Babak 7 : Kantoi

32 5 4
                                    

Setiap hari diabaikan oleh Arief membuatkan aku sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Aku tidak mahu buruk sangka kepadanya tapi kata-kata Amanda sentiasa membuatkan aku ragu-ragu pada Arief. Bila ku ajaknya keluar tetap alasan yang sama dibalasnya iaitu sibuk. Ah, biarkanlah dia. Jika dia mempunyai masa terluang pasti dia akan mencariku. Aku yakin.

Aku diajak oleh kakak ku untuk membeli barang bayi. Kakak ku bernama Dahlia Insyirah telah berkahwin pada awal tahun lepas bersama suaminya bernama Zaen. Abang Zaen lebih tua tiga tahun dari kakak. Aku rasa tidak sedap hati dengan ajakannya. Tetapi aku tidak sanggup menghampakannya. Jadi aku terpaksa menerima ajakannya walaupun dengan hati yang berat.

" Usia kandungan kak Lia dah berapa bulan? " Tanyaku ketika kami sedang mencari kelengkapan bayi.

" Bulan ni dah masuk lima bulan. " Balas kak Lia.

" Akak dah tahu jantina baby? "

" Belum lagi. Biarlah rahsia baru seronok. "

Aku rambang mata memilih baju bayi. Semua comel dan menarik. Aku mengambil sepasang baju bayi berwarna biru cair dan beberapa stoking.

" Jom kita pergi makan dulu Mawar. Abang Zaen dah lapar ni. " Kata abang Zaen. Dia mengusap perutnya membuat isyarat lapar.

" Sayang oi, sudahlah tu abang dah lapar ni. " sambungnya lagi.

" Okay abang. Dah nak bayar ni. " Balas kakak ku di kaunter.

Kami bergerak mencari tempat untuk makan. Restoran Victoria Station menjadi pilihan. Kami mengambil tempat di sebelah tingkap kaca. Black Mushroom Steak menjadi pilihan. Kak Lia memilih Black Pepper Steak dan abang Zaen pula BBQ Chicken. Suasana di sini amat selesa dan hiasan dalamannya nampak mewah walaupun begitu makanan di sini di jual dengan harga yang berpatutan.

Setelah habis makanan ku, aku memerhati gelagat manusia di luar restoran melalui tingkap kaca ini. Di sebelah restoran ini ada kedai menjual ais krim dan pelbagai lagi makanan ringan seperti  popcorn, jagung manis dan gula-gula kapas.

Kelihatan satu pasangan berpegang tangan di hadapan kedai itu. Mungkin mereka suami isteri, jika tidak takkanlah mereka berani berpegang tangan di tempat umum. Mereka berjaya menarik perhatian ku apabila lelaki tersebut menoleh sekilas ke belakang. Wajahnya jelas dapat ku lihat. Arief? Siapa pula perempuan di sebelahnya. Mungkin bukan Arief kerana didunia ini kita mempunyai 7 pelanduk serupa. Tapi jika itu Arief bagaimana? Ini tidak boleh jadi, aku mesti cari bukti sebelum buruk sangka pada Arief.

" Kak Lia. Mawar nak pergi beli ais krim dekat depan tu kejap tau. " Aku meminta izin pada kak Lia.

" Beli ais krim? Okay hati-hati tau. Balik sini cepat. Jangan merayau tau."
Balas kak Lia.

Aku beratur di belakang pasangan itu. Bahu perempuan itu aku tepuk perlahan. Pasangan itu menoleh ke arah ku. Arief dan Athirah. Kejutan apakah ini? Wajah yang tadi berseri-seri kini bertukar terkejut. Mata Arief terbuntang seperti nampak hantu. 

" Sebab ini ke awak kata sibuk? " Tanya ku.

Arief tidak menjawab tetapi dia menarik tangan ku ke tempat yang agak tertutup daripada orang ramai. Athirah mengikuti kami dari arah belakang dan berdiri berhampiran Arief.

" Saya tanya lagi sekali Arief. Sebab Athirah ke awak cakap sibuk dengan saya? " Tanya ku.

" Ya Mawar. " Jujur Arief.

" Kenapa awak? Kenapa awak buat macam ni? " Aku di permainkan oleh Arief?

" Maaf Mawar. Saya tahu awak kecewa tapi percayalah saya sayang awak. "

" Dan awak pun sayang Athirah bukan? " Aku memerhati pergelangan tangan Arief dan Athirah. Mereka memakai jam yang sama. Hancur hati ku.

Lama Arief terdiam dan dia hanya mampu mengangguk.

" Saya sayang awak dan Athirah sama banyak. Percayalah. "

" Tak Arief awak tipu. "

" Percayalah Mawar saya sayang awak. "

" Kalau awak sayang saya tak akan ada Athirah antara kita. " Balas ku.

Arief terdiam.

" Kalau awak sayang saya...awak tak akan buat macam ni..." Sambung ku.

Aku nampak Athirah tersenyum sinis. Aku menghampiri Athirah dan memegang bahunya.

" Athirah...kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Aku ada buat dosa besar ke kat kau? " Tanya ku.

Athirah hanya mendiamkan diri. Sampainya hati Athirah. Orang yang aku anggap sahabat...tikam belakang aku.

" Jawab Athirah...kenapa kau diam? " Dia betul-betul menguji kesabaran aku. Aku menggoncangkan bahunya untuk memaksa dia menjawab persoalan ku.

" Ish apa ni? Mawar! " Athirah menarik tangan ku dan terjatuh. Membuatkan seperti aku menolaknya jatuh sedangkan hakikatnya tidak.

" Mawar! Apa kau buat ni? Kenapa tolak Athirah? Kalau macam ni lah perangai kau...kita putus. " Arief menolak ku kuat menjauhi Athirah. Dia membantu Athirah bangun. Aku jelas dapat lihat Athirah tersenyum padaku dengan sinis sekali seperti mengatakan dia sudah menang. Ya Allah sakitnya hati aku.

Aku bangun dengan kekuatan diri sendiri. Rasa sakit akibat ditolak Arief tidak aku hiraukan.

" Arief...saya sayang awak. Janganlah buat saya macam ni. " Aku cuma memegang bahunya tetapi dia menepis.

" Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi? Kita putus. Aku taknak ada apa-apa hubungan dengan kau. " Kata Arief.

" Arief sampai hati awak buat macam ni dekat saya. "

" Eh kau tak payah berlagak baik depan aku. Jijiklah. Aku dah dengar semuanya dari Athirah. Muka kau je nampak baik. Tapi hati kau busuk. Tak payah nak berlagak baik depan aku. Eh menyesallah aku percaya kau. " Arief menolak bahu ku jauh dari dia.

" Sayang jomlah. Panaslah lama-lama dekat sini. " Athirah bersuara manja dan memeluk lengan Arief.

" Biasalah kitakan dekat dengan penghuni neraka sekarang. Jomlah kita pergi. "

Aku berlari ke tandas wanita dan menangis semahu-mahunya di situ. Kecewa sungguh aku dengan Arief. Kejamnya dia. Tidak ku sangka seperti ini rupanya sikap sebenarnya. Aku membasuh muka untuk mengurangkan kesan menangis diwajah ku.

" Lamanya beli ais krim Mawar. " Tanya kak Lia bila aku sudah sampai di restoran itu semula.

" Lepas beli ais krim tadi Mawar terus habiskan dekat sana juga. Takkanlah nak makan dalam restoran ni. " Kata ku.

Patutlah aku tidak sedap hati tadi rupanya akan ada sesuatu yang muncul menyakitkan hati.

________________________________________

Habis bab 7

> Kejamnya Arief.

> Apa yang membuatkan Arief berubah hati?

TERUSKAN MEMBACA CRAZY LOVE STORY

{\___/}
(¤ _ ¤)
/ > ☆ PLEASE VOTE

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now