Aku menatang pinggan yang berisi nasi goreng ke arah meja kantin yang diduduki oleh Airy, Shafiq dan Athirah. Aroma nasi goreng yang berasap itu dapat mengecurkan liur sesiapa sahaja yang menghidunya. Aku tidak mampu mengalihkan perhatian dari nasi goreng itu.
Sehinggakan...
BAAMM!
Aku terlanggar seseorang dan nasi goreng ku habis terabur dilantai kantin. Aku bukan terlanggar prince yang mempunyai kuda putih yang akan membawa ku ke istananya sambil menunggang kuda putih tersebut. Tetapi aku terlanggar...
" Kau ! " Jerit kami serentak.
Aku telah terlanggar Amanda iaitu musuh ku dari tadika lagi. Kami bermusuh kerana...kerana...aku pun tidak tahu mengapa kami bermusuh. Amanda yang mula menarik muka pada ku.
" Hish...kau ni Mawar kalau sehari tak cari pasal tak boleh ke! " Amanda bangun sambil membersihkan baju kurung sekolahnya yang dipenuhi nasi goreng.
" Eh apasal salah aku pulak, kau yang jalan tak tengok depan..asyik belek kuku je " Aku tahu yang aku bersalah namun untuk meminta maaf jauh sekali.
" Ah, kau tak payah cakap banyak..minta maaf sekarang " Arah Amanda.
" Memang tak lah, kau yang langgar nasi goreng aku "
"Eh...why you salahkan Amanda pula. Lebih baik you minta maaf before something yang buruk jadi. " Kata Erina yang memang dari tadi memerhati kami.
Di sebelahnya ada Julia yang menemani. Mereka ni kawan si Amanda.Airy datang menyelamatkan keadaan.
" Dah lah Mawar...jangan dilayan diorang ni...buang masa je. " Sambil menarik tangan aku untuk beratur." You guys fikir kami ni tunggul ke...I belum habis cakap lagi. " Kata Erina dan menarik baju kurung Airy.
" Tepilah...Eee balik rumah aku kena samak baju ni... " kata Airy menepis tangan Erina sambil membuat muka jijik. Walaupun Airy hanya berkata dalam nada perlahan kata-katanya masih jelas didengari oleh Erina
" What?! " Kata Erina marah.
Berlari Airy di ikuti aku. Airy tahu jika dia berlama di situ hanya membuang masa sahaja.
Kriinnggg. Bunyi loceng menandakan waktu rehat habis.
Di luar kelas...
Aku melambai tangan ke arah Athirah dan masuk ke kelas. Kelas aku dan Athirah bersebelahan. Kelas aku, Airy dan Shafiq ialah 5 PERSONA. Dan kami mengambil jurusan bisnes. Manakala kelas Athirah ialah 5 ISWARA dan dia mengambil jurusan matematik. Budak akaun.
Aku duduk di kerusiku. Dan hanya satu yang aku rasa. LAPAR. Yup aku lapar. Nasi goreng yang berasap terpapar di kotak ingatan. Tetapi nasi goreng itu bertukar pula dengan wajah Amanda. Haih. Sakit hati aku bila teringat si Amanda tu.
Aku memasukkan tangan didalam laci meja untuk mengambil buku nota. Dan tanganku terasa satu bungkusan. Aku mengambil bungkusan itu. Dan alangkah gembiranya ia adalah makanan.
Roti twiggies. Macam tahu-tahu je aku tengah lapar. Tapi roti siapa ni. Alah takpe bawah meja aku kan. Jadi aku punya lah. Kalau orang punya nanti aku ganti.Puk! Bahu aku terasa sakit bila ada seseorang menamparnya.
" Kau tau tadi aku nampak si Amanda tu kena denda sebab masuk kelas lambat. Dia apa lagi..mestilah buat dra...EH bila kau bawa roti? " Bebel si Airy.
Haih nama si Airy ni sebenarnya Ariana tapi dia lagi selesa kalau orang panggil dia Airy. Dia ni memang kasar dan garang sikit tapi dialah satu-satunya kawan yang boleh di harap kalau aku kena kacau. Nak harapkan Athirah dan Shafiq memang tak lah. Dua-dua lembut.
"Ni bukan roti aku. Aku jumpa dalam laci meja. Aku ambil lah. Lapar tau tak. " sambil mengurut bahuku.
"Oh makan jelah..kau lapar en. Aku pun ada beli roti yang macam tu semalam. Sedap tau roti tu. Aku simpan roti tu untuk makan petang ni. Tak sabarnya nak balik. "
Aku makan sambil mendengar rungutan yang keluar dari mulut Airy. Dia memang suka bercakap. Dan aku pula lebih suka mendengar. Sesekali aku akan menyampuk sikit.
Shafiq datang menghampiri kami dengan gaya lembutnya. Iya. Dia seorang lelaki yang berwatak lembut. Tengok sahajalah sekarang. Dia berjalan sambil menyelitkan rambutnya ditepi telinga. Mukanya baby face. Bulu matanya lentik. Keningnya kemas tersusun. Hidungnya mancung dan bibir merah cair menandakan tidak merokok. Dia seorang yang kacak tapi sayangnya dia lelaki lembut. Walaupun begitu aku tetap berkawan dengannya.
" koraanngg...korang dah siap nota sains? Nak tiru please..." sambil membuat duckface.
" Eee gelilah tengok muka kau macam tu. Nah ambil ni. " bebel Airy sambil menghulurkan buku nota sainsnya ke arah Shafiq.
" Eleh kau jealous sebab aku lagi comel dari kau. " balas Shafiq dan mengambil buku itu.
" Eee takde kuasanya aku nak jealous lah. " balas Airy.
" Korang dahlah. Tak senang aku nak makan. " Aku terpaksa menyampuk jika tidak perang dunia ketiga bakal terjadi.
Aq memasukkan bungkusan roti di dalam beg apabila nampak cikgu ganti memasuki kelas. Cikgu matematik kami tidak hadir kerana demam denggi. Ini pun aku tahu dari Shafiq.
Roti twiggies. Siapa yang baik hati sangat nak bagi aku roti ni. Macam tahu-tahu je aku lapar.
_________________________________________Habis untuk bab 1.
Siapalah yang baik hati sangat bagi roti twiggies kat Mawar Irdinah tu?
And apa sebab Amanda dan Mawar Irdinah menjadi musuh?
Hmm kalau nak tau teruskan lah membaca CRAZY LOVE STORY
YOU ARE READING
Crazy Love Story
RomanceGembira plus bahagia. Itulah yang dirasai oleh MAWAR IRDINAH apabila ARIEF ZULKHIFLI menghantar surat cinta padanya Namun... " Tak sangka, orang yang aku anggap musuh adalah kawan dan orang yang aku anggap kawan rupanya musuh " MAWAR IRDINAH Cinta y...