Babak 9 : Iqram

40 5 0
                                    

Malam itu...

"Esok kita dah nak balik kampung. Adik dah siapkan baju?" Kata Hajar Kalsom berdiri berhampiran pintu anak daranya iaitu Mawar.

"Dah ibu. Kita duduk kampung berapa lama?" Laju tangan Mawar melipat baju-baju di dalam bakul.

"Empat hari macam tu. Alang-alang cuti sekolah ni duduk lamalah sikit"

"Bila hari pernikahan kak Izara tu bu"

"Lusa. Sebab tu kita kena balik esok. Boleh tolong-tolong."

Mawar hanya membalas dengan anggukan.

Malam bertukar siang...

"Balik kampung. Ooo balik kampung. Hati girang" Nyanyi Mawar didalam kereta.

Hajar Kalsom hanya mampu menggeleng apabila mendengar suara Mawar. Tiba-tiba suara yang bernyanyi tadi senyap. Haji Yusoff mengerut dahi. Pelik. Haji Yusoff memerhatikan Mawar menggunakan cermin kereta. Dia hanya mampu tersenyum.

"Cuba awak tengok adik"

Hajar Kalsom memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Mawar. Pelik. Tadi baru saja mendengar Mawar bernyanyi kini Mawar sedang tertidur lena.

"Ada sajalah kamu ni adik." Kata Hajar Kalsom.

Sampai di kampung...

"Opah tu kan." Kata Mawar seorang diri. Mawar mengecilkan sedikit matanya untuk mengenal pasti orang yang sedang menjolok buah rambutan menggunakan galah.

"Betullah tu opah. Hehehe" Mawar tersenyum nakal. Dia terjengket-jengket mendekati opah. Lagaknya seperti pencuri yang tidak mahu kelihatan di mata sesiapa. Saudara mara yang memerhati sikap peliknya itu tidak di hiraukan Mawar.

Mangsa semakin dekat. Mawar berdiri dibelakang opah.

"OPAH!" Katanya sambil mencucuk pinggang opah dengan jari.

"Opah opah kau...eh eh opah aku...eh siapa opah?" Opah melatah. Mawar hampir diketuk dengan galah jika tidak dielak.

"Opah kena lagi" Balas Mawar manja.

"Hish budak ni. Terperanjat aku dibuatnya." Balas opah dan terduduk di pangkin.

"Opah...maaf ya" Mawar mendekati opah. Opah sudah tua. Serba salah pula mengenakan opah tadi.

"Mawar tak buat lagi lepas ni tapi Mawar tak janji tau." Mana mungkin dia tidak akan menyakat opah lagi. Menyakat opah merupakan satu hiburan yang membahagiakan.

"Maksudnya nak buat lagilah lepas ni."
Opah menampar perlahan lengan Mawar

"Assalammualaikum opah" Mawar menyalam tangan opah.

"Waalaikumsalam. Sampai pun kamu. Lama opah tunggu tau."

"Kenapa tak tunggu Mawar dulu sebelum galah rambutan ni."

"Opah nak bagi kamu rasa rambutan ni. Sebab tu opah galahkan. Musim dia sekarang. Manis-manis ni" kata opah sambil menunjuk-nunjuk rambutan yang merah di atas pokok.

Saudara mara sibuk menyiapkan tugasan masing-masing sewaktu Mawar dan sekeluarga sampai.

"Mawar" suara lelaki memanggil Mawar dari arah belakang.

"Abang Iqram" Kata Mawar apabila menoleh dan melihat abang sudaranya.

"Opah. Iqram pinjam bff opah kejap ya." Kata Iqram

"Haa jangan tak pulangkan balik pulak."

"Jom ikut abang" kata Iqram dan menarik tangan Mawar. Mawar dibawa ke dalam bilik kak Izara.

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now