguh tu,"jawab Suria mesra.

"Balik rehatlah,"kata Daruk Razali.

"Tak boleh Cik Li, Sufe kena ke New York bawa report,"balas Suria tersenyum. "Lagipun Yuhanis ada ni, hah. Suria minta diri dulu ya,"ucap Suria berlalu sambil melambai. Suria menarik nafas lega kerana Azril telah sedar. Di fikirannya terngiang-ngiang cadangan Inspektor Arun. Mampukah dia berhadapan dengan pesakit mental seperti Dahlia. 'Haish, lain misi aku, lain yang dapat,' desis hatinya apabila teringat kenapa Datuk RAzali memintanya menjadi pembantu Azril mula-mula dulu. 3 bulan dulu.

Joo Wan sudah pun mengemas bagasinya pada malam itu. Dia duduk termenung di tingkap biliknya. Pemandangan malam dihiaskan lampu-lampu neon mencantikkan malam itu. Dia menarik nafas panjang. Selagi tidak bernaung di bawah satu langit dengan Suria, bernafas udara yang sama, hatinya takkan senang.

"Lokong,"panggil Cecilia membawa minuman coklat panas. Joo Wan berpaling dan kembali ke tempat duduknya.

"Cecil,"sapa Joo Wan. Cecilia meletakkan minuman itu di hadapan Joo Wan.

"Lokong, perlu ke balik ke KL?"tanya Cecilia. Joo Wan memandang wanita kecil molek yang dikenalinya sejak kecil.

"Perlu, jika tidak separuh diri aku akan mati di sini,"pendek tapi bermakna jawapan Joo Wan itu. Cecilia terdiam. 'Suria begitu bermakna bagi kau Ah Wan,' bisik hati Cecilia.

"Berapa lama lokong hendak ke sana?"tanya Cecilia. Joo Wan memandang isteri di atas kertasnya itu.

"Berapa kali nak tanya?"usik Joo Wan. "Paling lama pun dua minggu. Kalau ada masalah di pejabat, refer kepada Ka Jie," kata Joo Wan.

"Lokong, jangan lupakan Cecil di sini," kata Cecilia. Joo Wan tersenyum. "Ngo oi nei (aku cinta padamu)," sambungnya lagi. Joo Wan lalu bangun dan pergi dari situ meninggalkan Cecilia di situ. Hatinya yang sedih diterjemahkan oleh bibit airmata yang tumpah melihat Joo Wan pergi dari bilik itu. 'Lokong, jangan tinggalkan Cecil di sini,'rayu hati Cecilia.

Suria menjeling jam LED di dinding. 2 pagi. Dia menompang kepalanya. Masih lagi berfikir, bermenung tentang tindakan  yang seterusnya. Notifikasi masuk.

"Suria, dah tidur?"

-Boss dari neraka-

"Huih, apahal orang tua ni?" tanya Suria kepada diri sendiri. Dia hanya melihat sahaja mesej itu. Azril melihat mesej itu di-bluetick. Dia menunggu balasan tetapi tiada reaksi.

"Esok kalau free datang ke hospital. Saya ada benda nak cakap."

-Boss dari neraka-

"Well, boss from hell, aku tak heran kau nak cakap apa," kata Suria kepada diri sendiri. Dia tidak membalas pun mesej itu. Dia menguap menandakan dia sudah terlalu mengantuk. Azril menghela nafas panjang. Belum pernah dia berjumpa seorang perempuan yang sangat degil. Dia nekad menelefon Suria terus. Terlompat Suria mendengarkan getaran telefon di tangannya. Dia memandang nama Boss dari Neraka dipaparkan di skrin telefon. "Aku rasa aku patut tukar ID ni..." bisik Suria. Dia menguap. Dia membiarkan sahaja telefon itu bergetar beberapa kali. Dia naik ke katil menutup lampu dan membuka pendingin hawa dan terus terlelap. Azril merasa begitu tidak dihormati dan dipeduli oleh Suria. 

"Hei, perempuan. Aku menyelamatkan kau kot. Tak reti nak menghargai. Aku hampir mati kerana kau dan kau masih sombong dengan aku ya!" jerit Azril. Yuhanis yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut dengan berang Azril.

"Ril, kenapa ni?"tanya Yuhanis kehairanan. Azril memandang Yuhanis yang sudah dua malam bersamanya.

"Anis, I nak ucapkan terima kasih kerana menemani I di sini," kata Azril setelah kemarahannya reda. Dia berfikir adakah sememangnya bertepuk sebelah tangan dengan Suria. Suria memang langsung tidak mempedulikannya. 

"Apa you cakap ni? I kan bakal isteri you," sambut Yuhanis tersenyum.

"I rasa you patut balik. Tak manis you temankan I di sini," kata Azril lagi.

"Tak nak, I nak tidur sini malam ni," bantah Yuhanis duduk di sofa panjang di tepi dinding.

"Yuhanis, kita berkawan dari sekolah lagi.  Dan I harap you tak akan menipu diri you sendiri," ucap Azril. Yuhanis tidak suka mendengarkan kata-kata Azril sebegitu.

"Katakan apa yang sebenarnya ini Ril," pinta Yuhanis mendekati Azril di katil.

"I tak pernah terfikir hendak mengambil you sebagai isteri," kata Azril berterus-terang. 

"Apa?!!" balas Yuhanis. "Azril you cakap apa ni? Memang I bakal isteri you. Semua orang tahu!"sambung Yuhanis sudah mula panik.

"Kalau kita bersama pun, I takkan boleh sayangkan sebagai seorang isteri," terang Azril. Dia melihat Yuhanis sudah mula menitiskan airmatanya.

"I terima. Sekiranya you tak boleh sayang I sebagai seorang isteri then, terimalah I sebagai perempuan."

"Anis!" panggil Azril terkejut.

"I tak teragak-agak hendak berkahwin dengan you Azril walaupun you tak sayangkan I," pujuk Yuhanis.

"Tapi-"

"Terima I sebagai isteri you. Jadi suami I. Kita hidup sebagai suami isteri yang sah dan I janji I takkan minta hati you."

"What? Yuhanis, ini soal hidup," bentak Azril.

"Ril, I don't really care if you don't love me, tapi I sayangkan you. Cukup untuk I tahu I sayangkan you. Terimalah I sebagai wife you," pujuk Yuhanis. "Kalau betul you hendak berkahwin lebih dari satu sekalipun, I rela. Just take me as your wife. Keluarga kita akan jadi sangat kuat bila kita bergabung."

"You tak kisah kalau I hanya menganggap you sebagai wanita tanpa ada perasaan apa-apa?"tanya Azril. Yuhanis mengangguk. 'Begini sahaja untuk memenangi permainan ini. Dia mahu menang dengan berkahwin dengan Azril. Suria atau Dahlia atau Dilla. Dia mahu menang,'desis hatinya.

"I tak jadi masalah untuk menerima kewajipan sebagai seorang isteri, Ril."

"Anis," Azril hilang kata-kata.

"I nak kita tidur sekatil, makan bersama, bekerja berdua dan hormat-menghormati. You tak perlu ucapkan I love you or whatever. Just be with me. Banyak perkara sudah berlaku dan you hampir hilang nyawa you. I tak mahu jadi selfish. You tak perlu balas cinta I tapi I memang mahu menjadi isteri you," pujuk Anis lembut menyentuh tangan Azril. AZril menghela nafas panjang. Mungkin ada benarnya kata-kata Yuhanis itu. Perkahwinan tak perlukan satu hati satu jiwa...cukuplah satu timbang-rasa, hormat-menghormati dan meneruskan hidup seperti orang lain. "Walaupun suatu hari nanti you jatuh cinta dengan perempuan lain. I relakan cuma satu sahaja, jangan ceraikan I," sambung Yuhanis. Azril memerhatikan wajah Yuhanis di hadapannya. Ya, dia dikejar oleh seorang wanita cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak boleh melangkah setapak lagi dengan Yuhanis sedangkan dia tahu Yuhanis mencintainya. Azril menarik nafas panjang. Ubat yang baru dimakan memainkan peranan untuk dirinya menjadi begitu mengantuk. Dia menguap. Yuhanis membaringkan Azril, menyelimutkannya dan memberikan senyuman paling manis. "Selamat tidur ya Ril. I tak perlukan jawapan you sekarang. Fikirkanlah. Umur kita makin meningkat, bila tengok kawan-kawan lain sudah pun mempunyai cahaya mata, hati I tersentuh juga. So Azril, kita kawin ya?"pujuk Yuhanis. Azril tanpa menjawab melelapkan matanya.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang