37

566 27 0
                                    

Suria bangun subuh dan merasa seperti tidak mahu pergi ke pejabat. Hari masih awal dan dia menaiki treadmill dan berlari selama sejam. Terasa semuanya lain hari itu. Benarkah selama ini Azril menyukainya? Rai... Aku tidak langsung berniat mengambil Sufe dari kau. Jika aku tahu.. Dia melajukan treadmills itu untuk cycle akhir. Habis sejam, dia tercungap-cungap mengambil nafas.

"What's wrong?" tanya Sarimah. Itu mengejutkan Suria.

"Hang ketuk dulu pintu tu boleh? Mengejutkan aku ja," balas Suria. Sarimah ketawa.

"Sorry. Hari ni last weigh in. Dah cukup 6 minggu."

"Betul?"

"Hmm.. Mai la timbang," Sarimah meletakkan mesin penimbang ke lantai. Suria naik ke atas mesin itu dan mereka keduanya menangis.

"73kg,"kata Sarimah dan mereka berpelukan."Hang kena lose lagi 15 kg ok?" Suria mengesat airmatanya yang bercampur dengan peluh.

"Thank you kaklong," ucap Suria. Berat itu adalah di waktu dia di tingkatan lima.

"Nah, ini debit card. Mak, ayah, Dan ge and me hadiahkan ini. Go and buy some new clothes ok?" kata Kaklongnya. Suria mengesat airmatanya yang deras mengalir. Suria mengangguk. "No food! Buy that dress you always wanted.!"peringat Sarimah. Dia terus berlalu dari bilik itu.

Suria bersiap seperti biasa dan dia telah membuat tempahan online untuk sesi spa. Walaupun pada awalnya dia tidak bersemangat hendak ke tempat kerja sekarang hatinya berbunga. Dia menanam azam akan mencapai berat badan yang normal untuk kesihatan dirinya.

Dia sampai di pintu Trans serentak dengan Sufe. Sufe melihat wajah Suria yang kemengantukan.

"Kau tidur pukul berapa semalam?" tanya Sufe kehairanan.

"Lewat,"jawab Suria sambil menguap besar.

" Kau nak cuti ke? Aku bagi, "kata Sufe. Suria ketawa.

" Boss paling baik di dunia!"balas Suria sambil menunjukkan ibu jari kanannya. Giliran Sufe pula ketawa. Sufe menghulurkan lengannya untuk Suria bergantung. Suria menerimanya dengan senang hati.

"Hai Suria, Mr McButler," tegur Premila.

"Morning Mila, Aida," jawab mereka serentak. Aida dan Premila berpandangan dan tersenyum.

"Pasangan paling ideal dalam company ni," tegur Aida. Tiba-tiba Azril lalu di hadapan mereka dan memberikan jelingan sisi yang tajam.

"Morning Tuan," sapa mereka pantas. Suria dan Sufe berdiri di hadapan lif pengurusan dan Azril sampai di sisi mereka. Dia melihat Suria memegang lengan Sufe.

"You all berdua ni dah kenapa? Tak sedar ini pejabat?"tegur Azril. Suria menjeling kepadanya dan memandang Sufe.

" Assalamualaikum Azril, "sapa mereka serentak. Azril terpempan dan hanya mengangguk. Pintu lif terbuka dan mereka bertiga masuk ke dalam lif. Baru sahaja pintu lif mahu tertutup kedengaran orang menjerit."Hold the lift!" itu ialah Daus yang berlarian untuk mendapatkan lif.

"Morning sunshine!" sapa Daus kepada Suria. Suria tersenyum. "Hang ni awat? Pepagi dah melemau semacam,"tegur Daus.

"I mengantuklah. Semalam tidoq lewat," jelas Suria masih lagi bersandar di dinding lif.

"Awat? Berchatting dengan Sufe apa?" usik Daus.

"Aik... Aku tidur tepat 11 malam. I need my beauty sleep," jawab Sufe menidakkan kata-kata Firdaus.

Azril hanya memerhatikan Suria. Mesejnya semalam pun hanya dapat bluetick. Pintu Lif terbuka dan mereka berempat keluar dari situ. Daus bergerak ke biliknya dan mereka bertiga ke pejabat CEO. Azril terberhenti di tepi bilik gerakan sementara DCTP. Meja Suria sudah tiada di situ.

"Kau tengok apa Azril?" tegur Sufe.

"Meja ni-" tanya Azril.

"Ada di dalam. Suria share dengan akulah since dia partner bukan PA," jawab Sufe selamba.

"Apa?!" soal Azril. Dari pagi tadi dia diuji oleh dua orang di hadapannya. "Mana boleh dua orang sebilik?"sambungnya lagi. Suria dan Yusufe bertukar pandangan.

"Apa masalah kau ni Azril. Dinding kaca see through tu kan. Bukannya orang tak nampak," balas Sufe kehairanan. Azril terdiam. Suria hanya memerhatikan sahaja drama sebabak di hadapannya kerana dia masih tak tahu bagaimana mahu menghadapi Azril dan perasaannya terhadap dia." Jom Yaya,"ajak Sufe menarik Suria pergi. Suria mengenyitkan mata kirinya kepada Azril dan tersenyum. Azril memerhatikan sahaja tanpa rela melihat mereka masuk ke bilik bersebelahan biliknya.

Suria menghempaskan dirinya di sofa empuk berwarna krim di bilik itu. Sufe meletakkan barang2nya di meja dan kembali ke sisi Suria.

"Kalau kau mengantuk kau tidurlah dulu. Aku ada hal nak jumpa Joo Wan nak settlekan press release. Kerja kau bermula lepas aku balik dari aku jumpa Joo Wan ok?" kata Sufe sambil melihat Suria berbaring di sofa terkelip-kelip memandangnya. Dia membuat isyarat ok kepada Sufe. Sufe keluar dari pejabat itu dan Suria hanya menikmati suasana sejuk dan senyap dia situ.

Selepas Azril masuk ke bilik Dilla melaporkan aktiviti hari tu dan membuat kerjanya kembali. Azril keluar dari bilik dan pergi ke pantri. Dia membancuh essenso secawan untuk Suria. Dilla yang memerhatikan sahaja gelagat Azril menegurnya.

"Tuan nak kopi. Biar saya sediakan," tegur Dilla.

"Buat saja kerja yang saya beri tadi!" jawab Azril tegas. Dilla menelan air liur kerana terkejut dengan nada agak keras bosnya pagi itu. Azril membawa kopi itu ke bilik Sufe. Dia mengetuk pintu. Suria nampak dari dalam yang itu adalah Azril. Dia bangun dan membuka pintu lalu terus ke sofa balik.

"Nah aku buatkan kopi, kurang lah sikit mengantuk tu,"kata Azril menghulurkan kopi itu kepada Suria. Suria menerima kopi itu dengan rasa tidak percaya. 'Mimpi ke aku ni?'

"Apasal baik sangat pagi ni?" tanya Suria masih memegang mug kopi panas.

"Aku ni jahat ke?" tanya Azril. Suria membuat muka.

"Ya," panggil Sufe dari pintu. "Kata mengantuk," sambungnya lagi. Suria mengangguk. "Elok juga ada kopi,"kata sufe lalu mengambil kopi itu dan meminumnya." Sedapnya,"puji Sufe. Azril tidak berpuashati kerana dia membuat kopi itu untuk Suria.

"Aku ada kerja. Aku minta diri," kata Azril berlalu dari situ. Suria tersenyum kambing dan melambai sahaja.

"Someone is so grumpy every morning," bisik Sufe. Suria ketawa dan terus berbaring. Sufe melihat sekeliling dan menyuruh Suria duduk. "Aku ada benda nak cakap ni," kata Sufe. Suria mendiamkan diri untuk mendengar kata-kata Sufe.

"Projek ni ada orang cuba overtake Trans. David emailed me last night. The offer is so attractive that I think it made David reconsidering this project to Trans," terang Sufe. Suria menghela nafas panjang.

"Let me guess Global Int?"tanya Suria.

"Mana kau tau?"

"Itu company ayah Yuhanis, kan? Aku pun naik pening kenapa Azril employ dia sedangkan she creates a lot of conflicts."

"Kau tak terkejut pun ni," tegur Sufe. Suria menggelengkan kepalanya.

"Aku dengar-dengar la kat toilet hari tu adalah minah2 ofis ni yang bergossip,"bohong Suria. Seorang pun tidak boleh tahu yang dia di situ kerana cuba menjadi mata Datuk Razali.

"Jadi apa kita nak buat?"

"Carilah spy tu dulu, then kita tahu apa kita nak buat," cadang Suria.

"Tapi siapa?"

"The main suspect dah tentu Yuhanis. Tapi mungkin ada player lain di belakang bayang Yuhanis," jawab Suria. "We need to consider all personnel. Ramai dalam team kita ni. Did David say how similar the tender offered to DCTP?"

"Very...dan pricing dia Trans memang tak boleh nak compete," jawab Sufe. Suria berfikir siapalah yang licik sungguh dalam game yang tidak tahu siapakah pemainnya.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang