34

548 31 0
                                    

"Hei, jomlah tunggu apa lagi. Kerja hari ni dah siap," tegur Yusufe keluar dari biliknya.

"It's 5 pm," jawab Suria.

"Yalah. Kita kerja 9 to 5 tak lebih dari itu.. Unless there is an emergency kita kerja sampai pagi." Yusufe mencekak pinggangnya. "Yang kau ternganga pasaipa cheq?" usik Yusufe.

"Habis selama ni kau balik pukul 6.30pm?"tanya Suria.

"Itu sebab kau balik 6.30pm,"jawab Yusufe. Suria merasa sangat terharu." Are you touched? "tanya Yusufe. Suria mengangguk."Jom, I will take you somewhere. Kita ada masa sebelum dinner," ajak Yusufe menutup pintunya, berlari kepada Suria dan menutup semua di atas meja dan menariknya keluar.

"Boss, kita nak pergi mana ni?" tanya Suria yang mengikuti sahaja Yusufe.

"You deserved a makeover! Kau kan assistant aku... So ini hadiah aku," jawab Yusufe. "Malam ni kan welcoming party kau.. Kita kasi cantik sket," sambungnya lagi.

"Kau nak kata aku buruklah kan?" balas Suria. Yusufe menghentikan langkahnya dan melepaskan lengan Suria. Dia menunjal dahi Suria. "Ni dah harrassment ni," sambung Suria lagi.

"Jomlah. Appointment salon jam 5.15. Nasib baiklah Trans ni tengah KL nak pergi mana pun cepat. Dah jom," ajak Yusufe. Suria menuruti sahaja kehendak Yusufe.

Azril banyak mendiamkan diri selepas video meeting tadi. Dia hanya banyak melihat ke luar kaca besar menghadap kota Kuala Lumpur. Yuhanis juga duduk di sofa empuk dan memerhatikan sahaja Azril dalam lamunannya. Dia faham kenapa Azril menjadi begitu. Sudah tentu dia juga tidak puas hati dengan DCTP yang mengambil Suria dari Trans. "Kenapa Suria? Budak kampung tu...no class," Yuhanis membebel sendiri.

"Itu silapnya korang,"tegur Daus yang mendengar bebelan itu ketika dia melangkah masuk.

"What do you mean?" tanya Yuhanis jengkel. Daus menggelengkan kepalanya.

"You Anis apalah salah si Suria yang you benci sangat melihat dia?" tanya Daus sambil melabuhkan punggungnya. Azril masih lagi memandang keluar. Dia mendengar apa yang dibualkan di belakangnya tapi dia memilih untuk membiarkan sahaja.

"Habis yang you sibuk nak berbaik dengan dia kenapa? Yana tu No. 2 Dewi Remaja," balas Yuhanis seakan mengejek.

"Bagus soalan tu. I jawab sekarang. When I see her, dia menyenangkan hati I. You can be the prettiest but not pleasant.. Even though she is not a Miss Universe her attitude towards people is world class." Yuhanis menjeling ke atas menyampah dengan kenyataan itu."Kalau tak boleh David Chong top 50 forbes defend dia macam tu?"

"Orang kalau dah suka memang bias,"perli Yuhanis.

"Orang kalau dah tak suka pun sama bias,"balas Daus.

"I ada salon appointment dah set 2 minggu. So I tak pergi ya welcoming dinner party tu. Lagipun I rasa mual nak muntah dari pagi tadi,"kata Yuhanis seraya berdiri. "Azril, you pun tak pergi kan? You ada golf dengan daddy I,"kata Yuhanis mengingatkan Azril. Azril masih membatu di depan tingkap kaca besar itu. "Azril you dengar tak ni?"bentak Yuhanis. Azril hanya mengangkat sebelah tangan tanpa berpaling.

Daus hanya tersenyum kambing. Hilang saja Yuhanis dari bilik itu, Daus datang kepada Azril berdiri di sebelahnya.

"Dari tadi aku tengok kau lain macam aje termenung. Ada masalah ke?"tanya Daus. Azril menghela nafas panjang.

"Kau kenal aku dah lama, dari kecik. Kau cakap dengan aku kenapa aku begini dengan Suria?   Kelibatnya sahaja buat aku on the edge. Setiap respon dari kata2 aku banyak kalinya buat aku marah. She makes me feel I am a bad person,"curahan perasaan Azril.

"Kau? Kau dah bertemu buku dengan ruas. Aku tahu kau menyayangi Suraya sepenuh hati kau tapi Suria bukan ke dia yang kau suka dari dulu."

"Nampak sangat ke? Aku tak pernah ceritakan pada sesiapapun kecuali Rai,"balas Azril memandang jejaka berparas Pakistan di sebelahnya.

"Aku tak perlu tahu yang lain sebab raya last yang kau bawak aku ke kampung Suraya, yalah yang kau melamar budak tu akan aku ingat sampai bila2. Yusufe sebenarnya  ada masa tu. Anak diplomat mak ayah jauh jadi Suria membawa Yusufe kembali ke kampung,"kata Daus memulakan cerita.

"Kenapa aku tak ingat pun Yusufe berada di situ?" Soal Azril balik. Daus ketawa.

"Of course-la kau tak ingat Suria dan Suraya memanggil dia Boy. Dan pada masa tu dia chubby sikit dari sekarang."

"Anak mat salleh yang ikut Suria ke mana-mana tu."

"Budak chubby yang tinggi rambut panjang tu?"tanya Azril terkejut. Daus menggelengkan kepalanya. 

"Aku tahu kenapa Suraya tak beri jawapan pasti kepada kau hari tu,"beritahu Daus.

"Kenapa sekarang baru kau nak beritahu?"

Daus mengangkat bahunya.

"Aku kebetulan bermain buaian bawah pokok pelam tepi rumah tu. Kau ingat tak cantik buaian tu?"

"Hei cerita teruslah!"bentak Azril.

"Sufe was holding some ice balik dari kedai dan Suraya datang jumpa di depan pintu dapur. Depa tak nampak aku sebab aku terlindung dengan this big bush of bunga melur. Suraya tegur si Yusufe dari mana dan Sufe was saying he was from the kedai dengan Suria. Suraya said she had something really important to tell him. And Sufe was being his sempoi self dia tanya pasal apa. Suraya confessed she liked Sufe from the first time they met. Sufe masa tu aku nampak muka dia lain."

"What did he say?"tanya Azril lebih tenang.

"Rai, aku minta maaf. Walaupun Yaya tak tau aku sukakan dia lebih dari kawan,"ucap Daus." Aku ingat sangat masa tu sebab macam drama. Suraya kecewa sampai menangis."

"Rai memang mudah menangis,"balas Azril."Patutlah masa aku jumpa Rai dia menangis. Aku tanya katanya tadi angin tiup habuk masuk mata,"sambungnya lagi. Daus mengangguk.

"Kau dan aku selepas tu duduk di anjung dan melihat si Suria melawan panjat pokok dengan Sufe. Ketawanya saja buat aku gembira. Kau memandang si Suria bergurau-senda seperti budak2 sebegitu lama."

"Itu tak menampakkan aku sukakan dia."

Daus tergelak.

"Ya, tapi biasalah Suria bila bermain bersungguh-sungguh. Dia jatuh tergolek dari pokok rambutan dan kau berlari terus kepadanya."

Azril menggelengkan kepalanya dan menepuk bahu kawan baiknya berkali-kali.

"Sudah 10 tahun berlalu Daus. Aku-," kata Azril.

"Masa dia cedera hari tu aku belum pernah tengok kau hilang kawalan,"tambah Daus. Azril memandang sahabatnya. "Budak bodoh pun tahu yang kau masih ada perasaan padanya. Kau hadir ke tidak ni?"

"Tidak. Aku cuci tangan! Bagus juga begini. Biarlah orang melihat aku sukakan Suraya bukan Suria. Suraya lebih sempurna,"kata Azril berlalu ke mejanya dan mengambil beg bimbit.

" Jadi aku pergi seoranglah ni? "tanya Daus. Azril mengangguk." Ei, kau Suria David's rep tau. Kalau depa kata kau tak hadir... "

Azril bermenung dengan kata-kata itu.

"Ok, aku datang lambat sikit kau cakap dengan Yusufe."

"Office dia sebelah kau kot?"

"Awal dah dia tarik Suria balik," jawab Azril sambil menutup lampu. "Kau tunggu apa?" soal Azril di pintu mengejutkan lamunan Daus.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang