MAFIA
—chapter 5 : drugs & wounds" baby, wake up. Kita akan balik dan kau akan tinggal dengan aku. "
Hening.
Eunwoo mengeluh perlahan. Nampaknya Yuna tertidur dengan lena. Eunwoo mengurut pelipisnya perlahan dan dia mencuit bahu Yuna.
Tiada balasan.
Eunwoo mengeluh kecil sebelum dia mengangkat badan Yuna dengan lembut secara bridal style. Dia lakukan dengan perlahan supaya Yuna tidak terjaga.
Kalaulah Yuna terbangun, pasti tapak tangan Yuna dah singgah di pipinya. Dalam diam, dia tersenyum kecil.
" Oppa what are you doing? "
Raut wajah Eunwoo yang mula hendak tersenyum dikeraskan semula supaya jadi emotionless. Teman wanitanya yang bakal menjadi 'bekas' teman wanitanya dipandang bosan sebelum dia menjungkitkan keningnya.
" Buta? Tak nampak? "
Nancy mengetap bibir menahan marah. Turun naik nafasnya melihat Eunwoo yang kelihatan bersahaja memeluk dan menyentuh wanita lain. Panas sahaja hatinya mendengar kata - kata bidasan pedas yang ditujukan khas untuknya.
" Oppa tak sedar ke yang Nancy ni yeochin oppa? " Ujar Nancy. Dalam diam dia memerhati wajah Yuna yang terpampang jelas.
Semakin berasap kepala dia apabila wajah Yuna jelas lebih jauh cantik dan menarik daripada dia. Sudahlah comel, cantik pulaktu.
Patutlah Eunwoo suka.
Eunwoo hanya tersenyum sinis dan menjeling Nancy sekilas. Malas nak layan. Posisi Yuna di dalam pelukannya dibetulkan dan dia mula berlalu keluar tanpa berkata apa - apa.
" Oppa! "
Nancy menolak Yuna dari Eunwoo. Yuna terus jatuh ke lantai dan menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. Tapi pelik, kerana Yuna langsung tidak terjaga. Eunwoo yang turut terjatuh mendesis kesakitan.
Wajahnya merah padam menahan marah. Dia segera bangun dan memandang Nancy dengan pandangan membunuh. Penumbuknya digenggam kuat sehingga knucklesnya berwarna mutih.
" Apa kau buat ni, perempuan? "
" Op - oppa.... "Nancy kehilangan kata. Wajah Eunwoo dipandang gerun. Badannya mula menggigil. Silapnya yang lakukan perkara membabi buta.
Eunwoo mengetap giginya kuat membuatkan rahangnya mengeras. Dia mencapat pergelangan tangan Nancy dan menghempaskan badan Nancy di dinding.
Nancy menjerit kesakitan. Seakan hendak remuk sahaja tulang tangannya apabila digenggam oleh Eunwoo. Matanya ditutup apabila belakang badannya dibaling kasar di permukaan dinding.
Eunwoo mengangkat penumbuknya tinggi.
" Oppa.... Do you forget about your promise? "Eunwoo menurunkan penumbuknya. Dia memandang Nancy tajam. Nafasnya turun naik dengan laju mendesaknya untuk melepaskan amarah terhadap Nancy.
Nancy yang lihat Eunwoo mula terdiam semakin berani menutur kata. " Eunwoo oppa.... I know oppa dah janji dengan harabeoji supaya tak pukul perempuan lagi. Why not? You murdered your own mother. With your own bare hands. "
Ayat dibelakangnya dibisikkan di telinga Eunwoo. Eunwoo menutup matanya yang mula memerah. Nancy tersenyum lebar, suka dapat memanipulasi perasaan lelaki kacak dihadapannya.
" Remember it, oppa. You killed your own MOTHER. Mustahil perempuan tak mati di tangan oppa. You are a killer, oppa. Nancy tak rasa dia akan terima oppa, even you love her so damn much. I'm the only girl who only accept you, seadanya. "
Eunwoo mengetap rahangnya kuat. Semakin sesak dadanya apabila diprovok oleh Nancy. Mahu sahaja dia tumbuk - tumbuk muka wanita itu sehingga hancur berkecai.
Eunwoo membuka matanya. Matanya mula memancarkan warna merah darah. Nancy terkaku. Seluruh sarafnya seakan terhenti apabila dia bertentangan dengan anak mata yang berwarna merah darah itu.
Eunwoo tersenyum senget. Figura Nancy dipandang dengan penuh jijik.
" Ya, aku mungkin bunuh mak aku sendiri. And that means..... I can kill you too, dengan senang. Bila - bila masa sahaja bullet pistol ni boleh tembus kepala kau. Dan bila - bila masa je, tangan aku boleh tembus perut kau, robek - robek segala organ yang ada dalam perut kau. "
Nancy terdiam. Wajahnya pucat, dia tidak bergerak walau seinci pun. Risau sekiranya kepalanya terpisah dengan badan.
" Jaga mulut kau. Kau tahu aku bukan manusia biasa. "
Sejurus itu, Eunwoo terus mengendong Yuna di dakapannya dan meninggalkan Nancy yang masih pucat dan menggigil.
.
" Boleh check dia tak, Gyu? "
Mingyu yang sedang menghirup mi segera segera menoleh ke arah Eunwoo. Matanya membulat dan dengan segera dia pergi menjenguk ke arah Yuna.
" Kenapa? Normal lah ni tidur. " Ujar Mingyu.
" Tak, tak normal. Tadi dia terjatuh kuat dekat lantai tapi dia still tak bangun. Pelik. Takkan dia tidur mati? "
Tutur Eunwoo sambil mengalaskan kepala Yuna dengan bantal.Mingyu memandang Yuna. Diam - diam dia memuji kecantikan Yuna. Cair hatinya melihat paras rupa milik gadis itu.
'Alahai, lawanya...' bisik hati Mingyu.
" Wait a minute. Aku mintak Jungkook alatan aku. " Eunwoo mengangguk.
Tidak lama kemudian, Mingyu datang dengan peralatannya. Nasib baik Mingyu merupakan sebuah ahli medic yang agak hebat, tapi malangnya dia lebih memlih untuk bekerja dengan kumpulan Mafia.
Setelah memeriksa Yuna selama beberapa minit, Mingyu mengerutkan dahinya hairan.
" Eun, kau bagi dia dadah ke? Or something like alcohol and wine? The strong ones. " Soalnya.
Eunwoo agak terkejut dan dia segera menuju ke arah Mingyu, mahukan penjelasan dengan terperinci. Mingyu yang seakan ‐ akan faham dengan reaksi Eunwoo segera menjelaskannya.
Eunwoo hanya mengangguk faham.
" Aku kena check pernafasan dia. Takut dadah tu effect pernafasan dia. Boleh koma. "
Eunwoo hanya mengangguk. Mingyu mula menurunkan baju Yuna sedikit. Matanya membulat apabila dia ternampak lebam - lebam yang agak baru di sekitar kulit Yuna.
Mingyu menuju ke arah Eunwoo dan kolar baju Eunwoo dicengkam kasar.
" Kau buat apa dengan dia?! Why the hell her body is full with bruises?! "
__________—sorry sebab tak update lelama >:(
—Btw, yang atas tu Jaem gurau aje. Memanglah Jaem sakit kepala tapi mak Jaem tak rampas phone jaem pun :p <33
LOVE,
JAEMKYUNG
YOU ARE READING
✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwoo
Random❝ You always drive me insane. Every freaking day ❞ ➛ SUMMARY ✎ Mafia dan gangster, nama yang tidak asing dari telinga manusia. Berjumpa dengan salah satu ahli mafia? Satu mimpi ngeri untuk mereka. Namun, mimpi ngeri tersebut menjadi kenyataan buat...