Babak 5 : Minta Maaf

53 4 4
                                    

Amanda menutup pintu tandas dan memasuki salah satu yang kosong. Tidak lama kemudian...

Kreeekk

Bunyi pintu tandas kedengaran terbuka diluar. Kedengaran suara gelak ketawa yang amat di kenali Amanda.

" Hahaha wow Athirah. I tak sangka you macam ni sebenarnya. " Erina.

" I akan buat apa sahaja untuk dapatkan Arief okay. " Kata Athirah sambil membetulkan tudung sekolahnya dicermin yang disediakan.

" Just ikut plan yang I rancang and you pasti dapat Arief tu. " Melinda.

" Sikit je lagi Arief akan jatuh ke tangan I and goodbye Mawar. " Athirah.

" So Melinda how about Amanda. You janji dengan I untuk jatuhkan dia right? " Kata Erina sambil sibuk memakai lip bam.

" Yah...but can you sabar sikit. " Melinda.

" Of course I boleh sabar. But sampai bila? Macam-macam I dah buat tau. Bukannya sikit. Sampai I buat dia benci Mawar. " Balas Erina.

Kriinngg

Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat.

" Okaylah Erina nanti kita bincang lagi pasal ni. You jangan risau okay? I dah ada plan. Just trust me. " Melinda.

" Guys...I wanna go right now. Ada date dengan Arief. Bye. " Athirah.

" Okay bye darling. " Balas Melinda dan Erina. Julia yang disisi Erina hanya berdiam diri.

Setelah mereka keluar dari tandas. Amanda pula membuka pintu dan keluar dari tandas. Kata-kata mereka jelas didengari oleh Amanda.

" Jadi selama ini Erina tipu aku? "


    Aku melihat jam dipergelangan tangan ku. Hish dah 30 minit aku menunggu Athirah ditempat basikal tapi jangan katakan batang hidungnya..bayangnya pun aku tidak nampak. Cuaca yang agak panas membuatkan aku hilang sabar. Aku mengambil keputusan untuk balik sekarang. Aku menaiki basikal dan pulang ke rumah. Sampai disimpang akhir aku ditahan oleh Amanda yang berdiri ditengah-tengah jalan. Tidak membenarkan aku melalui jalan itu. Kelihatan kereta dan pemandu Amanda ditepi jalan.

" Ehh kau ni kenapa? Tahan-tahan orang tengah jalan. Aku nak balik tau tak. " Kata ku. Hish dia ni. Dah lah cuaca tengah panas ni. Jangan buat hal boleh tak.

" Kejap Mawar. Aku nak cakap something dekat kau. " Balas Amanda.

" Apa yang kau nak cakapkan sampai tak boleh tunggu esok? And kenapa tadi kat sekolah kau taknak cakap? Time aku nak baliklah kau nak cakap. " Kata ku. Buat hal betullah dia ni.

" Aku ada sebab sendiri kenapa aku tak boleh cakap dekat sekolah. Please Mawar. " Rayu Amanda. Eh dia ni pelik-pelik je perangai.

" Okaylah macam ni. Apa kata kau ikut aku balik dan kita bincang pasal yang kau nak cakap tu. "

" Hmm...takpe ke? " Balas Amanda ragu-ragu.

" Eh apa pula takpe. Aku okay je. Jom. " Kata ku dan mula mengayuh basikal.


   Aku memerhati dari luar rumah Mawar. Rumahnya kelihatan sederhana sahaja. Aku dijemput masuk oleh Mawar. Mawar memperkenalkan aku pada Hajar Kalsom iaitu ibu Mawar.

" Ibu ni kawan adik. Nama dia Amanda. Adik jemput dia datang rumah sebab nak study sama-sama. "
Kata Mawar.

" Assalammualaikum makcik. " Kata ku dan menyalam tangan Hajar Kalsom.

" Waalaikumsalam. Duduk dulu ya. Makcik masak kejap. Ni mesti laparkan. " Balas Hajar Kalsom mesra.

" Okay jom masuk bilik aku. " Aku mengikuti Mawar dan memasuki biliknya. Biliknya kecil sahaja tetapi selesa.

" Okay kau duduk jap tau. Buat je macam bilik kau. Aku nak keluar kejap. " Kata Mawar dan mengambil tuala.

Aku memerhati bilik Mawar. Biliknya kemas, bersih dan selesa. Aku duduk dikatilnya. Benarkah apa yang dikatakan oleh Erina selama ni. Atau dia hanya memburukkan nama Mawar pada ku. Aku tak dapat melupakan kata-kata Erina ditandas tadi. Rasa dikhianati. Sangat sakit apabila orang yang kita percaya dalam diam mahu menjatuhkan kita.

" Apa yang kau renung tu?" Kata Mawar.

" Haa? Eh takde apa. " Balas ku. Bila dia masuk? Mawar sudah lengkap dengan pakaian yang sudah ditukar dan rambutnya dibalut tuala.

" Nah amik ni. " Kata mawar sambil menghulurkan aku tuala dan sepasang pakaian.

" Kenapa bagi aku? "

" Kau taknak mandi ke? " wow pertanyaan aku dijawab dengan pertanyaan juga.

" Kenapa aku kena mandi? "

" Eh apa kau merepek. Kau baru balik dari sekolah dan kau taknak mandi? Tau tak ketiak kau dah masam." Balas Mawar.

" Eh mana ada. " Aku mengambil barangan yang dihulurkan oleh Mawar.

" Apa yang mana ada? Habis tu kau dah berpeluh tadi kat sekolah dan sekarang kau wangi? Bilik air kat sebelah dapur. " Balas Mawar. Dia baring ke katil dan membaca novel.

" Ceh. " Aku malas mahu melawan kata dengan Mawar kerana apa yang dikatakan olehnya benar sekali.

Selepas aku mandi Mawar mengajak aku makan.

" Maaf ya Amanda. Ni je makcik masak. Pakcik lupa nak pergi pasar pagi tadi. " Kata Hajar Kalsom.

" Takpe makcik. Ini pun dah cukup. Tak sabar saya nak makan. "

Menu yang dimasak oleh ibu Mawar ringkas sahaja tetapi amat sedap. Rasa kasih sayang di setiap makanan yang terhidang.

Selepas makan Mawar menemani aku ke luar rumah kerana aku sudah mahu pulang. Pakaian sekolah ku sudah diletakkan dalam satu beg khas.

" Aku sebenarnya nak minta maaf pada kau. Aku selama ni bencikan kau sebab aku percayakan orang lain. Tak sangka orang yang aku percaya khianati aku. Aku bencikan kau yang sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik. Dan aku lebih suka mendengar benda buruk tentang kau tanpa siasat dulu. Aku bodoh. Maafkan aku ya. Terima kasih sebab kau layan aku dengan baik. Hari ni aku dapat rasa macam mana kasih sayang seorang ibu. Kirim salam pada ibu kau. Bye. " Kata ku lalu memasuki kereta.

Tok tok

Cermin tingkap diketuk. Aku menurunkan tingkap untuk memudahkan Mawar.

" Aku maafkan kau. Kau tak salah dan kau tak bodoh. Memang lumrah manusia akan lebih percaya pada orang yang dia sayang. Aku minta maaf pasal kes nasi goreng hari tu. Kalau kau nak datang rumah aku. Datang je bila-bila okay? Bye. " Mawar tersenyum padaku dan memasuki rumahnya. Kereta aku bergerak meninggalkan rumah Mawar.

_________________________________________

Habis bab 5

Okay watak Melinda adalah jahat.

>Apa dah jadi dengan Athirah ni?

>Kenapa Erina nak jatuhkan Amanda?

> Mawar dan Amanda akan berbaik?

TERUSKAN MEMBACA CRAZY LOVE STORY.

{\___/}
(¤ _ ¤)
/> ☆ PLEASE VOTE

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now