Babak 12 : Memories

49 5 2
                                    

Arief bosan dan mengambil gitar merah kesayangannya disudut meja. Dia pergi kearah katil dan duduk disitu. Mula memetik gitarnya. Nada yang terhasil kedengaran perlahan. Membuatkan kenangan yang pernah dilupakan, muncul kembali...

"Pandainya awak main gitar. Nak jealous lah." Arief memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Eh janganlah macam ni." Mawar mula panik. Gitar yang berada padanya dihulurkan pada Arief.

"Kalau awak nak belajar main gitar, saya boleh ajarkan." Sambung Mawar.

"Betul ni?" Tanya Arief ragu-ragu.

"Betullah. Takkan nak main-main"

"Okaylah macam tu. Tolong ajar saya" Arief cuba mengambil gitar dari Mawar tetapi ditahan. Arief memandang Mawar.

"Tapi...ada syarat." Kata Mawar

"Syarat? Nak belajar main gitar pun kena ada syarat ke. Okaylah apa syarat dia?" Arief mengalah.

"Awak kena belanja saya aiskrim"

"Alaa syarat tu mudah laa. Esok saya belanja." Arief lega. Ingat susah nak belajar main gitar ni.

"Okay jom saya ajar awak"

Ya. Arief tidak pandai main gitar tetapi sejak Mawar mengajarnya dia sudah mahir. Mungkin kalau tidak bersama Mawar sampai sekarang dia hanya menyimpan gitar sebagai koleksi sahaja.

'Uish kenapa tiba-tiba teringat pasal dia ni' Gitar di tangan terlepas.

"Aaaarrrggghhhh!!!"

Kreeek...

Pintu bilik terbuka.

"Abang ngah apa jerit-jerit ni?" Tanya Airy.

"Erk abang...abang ngah.." Takkan lah nak beritahu Airy yang dia jerit kerana teringatkan Mawar. Jatuhlah saham dia depan Airy.

"Dengan gitar atas lantainya. Apa abang ngah buat ni?" Marah Airy.

"Hmm takde apalah." Arief berahsia.

"Abang ngah...Airy nak tanya sikit ni"

"Hmm tanyalah"

"Kenapa abang ngah asyik murung je Airy tengok."

"Eh mana ada abang ngah macam biasa je"

"Haih..." Keluh Airy. Dia menyilangkan tangannya. Abang ngah masih tak mahu mengaku.

"Abang ngah rasa happy tak dengan apa yang abang ngah buat ni?" Tanya Airy

"Buat apa?"

"Tinggalkan Mawar dan pergi dekat Athirah." Suara Airy kedengaran sinis.

"Apa yang abang ngah buat betullah Airy. Bukan salah abang ngah. Kenapa Airy nak marah pulak?"

"Bukan salah abang ngah? Kenapa abang ngah yakin sangat?"

"Betullah...mula-mula abang ngah tak yakin dengan apa yang Athirah kata...tapi ada bukti Airy...macam mana abang ngah tak buat macam ni?"

"Bukti? Apa bukti dia?" Tanya Airy

Arief membuka akaun instagram Mawar. Gambar Mawar bersama lelaki lain ditekannya.

"Ni Airy." Menghulurkan telefonnya. Airy mengambil dan melihat gambar yang muncul di screen telefon.

"Dekat belakang abang ngah dia ada lelaki lain Airy. Macam mana abang ngah tak berubah hati...cuba Airy terangkan" Geramnya pada Mawar muncul lagi.

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now