MAFIAS
—chapter 7 : war" Gyu, kita ada war. "
" War? What kind of war? Food war? "
Mingyu mengerutkan kepalanya kepelikan. Seingatnya, buat masa sekarang musuh mereka tidak buat apa - apa yang boleh mendatangkan perang.
Perang darah.
" Suho. Dia dah call aku tadi and dia suruh aku serahkan Yuna. Tapi, aku taknak sebab kejadian Yuna kena belasah tu. " Ujar Eunwoo.
Tangannya lincah menggapai beberapa senjata yang berbahaya seperti pisau, pistol dan juga sniper. Mingyu meneguk air liurnya, agak gerun dengan Eunwoo.
Eunwoo jarang menyukai dan mencintai seseorang. Bukan jarang, tapi tak pernah. Kalau benar dia sayangkan seseorang, maknanya dia betul - betul serious.
" Nak panggil budak Tae dengan Byeong ke? "
Eunwoo mengangguk sambil tersenyum sinis. Penumbuknya digenggam erat sehingga kukunya menembusi isi telapak tangannya. Habis tapak tangannya dipenuhi darah.
Masih terngiang - ngiang suara angkuh Suho yang bercakap dengannya di talian sebentar tadi.
" Serahkan Yuna, Eunwoo. Dia bukan kau punya. "
Eunwoo hanya tergelak halus. Kelakar pula dirasakannya.
" Dia bukan kau punya juga. "
" Aku appa dia. "" Appa? Tch, hipokritnya kau. Jangan menipu. Aku tahu kau sukakan Yuna. "
Hening. Eunwoo tersenyum suka apabila Suho terdiam. Tapi, senyumannya mati apabila Suho membidas laju kata - katanya yang pedas sebentar tadi.
" Jadi? Kau orang luar, jadi jangan menyibuk. "
" Aku kekasih dia, Suho. "
Suho tergelak besar. Lelaki yang dikenali sebagai Junmyeon ataupun Suho itu berasa geli hati. Suho, nama mafianya. Manakala Jumnyeon pula nama perniagaannya.
" Dia takkan terima kau, Eunwoo. Serahkan dia. Or we'll start a war. A blood war. "
" Okay, war accepted. Jumpa malam ni, Suho. Jangan risau, aku akan bawa balik kepala kau jadi koleksi aku. "
Eunwoo menghembuskan nafasnya kasar. Malam ni, malam penentuan untuk dia dan Yuna. Semuanya dipertaruhkan di dalam satu pertarungan.
" Kumpulkan budak - budak Tae dan Byeong. Suruh mereka pergi practice room. Dalam masa 10 minit. "
" Okay. "
.
Badan Eunwoo berpeluh. Badan dan bajunya basah akibat latihan tanpa henti. Peluhnya menitik bagaikan titisan hujan. Lebat dan tak terhenti.
Selepas sahaja mereka bersurai, Eunwoo pergi ke biliknya untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sehelai sweatshirt berwarna biru langit dan sehelai jogger pants berwarna kelabu terang disarungkan ke tubuhnya.
Rambutnya dibiarkan basah. Dia mengatur langkah ke bilik Yuna untuk mengejutkannya makan malam. Tombol pintu terbuka dan tubuh kecil Yuna terbias di mata Eunwoo.
Gadis itu sedang tidur memeluk teddy bear berwarna merah jambu lembut. Rambutnya pula tidak kemas, hampir menutupi keseluruhan mukanya. Kakinya pula memeluk teddy bear tersebut.
Sekali lagi, hati Eunwoo cair. Yuna yang sedang tidur memakai hoodie berwarna kuning terang tersebut kelihatan tenggelam. Hanya jari - jemari dan mukanya sahaja yang kelihatan.
" Yuna dah makan? " Tanya Eunwoo kepada seorang bodyguard yang menjaga pintu hadapan bilik Yuna.
" Dah, Tuan. Tuan Mingyu dah bawakan dia bubur dan dah suruh dia makan ubat. "
Eunwoo terdiam selama beberapa minit sebelum dia mengangguk perlahan.
Dia mendekati Yuna perlahan. Dahi Yuna dikucup lama dan dia menggumam beberapa perkataan.
" Jaga diri, sayang. I will protect you, walaupun nyawa saya jadi galang - ganti. "
Eunwoo mengusap kepala Yuna perlahan sebelum dia mengatur langkah meninggalkan Yuna diulit mimpi.
Tanpa dia sedari, Yuna tersenyum kecil.
.
Beberapa minit sebelum Eunwoo pergi berperang, mereka berkumpul di ruang tamu tanpa kehadiran Yuna.
" Let's do it. Aku yakin red skull boleh buat ni! "
Eunwoo memberi semangat kepada mereka. Tapi, malangnya. Tiada sesiapa yang memberi semangat kepadanya. Itulah risiko sebagai gang leader. Kena hadapi segalanya, seorang diri.
Mereka semua bergerak ke kereta masing - masing. Tiba giliran Eunwoo, ada suara lembut yang menjerit memanggilnya.
" EUNWOO — AH "
Serentak itu, sebuah tubuh kecil menghentam badannya. Seseorang memeluk erat tubuhnya. Mukanya disembamkan di dada Eunwoo.
Mata Eunwoo terbuntang apabila dia melihat Yuna yang sedang memeluknya.
" Eunwoo - ah...... "
" Awak kenapa, sayang? Ada orang ganggu aw— "
" Saranghae. "
Saat itu, masa seakan - akan terhenti. Mata Eunwoo memandang Yuna dengan renungan lembut. Degupan mereka berdentum dengan irama yang sama.
" Nado saranghae. Jeongmal. "
___________—its a not a long chapter ! Sowwy :,(
YOU ARE READING
✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwoo
Sonstiges❝ You always drive me insane. Every freaking day ❞ ➛ SUMMARY ✎ Mafia dan gangster, nama yang tidak asing dari telinga manusia. Berjumpa dengan salah satu ahli mafia? Satu mimpi ngeri untuk mereka. Namun, mimpi ngeri tersebut menjadi kenyataan buat...