30

588 30 2
                                    

Azril balik ke biliknya dan kepalanya terasa berdenyut2.Jantungnya berdegup pantas. Mukanya terasa panas. "Jadi betullah ni?"tanya dia kepada dirinya sendiri. "Aku..Suria..tapi kenapa sekarang?Dia membenci aku. Aku sudah lama padamkan perasaan ini bersama perginya Rai. Mengapakah dia  bukan seperti Rai? Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya meyakitkan hati aku. Bagaimana mungkin perasaan ini timbul.lagi?"soalan bertingkah-tingkah di mindanya.

Datin Maria selesai solat maghrib tiba di dapur bersama Vida.

"Sedap bau sampai ke bilik,"puji Datin Maria.

"Auntie!"

"Wah, patut mak aku beria-ia nak dalca sayur rupanya baunya saja dah buat orang lapar,"tegur Vida. Suria ketawa.

"Sekarang semua dah siap,Ya minta diri dulu ya,"beritahu Suria mengambil barangnya.

"Ei..makan dulu,"kata Datin Maria menahan Suria pergi. Suria bersalaman dengan datin Maria.

"Suria mesti ke gym hari ni. Kesian coach Suria menunggu,"kata Suria mengeluarkan ketawa gemuruh. Datin Maria dan Vida bertukar pandangan.

"Tak mahu dinner dengan kamilah ni,"kata Datin Maria dengan nada sedih.

"Alah auntie bukan tak mau, Suria dah janji dengan PT Suria minggu lepas lagi, sorry ya auntie,"pujuk Suria. ⁿLain kali ya."

"Baiklah, bukan apa esok birthday Azril yang ke 34. Dalca tu kesukaan dia. Auntie tak berapa reti tu yang mintak tolong Suria.'

"Betul tu Yaya. Dahlah baru balik US, berbalut kepala dahlah papa takda...kami dua orang jelah yang sambut,"sambung Vida mencuba bersungguh-sungguh meraih simpati. Suria memandang dua beranak yang manis di hadapannya. 'Hiiii muka sedih dua dua orang ni pulak,'desis hatinya. Suria keluarkan telefonnya dan mendail nombor Joe.

"Coach aku postpone ya esok waktu yang sama,"bicara Suria dan meletakkan telefonnya kembali.

Joe yang menerima panggilan itu kehairanan. Apabila Suria mematikan telefon dia memandang telefonnya sendiri. "Kau dah kenapa Suria? Next week kan next workout class?"kata Joe bercakap sendirian. Dia menggelengkan kepalanya. Pening budak ni. Dan meneruskan kerjanya yang tadi.

"Oklah,Suria dah postpone. Tapi tak boleh lama2 ya?"beritahu Suria.

"Ha macam tulah!"jerit Vida. "Jom siapkan meja!" Dia menarik Suria membantunya. Semuanya menarik di atas meja. Suria melihat memang wajiblah hidangan harijadi begitu banyak makanan di atas meja.

"Banyaknya makanan. Berapa orang nak makan ni?"tanya Suria terbeliak biji matanya melihat lauk pauk dan kuih muih yang terhidang.

"Ting tong!"kedengaran loceng rumah berbunyi. Vida berlari membuka pintu dan menjemput tetamu yang tiba terus ke ruang makan.

"Auntie!!"panggil Yuhanis memeluk Datin Maria. Daus juga berada di situ dengan Yana bakal tunangnya.

'Kata tadi takde orang ni bukan orang ke?ke mawas terlepas?'bisik hatinya melihat Yuhanis yang begitu ceria.

"Ei kenapa ada Suria di sini?"tanya Yuhanis kehairanan.

"Suria datang tolong auntie masakkan dalca. Duduklah. Hah Daus yang terpacak kat situ mcam orang terkejut kenapa?"tegur Datin Maria melihat Daus kaget melihat kehadiran di situ. "Suria ni auntie kenalkan, Yana tunang si Daus ni hah," beritahu Auntie Maria.

"Hai!"tegur Suria melambai. 'Semua orang pakai lawa2 aku je macam minah shopping mall ni,'bisik hatinya.

"Suria ya?Daus banyak beritahu pasal Suria,"balas Yana model iklan yang cantik.

"Saya harap yang baik2 saja,"jawab Suria gemuruh. Kedengaran loceng pintu ditekan.

"Hah, Suria aku ada surprise untuk kau!"kata Vida. Suria kehairanan. 'Surprise apa pulak?'tanya hatinya. "Taraaa..."di sisi Vida ialah Joo Wan. Suria terasa hendak menangis pun ada melihat orang yang paling disenanginya berada di situ.

"Suria?"panggil Joo Wan.

"Oppa,"panggil Suria tanpa suara. Joo Wan cuba meneka kenapa wajah Suria begitu.

"Inilah Joo Wan mama,"kata Vida memperkenalkan kepada Datin Maria.

"Selamat datang. Betul cakap Vida kacak sungguh,"puji Datin Maria. Joo Wan yang santai dengan baseball tshirt berwarna putih dan berjeans merah. "Sedondon pulak dengan Suria ni. Merah putih elok sangat tu,"Usik Datin Maria. Mari masuk."

Azril turun dari biliknya.

"Tak balik lagi ke?"tegur Azril kepada Suria. "Wah ramainya,"katanya melihat tetamu yang hadir. "You pun di sini Joo Wan,"tanya Azril bersalaman.

"Vida jemput Joo Wan sebab mama nak kenal siapalah pilhan hati Suria,"kata Vida lagi. "Tengok memang sehati sejiwa. Baju pun sama padahal tak tau pun nak jumpa di sini,"kata Vida ceria. "Jom semua nanti sejuk pula makanan,"ajak Vida.

"Sekejap,"kata Suria. "You guys duduk dulu ya,"sambungnya. Dia terus mendapatkan Joo Wan dan membawanya keluar dari rumah sebentar. Azril dari ekor matanya cuba untuk tidak menghiraukan.

"Wan wan...."panggil Suria. Mukanya serba -salah apabila tiba di luar rumah.

"Kenapa ni Yaya...?"soal Joo Wan.

"Halah...Yaya nak cerita pun tak tau ni,"jawab Suria sambil menghentak kakinya. Joo Wan tersenyum. 'Comel sungguh,'bisik hati Joo Wan.

"Alo hai..pasaipa ni?"tanya Joo Wan mencuba loghat utara. Dia mengesat setitis dua airmata Suria yang macam menangis pun ada macam ketawa pun ada. Suria hanya memandang sahaja Joo Wan di hadapannya terlalu panjang cerita jika hendak meluahkan. "What's wrong Yaya,hmm?"

"Panjang sangat cerita tak tahu mana nak mula,"jawab Suria. Joo Wan ketawa dan membuka topi Suria. "Ni kenapa pakai terbalik ni?"tanya Joo Wan. Dia membaiki rambut Suria yang tak terurus.

"Mama,mama mari tengok cepat,"ajak Vida. Datin Maria pergi kepada Vida yang duduk di tingkap. Nampaknya semuanya juga ingin tahu dan ikut serta ke tingkap. Mereka melihat Joo Wan membaiki rambut Suria.

"I am glad you're here. Kalau tak,hmmm,"kata Suria dan membiarkan saja Joo Wan membaiki rambutnya. Joo Wan mencubit kedua pipi Suria sekuatnya. "Aduh!!! Oppa waegurae!"jerit Suria.

"Cute sangat!"jawab Joo Wan.

"Appayo!"jerita Suria mengusap pipinya. joo Wan ketawa.  "Hiiiii!,"marah Suria.

"Oklah. Jangan marah lagi. I kan di sini. Jomlah masuk."

"Just look at me! Orang lain semua lawa2. Me like mall rats ni,"komplen Suria. Joo Wan ketawa besar.

"Oh ini rupanya yang nak menangis sangat ni?"tanya Joo Wan.

"Wan wan,"ucap Suria.

"You don't know how comel you are right now, do you?"kata Joo Wan.

"Comel ke?"tanya Suria cuba untuk tidak tersenyum.

"Ya Allah comel!!!!I tak tipu,"jawab Joo Wan. Suria ketawa.

"Ya Allah?"tanya Suria. Joo Wan mengangguk. Suria sudah boleh tertawa.

"Now you feel better?"tanya Joo Wan.

"O..."

"Mari getah rambut,"arah Joo Wan. Suria memberikan scrunchie kepada Joo Wan. "Pusing belakang,"arah Joo Wan. Dia mengikat rambut Suria sekemasnya. "Sakit tak?"tanya Joo Wan memusingkan badan Suria. Suria menggelengkan kepalanya. "Simpan topi ni nanti balik boleh pakai."

"Wow...she is so comfortable dengan Joo Wan tu,"kata Yana. Daus tidak memberikan apa2 reaksi.

Joo Wan melangkah pergi ke pintu tetapi Suria masih di situ menggoyangkan kepalanya. Joo Wan berpaling.

"What are you doing?!"tanya Joo Wan.

"Oppa are you sure you dah ikat my hair betul2 ni?"tanya Suria menuding kepada rambutnya. Joo Wan berpatah balik dan menarik Suria untuk mengikutinya.

Mereka yang mengintai tadi berlarian ke meja. Tinggal Azril di situ. Selepas loceng dibunyikan Azril yang membuka pintu untuk mereka.

"Sorry ada hal sikit tadi,"kata Joo Wan tersenyum. Azril tersenyum tawar. Dia menjeling kepada Suria.

"'kalau dah murah tu tetap murah,'"Azril menyumpah seraya berbisik tapi Suria dapat memdengarnya.  Suria hanya menjeling kepada Azril.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang