Babak 6 : Tipu?

37 5 1
                                    

Mawar merasakan hubungannya dengan Arief tidak seperti dulu. Arief seperti menjauhinya. Bagaimana tidak, Arief sekarang tidak lagi menelefon Mawar. Eh jangan katakan telefon, mahu membalas whatsapp Mawar pun susah. Mawar tahu Arief sedang sibuk menyiapkan folio akaunnya tetapi mustahil jika dia tidak dapat meluangkan masa dengan Mawar dalam sehari. Tidak perlu mengambil masa yang lama, hanya 5 minit sahaja Mawar perlu. Tidak perlu ayat manis, cukup bertanya khabar sudah mampu membuat hati Mawar gembira.

Mawar mendail nombor Arief dan menunggu panggilannya di angkat. Mawar berdiri menahan debar. Penat berdiri Mawar duduk dikerusi belajarnya. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya panggilan diangkat.

" Hish awak nak apa? Saya tengah sibuk ni. Awak tak boleh faham ke? Tolonglah!" Kata Arief dan memutuskan panggilan.

Mawar terdiam. Jika tahu begini jadinya tidak mahu Mawar menelefon Arief. Mungkin Arief terlalu sibuk mahu menyiapkan folio akaunnya dan tidak sengaja terkasar. Dia bersangka baik pada Arief. Tetapi kenapa ada rasa sakit dihatinya.

" Salah ke aku nak perhatian dia walaupun sekejap? Aku ni menyusahkan dia ke? Atau mungkin...aku ni tak memahami dia? " Pelbagai soalan yang berada diminda Mawar tetapi dia tiada jawapannya.

Mawar bangun dari kerusi dan pergi ke arah katil. Dia terbaring sambil melihat kipas yang berputar di siling. Pandangannya semakin kabur akibat menahan air mata dari keluar.

" Sa...salah aku. "

Air mata Mawar mengalir. Dia tidak mampu menahannya dari keluar. Rasa sesak dihatinya kerana mengingati perbuatan Arief. Arief telah menoreh luka dihatinya

" Salah aku...a...aku tak faham...dia..."sayu suara Mawar. Masih mempertahankan Arief.


   " Mawar kau okay? Kenapa pucat je ni? " Kata Amanda. Di sebelahnya ada Shafiq. Amanda duduk di hadapan aku jadi wajah ku jelas boleh dilihat olehnya.

Sejak Amanda meminta maaf padaku tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk berbaik dengannya. Airy pada mulanya tidak bersetuju dengan pilihan yang ku lakukan ini tetapi akhirnya dia mengalah dan juga berbaik dengannya. Aku sudah jarang berbual dengan Athirah kerana sudah lama kami tidak berjumpa. Aku pergi ke sekolah dan balik hanya berseorangan. Tidak lagi ditemani Athirah.

" Haah lah wey. Kau demam ke? " Kata Airy dan cepat tapak tangannya merasa dahi ku.

" Okay je. Buat aku terkejutlah kau ni. " Bebel Airy dan menyambung makan.

" Kau okay tak? Ada apa-apa problem? Share jelah kitorang dengar. " Kata Shafiq.

" Betul tu. Cakaplah mana tahu kitorang boleh tolong. " Balas Amanda bila melihat aku kelihatan ragu-ragu.

" Arief. " Balas ku.

" Kenapa dengan Arief? Dia buat something kat kau ke? Cakap dekat aku Mawar dia buat apa? " Kata Shafiq. Suaranya agak garau daripada selalu. Dia kelihatan lebih lasak. Tidak seperti selalu yang agak lembut.

" Sabar-sabar aku kenal abang ngah aku. Dia takkan buat macam tu dekat perempuan. Sabar Shafiq. " Kalut Airy menyabarkan Shafiq. Shafiq lebih kepada lelaki hari ini. Tidak terlalu lembut seperti selalu. Adakah dia sudah berubah?

" Dia takde apa-apakan aku. Cuma dia selalu sibuk. Itu je. " Kata ku.

" Nasib baik kau kata macam tu. Kalau tak memang aku dah hayun penumbuk aku kat muka dia. " Balas Shafiq.

" Sabar wey. Kenapa tiba-tiba kau ni. Selalu lembut je. Ni tiba-tiba jadi lelaki sejati pula. " Kata Airy.

" Entahlah kadang-kadang aku pun teringin nak jadi perwatakan aku yang betul. Macam seorang lelaki yang sebenar. Bukan lelaki yang lembut. Aku tengah cuba untuk kawal diri aku jadi lembut. " Balas Shafiq.

" Ya Allah wey. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Tak sangka dapat hidayah juga kau akhirnya. " Kata Airy

" Choi kau nak perli ke nak apa ni. " Balas Shafiq. Shafiq memandangku " Arief ada cakap tak dia sibuk sebab apa? "

" Dia kata sebab nak siapkan folio akaun. "

" Wait folio akaun? Tak silap aku tarikh akhir hantar folio akaun minggu lepas. " Kata Amanda.

Kami memandang sesama sendiri. Kalau macam tu Arief tipu aku?

" Hmm aku bukan nak batu api atau apa. Tapi aku rasa kau dah kena tipu dengan Arief. " Kata Amanda.

" Tapi kenapa dia nak tipu aku? Cakap jelah benda yang sebenar. Aku tak akan marah dia. " Kata ku. Kenapa perlu menipu. Jujur jelah kan senang.

" Dia bukan takut kau marah. Tapi takut kau kecewa. "

" Apa maksud kau? " Kata ku. Apa yang cuba di sampaikan oleh Amanda?

Airy dan Shafiq berbalas pandangan. Mereka memandang Amanda dan menggeleng kepala perlahan.

" Kenapa tak boleh bagitahu Mawar? Korang tak kesian dekat dia ke? " Kata Amanda.

" Ikut hati kitorang pun tak sanggup nak biarkan macam ni. Tapi aku dah bincang dengan Arief hari tu. Dia kata nak berubah. " Kata Airy.

" Berubah? Berubah ke arah yang lebih teruk? " Balas Amanda.

Apa yang mereka bualkan ni? Aku tak faham apa-apa.

" Wait..wait apa yang korang cakap ni. Aku tak fahamlah. " Kata ku yang mula rimas dengan perbualan mereka.

" Sebenarnya Mawar... Arief dengan Athirah..."

Kriiinnnnggg

Bunyi loceng menandakan waktu rehat tamat.

" Apa yang kau cakap tadi Amanda? Aku tak dengar sangat."

" Hmm takpelah...nanti kau akan tahu juga. Aku nak masuk kelas dulu. Bye. " Amanda bangun dan bergerak ke arah luar kantin.

" Ada apa-apa yang korang sorokkan dari aku ke? " Tanya ku.

" Eh erk haa jom masuk kelas pengawas kantin dah tiup wisel tu. " Kata Airy.

" Haa jom-jom masuk kelas. " Kata Shafiq dan berdiri.

Hmm apalah yang diorang sorokkan ni???

" Hmm yelah-yelah jom gerak. " Kata ku mengalah.

Aku berjalan sebelahan dengan Shafiq. Airy tertinggal di belakang.

" Maafkan aku Mawar. Aku tak dapat nak bagitahu kau perkara sebenar. " Kata Airy.

" Eh Airy cepatlah jalan. Apa yang kau tunggu tu. " Kata ku bila melihat Airy masih tercegat di meja kantin.

" Haa ya aku datang. "

_________________________________________

Habis bab 6

> Apa yang cuba di beritahu oleh Amanda?

> Kenapa Airy dan Shafiq seperti merahsiakan sesuatu?

TERUSKAN MEMBACA CRAZY LOVE STORY

{\___/}
(¤ _ ¤)
/> ☆ PLEASE VOTE

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now