Babak 8 : Masih Berharap

31 5 5
                                    

Air mata ku tidak pernah kering. Sentiasa mahu keluar dari tempatnya. Hati ku benar-benar kecewa. Berkecai teruk. Aku meletakkan tangan ke atas dada ku. Aku beri hati ini padanya dengan elok namun dia memulangkan kepada ku sudah seperti puzzle. Aku tidak pernah menyangka hubungan kami berakhir seperti ini.

Arief...kenapa buat saya macam ni? Apa kurangnya saya Arief? Dan apa lebihnya dia? Tidak ada sebesar zarah ke rasa sayang awak pada saya?

Tok! Tok!

Pintu bilik ku diketuk dengan perlahan. Tombol pintu berpusing-pusing seperti mahu dibuka dari luar. Suasana yang gelap akibat tingkap yang di tutup oleh langsir membuatkan keadaan bertukar seram.

Kreeekkkkk...

Bunyi pintu dibuka dari luar...

Kelihatan Amanda menjengulkan kepalanya di sebalik pintu.

"Boleh aku masuk?"

"Haih...masuklah." Aku melepaskan nafas lega.

Amanda masuk dan menutup pintu. Dia pergi ke arah tingkap yang aku tutup dengan langsir.

"Dah macam rumah hantu bilik kau ni." Bebel Amanda. Dia menyelak langsir lalu mengikatnya dan membuka tingkap.

Suasana yang tadi gelap kini bertukar terang membuatkan mata ku silau. Aku mengecilkan mata untuk mengimbangkan cahaya yang masuk ke dalam mata. Amanda duduk di birai katil yang sedang aku baring.

"Tulang belakang kau dah patah ke? Tak boleh duduk dah?" Perli Amanda.
Aku mengeluh dan duduk. Aku menjelingnya.

"Jeling-jeling. Cucuk mata tu kang." Ugut Amanda sambil mengacah mahu mencucuk mataku dengan jarinya.

"Bila kau sampai? Tak dengar bunyi kereta pun." Kataku sambil menepuk jari Amanda yang hampir dengan mata ku.

"Aku baru sampai. Haih...macam mana nak dengar bunyi kereta kalau kau asyik terperap dalam bilik melayan perasaan." Amanda tersenyum sinis.

"Mana ada." Aku menunduk. Tidak sanggup melihat Amanda yang seperti dapat membaca fikiran ku.

" Cuba cerita sikit apa yang jadi. Nak juga aku dengar. "

" Takpelah...aku malaslah nak cerita." Aku sudah agak. Amanda datang ke sini pasti mahu mengorek rahsia dari ku.

"Sampai hati kau. Nampak sangat kau tak sayang aku." Amanda muram. Dia memalingkan mukanya dari melihat ku dan menyilangkan tangannya.

"Haih...bukan macam tulah." Haa sudah. Menjadi satu hal kalau Amanda merajuk ni.

"Kalau bukan macam tu ceritalah." Kata Amanda beria.

Aku mengeluh. Setelah beberapa kali Amanda memujuk, akhirnya aku cerita juga. Aku menceritakan dari awal sampai akhir. Dari A sampai Z. Tiada yang tertinggal.

"Kenapa diorang buat aku macam ni. Aku ni bodoh sangat ke sampai tidak pandai jaga teman lelaki sendiri?"

Mawar Irdinah menangis seperti budak kecil yang tidak dapat mainan yang diingini. Hingus jernih meleleh keluar dari lubang hidungnya. Dia cuba mengesat air mata dan hingusnya dengan lengan baju.

"Bukan kau yang bodoh Mawar tapi dia."

"Kenapa dia pula?" Tanya ku lurus.

"Dia bodoh sebab dia dah tinggalkan someone yang sangat sayangkan dia." Amanda menghulurkan tisu yang berada di begnya.

Air mata ku mengalir lagi bila mendengar penjelasan Amanda.

"Aku sayang dia, tapi kenapa dia sayang orang lain?" Aku mengambil tisu itu dan menghembuskan hingus.

"Sebab dia buta Mawar. Percayalah cakap aku ni. Satu hari nanti orang yang curang akan dicurangkan. Orang yang mempermainkan akan dipermainkan. Dan orang yang tipu akan ditipu. Setiap perbuatan akan dibalas." Kata Amanda

"Jadi orang yang setia akan berjumpa dengan orang yang setia?" Tanyaku. Amanda mengangguk.

"Okay aku nak tanya kau. Kalau Arief datang balik kat kau, kau terima?" Soal Amanda.

Aku mengangguk.

"Manusia perlu diberi peluang kedua" Sambung ku.

Laju tangan Amanda mengetuk kepala ku.

"Ehh bebal betul kau ni." Marah Amanda.

"Salah ke?" Aku menggosok kepala ku. Boleh tahan kuat juga ketukan Amanda tadi.

"Tak salah tapi kau akan jadi mausia paling menyedihkan jika kau beri dia peluang kedua."

"Kenapa pula kau cakap macam tu?" Salah ke aku nak bagi peluang kedua?

"Setelah dia pilih kawan kau, dia hina kau, dia tak setia, dia berkasar pada kau dan kau dengan mudahnya bagi dia peluang kedua? Eh sedihlah aku kalau kawan aku buat macam tu."

Ada benar juga apa yang dikatakan Amanda.

"Aku...aku tak bolehlah. Aku tak boleh tanpa dia..."

"Mawar please...please wake up. Aku nak Mawar yang dulu. Sebelum hadirnya Arief kau okay je. So maksudnya, dia ada atau tiada tak akan menghasilkan kudis dihati kau."

Aku melihat Amanda yang didepan ku sekarang. Tak sangka dia akan memujuk ku. Benarlah masa itu akan menjawab segalanya. Tiada apa yamg mustahil. Mungkin dulu kami musuh tapi sekarang kami kawan.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Kata Amanda. Mungkin pelik bila aku asyik merenungnya.

"Tak sangka, orang yang aku anggap musuh adalah kawan dan orang yang aku anggap kawan rupanya musuh."

Amanda terdiam.

"Aku pun tak sangka Mawar. Sekarang ni kita berkawan. Macam kita tak pernah jadi musuh." Amanda mendongak memandang syiling mengingati pergaduhan yang sering berlaku dahulu antara dia dan Mawar.

"Aku tak sangka Athirah berubah sampai macam ni." Aku kecewa dengan Athirah.

"Buat apa kau nak ingat Athirah dengan Arief tu. Kau rasa diorang fikir pasal kau? Kau dekat sini aku tengok menderita tapi diorang? Bahagia Mawar. Diorang bahagia tanpa kau."

Kata-kata Amanda mengejutkan aku ke realiti.

_________________________________________

Habis babak 8.

> Kadang-kadang tanpa kita sedar kawan yang paling rapat dengan kita adalah orang yang paling nak tengok kita jatuh.

TERUSKAN MEMBACA CRAZY LOVE STORY

{\___/}
(  • _• )
/  >☆ PLEASE VOTE

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now