Babak 2 : Pengakuan

39 5 2
                                    

Ariana menyiapkan kerja sekolah dibiliknya. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk menyiapkan kerja sekolah dahulu dan baru bole makan roti twiggies kegemarannya. Dengan bersungguh Ariana menyiapkan kerja sekolah itu.

" Yeay..siap pun kerja sekolah " Ariana terus berlari ke dapur untuk mengambil twiggiesnya.

"Hish..mana twiggies ni. Dari tadi cari tak jumpa pun " Ariana mengeluh setelah mencari twiggiesnya di setiap sudut dapur.

Aku rasa macam nak menangis. Aku tahan niat aku nak makan roti tu semalam. Hari ni nak makan hilang terus.

Aku nampak abang ngah masuk ke dapur. Dia buka peti ais dan ambil oren jus. Selepas tu dia pergi ambil gelas pula. Dia datang kat aku dan tuangkan oren jus tu dalam gelas. Abang ngah hulur gelas yang berisi oren jus tu kat aku. Pelik.

" Apa ni? " yah...walaupun aku tahu tu oren jus aku still nak tanya.

"Oren jus " balas abang ngah.

Of course laa dia akan jawab oren jus. Apa lagi yang aku harap. Dah terang-terang tu oren jus. Takkan air kopi pula.

" Kenapa bagi kat Airy ? " jangan pelik kalau aku bahasa diri Airy dengan abang ngah. Sebab kami adalah adik beradik kembar yang tak seiras. Aku lahir lewat 10 minit dari abang ngah. Abang ngah pun panggil aku Airy. Tak pernah pula dia panggil aku adik. Aku pun tak mengharapkan. Cuma abang long saja yang panggil aku adik.

" Sorry " abang ngah menggaru kepalanya yang aku pasti tak gatal tu.

" Kenapa pula? Abang ngah ada buat salah ke? " pelik...sudah hari raya ke untuk meminta maaf bagai ni.

" Twiggies Airy...erk abang..." abang ngah mula tergagap. Dia tahu kalau berkaitan dengan twiggies..aku akan menjadi manusia paling sensitif.

" Apa jadi dengan twiggies Airy? " Please jangan cakap yang abang ngah dah makan..pleaseee..oh my god.

" Abang ngah dah bagi dekat orang. "

" What? But why? Abang ngah tau kan yang Airy suka dengan roti twiggies tu. " Kebangangan apakah ini. Kalau aku tahu jadi begini. Aku akan makan semalam jugak. Hmm benci.

" Abang ngah bagi dekat orang tu sebab kesian dekat dia. Nasi goreng dia jatuh. Dia tak semp..." laju aku memotong percakapan abang ngah bila ada sesuatu menarik dalam percakapannya.

" Eh wait..nasi goreng jatuh? Abang ngah maksudkan Mawar Irdinah ke?"

" Yup " Abang ngah tersenyum.

" Hmm maksudnya. Twiggies yang Mawar makan dalam kelas tadi tu abang ngah yang bagi? " Tanya ku yang masih keliru.

" Yup. Abang ngah yang bagi. Abang ngah memang saja bawa ke sekolah. Ingat nak makan waktu dalam kelas. Tapi abang ngah nampak Mawar punya nasi goreng jatuh. Terus abang ngah lari masuk kelas pastu masukkan roti bawah laci meja dia. "

" Why abang ngah buat semua tu ? "
Aku tahu pasti ada something yang abang ngah sorokkan ni.

" Because abang ngah fall in love dengan mawar. "

" What? Abang ngah serius ke ni? Jangan main-main " Serius lah abang ngah suka Mawar?

" Ye Airy. Abang ngah serius. Harap Airy dapat tolong abang ngah. " lepas kata macam tu abang ngah lari naik tingkat atas. Aku pasti abang ngah masuk bilik dia. Sebab aku dengar bunyi pintu di tutup dengan kuat.

Ya. Abang ngah agak pemalu sikit. Dia memang segan kalau soal tentang cinta ni. Hati dia beku sikit. Tak sangka Mawar dapat mencairkan hati yang beku tu.

Eh wait. Roti twiggies aku siapa nak bertanggungjawab ni?!

" ABANG NGAH !!! "

   Cikgu matematik kami masih tidak datang. Tiada cikgu ganti yang masuk. Aku menghabiskan masa dengan membaca novel. Airy di sebelah ku tidak duduk diam. Seperti mahu menanyakan sesuatu.

" Mawar...aku nak tanya something boleh? " Airy memanggil.

" Hmm nak tanya? Tanya jelah. Sejak bila kau minta izin sebelum tanya ni "
Pelik bin ajaib. Airy minta izin sebelum bertanya? Sebelum ni bukan main lepas je ke.

" Kau kenal Arief Zulkhiflie tak? " Itu yang keluar dari mulut Airy.

"Abang kau? Mesti lah aku kenal. Soalan apa ni? " Hey..Airy nak main soalan cepumas ke ni. Mestilah aku kenal siapa Arief Zulkhiflie. Dia ialah abang ngah Airy. Seorang yang bole di kira kacak juga di sekolah ni. Terlihat sombong kerana jarang nampak dia senyum. Muka bajet beku. Atlet sekolah. Dan bila dah berkaitan dengan atlet ni mesti akan berkait dengan populariti. And jujur cakap dia famous. Dia sama kelas dengan Athirah. And yup dia budak akaun.

" Ok lah...straigth to the point. Kau minat dia tak? " Ok soalan Airy memang berjaya buat aku alihkan perhatian aku dari novel. Bukan senang tau nak buat macam tu.

" Tak minat. Kenapa? " Siapa yang nak minat dengan muka bajet beku dia tu.

" Haih...Kenapa kau tak minat? " Soalan Airy mula kedengaran memaksa.

" Sebab dia sombong. Sorry terjujur."

" Susahlah camni... "

" Apa aku tak dengar? " Soal ku semula. Aku tak dapat tangkap bicaranya sebab suara dia kedengaran mengeluh.

" Takde pape. " Airy tersenyum hambar.

" Kenapa kau tanya tiba-tiba ni? "

" Kau suka lelaki macam mana ? Ada contoh? " Wow kau bercontoh bagai. Ingat barang?

" Aku suka lelaki yang tinggi. Pastu muka macam chinese. Ada gigi taring. Bila dia senyum ada aura gituu. Senang cerita macam Kiew. " Aku menoleh pada Kiew yang sibuk menekan kalkulatornya. Dia mengambil subjek tambahan iaitu addmath. Aku suka melihat dia fokus bila buat sesuatu. Dan aku suka bila dia senyum. Mesti akan terlihat gigi taringnya.

" Oh macam Kiew. Dia sama ngan abang long aku " Kata-kata Airy menarik perhatian aku.

" Abang long kau? Apa kata kau cerita sikit pasal dia. Mana tau bole kenal-kenal dengan aku. " Macam Kiew? Menarik.

" Amboi kau...Kiew nak. Abang long aku nak. "

" Bukan selalukan. Cerita lah. " Tak sabar aku nak dengar.

" Abang long dengan aku adalah adik beradik tiri. Kami seibu. Tapi tak sebapa. Ayahnya meninggal. Dan mummy kami berkahwin dengan sahabat ayahnya iaitu daddy aku. Sekarang dia masih belajar di universiti. Umur dia 20 tahun. "

" Siapa nama dia? " Soalku.

" Nama dia... " Itu je yang aku dengar sebab suara ketua kelas yang kuat mengatakan cikgu disiplin hampir sampai ke kelas kami membuatkan suara Airy kedengaran tidak jelas. Haish. Takpe nanti kita akan tau juga.

_________________________________________

Habis bab 2.

Wow kita dah tahu siapa Arief Zulkhiflie.

> Dia ialah abang ngah kepada Airy. Arief dan Airy ialah kembar yang tidak seiras.

Abang long kepada Airy.

> Bapanya meninggal. Dan ibunya berkahwin dengan kawan bapanya.

> Tidak lama kemudian lahirlah Arief dan Airy. Jadi Arief dan Airy ialah adik beradik tiri dengan abang long.

Hmm agak merumitkan sikit bab ni.
Sorry.

{\___/} {\___/}
( ¤ - ¤) (¤ - ¤ )
/ >☆ -Please vote. ☆< \

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now