42

494 26 0
                                    


Semalaman Joo Wan tidak dapat melelapkan matanya. Berat sungguh bebanan di fikirannya. Walau bagaimana Suria mengambil berat terhadap dirinya, walau semesra mana Suria bersamanya dia dapat rasakan yang hati Suria bukan mudah untuk dimiliki. Dia termenung di tepi tingkap. Tepat 7 pagi, dia bersiap untuk ke lapangan terbang. Apartment di ibukota akan ditinggalkan seadanya dan dia berharap dia dapat memberikan Suria amanah menjaga rumah itu. Itu sahaja hubungan yang boleh menyatukan mereka berdua. 'Aku tak boleh tinggalkan tempat ini tanpa memori aku bersama kau Suria,' desis hatinya.

"Ya!!!!!!" jerit kaklong mengetuk pintunya. Terkejut Suria dari lenanya. Dia melihat jamnya sudah menunjukkan jam 6.45 pagi.

"Aku dah lewat!!!!!" jeritnya terjun dari katil. Flight Joo Wan jam 10 sudah tentu mesti check in 2 jam awal.

"Padan muka kau! Semalam bergelak ketawa tengok movie dengan Mimi, tidur lewat, bangun pun lewat," kata Sarimah di balik pintu dia pun berlalu ke dapur. Terkocoh-kacah Suria bersiap. Dia tidak boleh solat jadi satu kerja sudah selesai. Dia menyarungkan jeans dan oversize Tshirt bersama baseball cap. Tanpa secalit mekap dia menerjah pergi. Dia tidak lupa untuk membawa hadiah perpisahan untuk Joo Wan. "Ya!" panggil Sarimah melihat Suria terlompat-lompat memakai kasut.

"Sorry, aku dah lambat!"jawab Suria tanpa berpaling.

"Bawak kereta elok sikit!" jerit Sarimah. Jawapan yang dia dapat adalah dentuman pintu hadapan oleh Suria. Sarimah menggelengkan kepalanya. "Dah tua, perangai macam budak-budak!" bebel Sarimah. Hari itu adalah hari sabtu jadi Sarimah tidak pergi kerja.

"Tie Ya nak pi mana tu mama?" tanya Mimi dalam pekat Kedah. Sarimah hanya mengangkat bahunya.

"Dah, mai makan,"ajak Sarimah. Bibik Zas sudah pun menyiapkan juadah sarapan di meja. "Bik, mai makan sekali kami," kata Sarimah kepada Bibik Zas.

"Ok, buk," jawab Bibik Zas sambil lincah mengambil pinggan dan cawan untuk digunakan. "Mbak Ya mau ke mana bu? Ribut sekali pagi-pagi begini," tanya Bibik Zas.

"Enggak perlu khuatir, Mbak Ya memang dilahirkan ketika ribut sebab itu dia asyik ribut sahaja," jawab Sarimah. Mimi dan Bibik Zas ketawa mendengarkan komen Sarimah. Suria memecut keretanya ke KLIA. 'Janganlah aku kena speed trap,' doa dia dalam hati. Tiba di Puchong kesesakan jalan raya yang tidak dapat dielakkan kerana ada lori itik terbalik di tengah jalan. Di situ sahaja Suria telah menghabiskan masa lebih 20 minit. Dia memecut sekali lagi apabila melintasi lori terbalik itu. Jam sudah menunjukkan 8.25pagi.

Vivian, Peter dan sebahagian CCU sudah pun berada di KLIA untuk menghantar Joo Wan pulang.

"Suria tak datang ke?" tanya Vivian kepada Peter. Peter menggelengkan kepalanya tanda dia sendiri tidak tahu.

Vida mendapat panggilan telefon dari MAB memberitahu luggage yang hilang sudah ditemui pagi itu. Di meja makan dia memberitahu Datin Maria yang dia mahu pergi ke KLIA untuk mengambil luggage tersebut. Datin Maria menjeling kepada Azril.

"Hari tu, Vida balik, Ril tak ambil pun. Hari ni, mama nak Ril temankan Vida ke KLIA," arah Datin Maria. Azril malas hendak berbalah dia mengangguk sahaja.

"Cepatlah, aku bagi kau 10 minit je nak bersiap," kata Azril. Azvida terus berlari naik ke biliknya kerana Azril bukanlah jenis yang suka menunggu.

Pengumuman kali pertama sudah pun berkumandang untuk penumpang MH113 ke HK untuk masuk ke boarding. Vida dan Azril menyelesaikan masalah luggage itu dalam beberapa minit sahaja.

"Ei, itu macam Hyun Bin," tegur Vida.

"Siapa tu?"tanya Azril, ,meninjau ke arah pandangan Azvida. Rupanya itu adalah Joo Wan.

Putera Salju dan Cik MatahariTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang