Babak 11 : Bǎobǎo

35 4 1
                                    

3 bulan kemudian...

"Kenapa jawapan saya tak sama dengan cikgu" Mawar membulatkan soalan nombor 5. Kiew menyemak jawapan Mawar dan tersenyum apabila dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan.

"Kamu tak letak negatif disinilah" terang kiew sambil menggunakan pen biru untuk menulis simbol ( - ) Pada angka.

"Cuba kamu kira semula" Mawar menekan kalkulator dan mendapati jawapan yang tertera di skrin kalkulator adalah jawapan yang diingini.

"Yeay dapat pun" Siapa kata dengan Arief saje matematik menjadi mudah? Kiew juga dapat mengajar matematik kepada Mawar.

"Mawar...boleh ke saya mahu balik bersama kamu hari ini?" Soal Kiew pada Mawar yang sibuk membuat jalan kira pada soalan lain.

"Balik bersama? Mestilah boleh" Eh Kiew ni macam ada something je ni.

Kiew tersenyum mendengar jawapan Mawar. Gigi taring Kiew dapat di lihat dengan jelas.

Senyuman ini lah yang Mawar rindukan. Buat apa bersedih dengan orang yang menyakiti kita, sedangkan kita boleh bahagia dengan crush lama kita. Muahahaha.

Gelaran crush pada Kiew perlu di lupakan apabila bersama dengan Arief dulu kerana dia seorang yang cemburu buta. Pantang Mawar bercakap dengan lelaki walaupun dengan Shafiq sudah mampu membuatkan Arief marah. Arief seorang yang agak kasar dan panas baran. Arief risau jika Mawar curang padanya...tapi akhirnya dia yang mencurangi Mawar.

Haih...buat apa mengenangkan benda yang dah lepas. Baik melihat pada masa sekarang. Peluang mendekati Kiew jangan dilepaskan. Muahahaha.

"Mawar ajarlah aku pula. Asyik dengan Kiew je." Kata Airy yang tidak jauh dari mereka. Shafiq duduk ditempat Mawar. Bersebelahan dengan Airy.

"Eh datanglah sini. Biar Kiew ajar. Aku pun tak mahir lagi soalan-soalan ni"

Airy datang dengan mengheret kerusinya. Tidak lama kemudian Shafiq juga menghampiri mereka.

"Jom pergi makan cendol lepas habis sekolah nak?" Ajak Airy.

"Ya Allah...dah lamanya tak makan cendol tu" Shafiq menelan liur membayangkan cendol Pak Mail yang berada di hadapan sekolah.

"Kiew pun boleh join kitorang. Jomlah" Airy memandang Kiew yang sibuk menekan kalkulator.

"Makan cendol? Boleh saja" Kata Kiew dengan loghat cinanya.

"Alang-alang tu boleh ajak Amanda sekali." Cadang Mawar.

"Haa baiklah. Cukup lima orang. Nanti lepas rehat aku ajak dia." Kata Airy.

"Mawar pun ada juga nanti?" Kiew memandang Mawar.

"Eh mestilah saya pun ada. Saya suka cendol pulut tau." Kata Mawar berbisik pada Kiew. Mawar ketawa sedikit dengan perubahan pipi Kiew. Kelihatan sedikit kemerahan.

"Kalau begitu biar saya belanja kamu semua makan cendol" Kiew memandang Mawar.

"Betul ke Kiew? Cantiklah Kiew belanja" Airy membuat thumb up pada Kiew.

Tidak lama kemudian Arief dan Athirah lalu di hadapan kelas 5 PERSONA. Jelas di mata Arief yang Mawar sedang ketawa kecil pada Kiew.
Adakah Mawar sudah move on padanya? Atau melupakannya? Arief tidak tahu. Arief benci melihat Mawar tetapi kenapa ada rasa cemburu apabila melihat Mawar bermesra dengan lelaki lain? Adakah dia masih sayang tapi ego?

Sedang Arief asyik melihat Mawar, dia tidak perasan Athirah sedang bersamanya. Athirah melihat kearah yang menarik pandangan Arief. Geram muncul dalam diri apabila sedar Mawar yang dipandang oleh Arief. Walaupun dia sudah mendapat Arief tapi Athirah tahu dia belum berjaya memenangi hatinya.

Crazy Love StoryWhere stories live. Discover now