12

645 37 2
                                    

Suria bersandar keletihan selepas membuat senaman di gym. Jurulatih peribadinya membawa protein shakes yang dipesan oleh Sarimah.

"You letih lain macam ni. Hard day at work?" tanya Joe. Suria tersenyum sambil meneguk minuman protein itu sedikit demi sedikit.

"Boss I ialah boss dari neraka," kata Suria membuat pengakuan.

"Lelaki perempuan?"

"Lelaki," jawab Suria.

"Dah kawin belum?" tanya Joe sambil memandangnya.

"Apa kaitannya?"

"Dah tentu ada kaitan. Jawablah dah kawin ke belum?" tanya Joe sekali lagi.

"Belum," jawab Suria pendek.

"30an?"tanya Joe. Suria mengangguk."Ada girlfriend tak?"

"Entah. Macam ada tapi macam tak. Macam tak tapi macam ada," balas Suria masih lagi kehairanan ke mana perbincangan ini menghala. Joe mengangguk.

"Baru kenal ke lama kenal?"

"Kenalan keluarga dari kecik. Tapi I tak baik sangat dengan dia sebab kembar I yang boleh tolerate perangai dia," jawab Suria.

"Where is your twin?"

"She passed away 10 years ago. Masa asasi kemalangan jalan raya," jawab Suria menelan rasa kepahitan kata-kata itu.

"I am going to make a lucky guess. He liked your twin a lot?" kata Joe. Suria memandang Joe tidak berkelip. Suria mengangguk.

"Selepas kemalangan itu, dia langsung tidak mengunjungi kami biarpun kenduri-kendara."

Joe memandang Suria. 'Apa pandang-pandang ni, aku terpikat nanti haru,' bisik hatinya.

"You membuat parut kehilangan your sister berdarah kembali," kata Joe. Kata-kata itu memberi tamparan kepada dirinya. 'Adakah kerana aku terlalu berbeza dari Rai dia jengkel dengan aku atau bila melihat aku dia mengenang Rai,'desis hati Suria. "Your sister sukakan dia?" tanya Joe lagi. Suria mengangkat bahunya.

"We were twins but she never told me anything. Dan dari cara Rai melayan Azril macam sama aje dengan Rai melayan orang lain. BUT siapa yang tak sukakan my sister. Cantik, lembut dan bersopan-santun."

"How do you feel now?" tanya Joe.

"I feel better. Terima kasih. You cleared things up for me," jawab Suria. "Eh, terima kasih ya coach. I balik dulu!" kata Suria berdiri dan melambai Joe seraya pergi ke bilik persalinan.

Azril mandi dan solat dan terus baring di katil. Kalau tiada Suria tadi, mungkin keadaannya akan lebih buruk. Sekarang kelemahannya Suria sudah melihatnya. Dia menghela nafas panjang.

Suria bersiap seperti biasa dan hari ini, dia mengenakan kebarung berwarna hitam dan kain songket hijau emerald. Dia menyanggul separuh rambutnya dan memakai klip rambut yang cantik. "Hari ini aku tak mau cari gaduh dengan Azril kerana sekarang aku mengerti kepayahan dia," kata Suria kepada dirinya sendiri dalam cermin panjang sambil melihat penampilannya.

Dia keluar dari biliknya dan melihat Sarimah, Daniel dan Mimi sedang bersarapan.

" Assalamualaikum semua!"kata Suria ceria.

" Tie ya, zhen piao liang,"puji Mimi melihat Suria bersiap cantik.

" xie xie Mimi. Kaklong, Dan ge, Suria breakfast di pejabat aje, "kata Suria.

"Tu bekal jangan lupa bawak. Penat je aku bangun subuh sapi'e," arah Sarimah

"Gebang, macam aku tak tau Bibik Zas yang buat," jawab Suria mencemik.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang