chapter 4 : worst

507 40 8
                                    

MAFIAS
—chapter 4 : worst

" Yuna? "

Seungkwan terus bangun dari tempat duduknya dan menuju ke Yuna. Wajah Yuna yang agak sembap dibelek seketika. Jelas wajahnya menunjukkan kerisauan.

" Boo, aku nak duduk. " Tutur Yuna lemah. Lengan Seungkwan dipegang untuk mendapatkan sokongan. Bila - bila masa sahaja dia boleh pass out sebab terkejut.

Seungkwan yang mendengar kata - kata Yuna terus memapahnya ke tempat mereka. Dia memberikan air kosong kepada Yuna. Cuba untuk buat Yuna bertenang.

Dia tahu, lelaki gila dan psycho seperti Eunwoo pasti melakukan sesuatu yang teruk kepada gadis naif seperti Yuna.

" Yuna, boleh ceritakan apa yang jadi? "

Yuna diam. Dia hanya menundukkan kepalanya dan bermain - main dengan jarinya. Seungkwan yang melihat tindak - balas Yuna mengeluh kecil.

" Yuna, please bagitahu. Mana tahu aku boleh tolong? Kita kawan kan? "

" Tak. Tak ada apa - apa yang jadi. Dia cuma buli aku sikit je. Takde papelah. " Ujar Yuna.

Seungkwan menggelengkan kepalanya. Eunwoo nak gertak? Eunwoo bukan orang yang suka bagi warning kepada mangsanya. Dia jenis yang main redah.

Dasar Eunwoo.

Yuna yang melihat reaksi Seungkwan mula buat aegyo,  sengaja mahu buat Seungkwan cair dan melupakan apa yang jadi.

Seungkwan mengeluh perlahan. " Hm, yelah. "

.

Yuna masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang agak perlahan. Belakang badannya masih sakit sakit akibat tolakan Eunwoo.

Eunwoo tu dahlah lelaki, kudratnya kuat. Lagi - lagi bila dia ditrain menjadi mafia sejak dia kecil. Memang kuat dan perit jika ditolak oleh Eunwoo.

" Eomma, Yuna dah balik. "

Kata - kata Yuna tidak disahut oleh eommanya seperti biasa. Yuna mengerutkan dahinya. Kenapa rumah dia sunyi sepi?

" Eomma? " Yuna menuju ke arah bilik milik ibunya, daun pintu dibuka untuk memastikan keadaan ibunya.

Kosong. Hati Yuna mula gundah. Eomma bukan seorang yang suka keluar rumah. Dia lebih gemar membaca buku di bilik bacaan atau meluangkan masa di taman bunga belakang rumah.

Yuna menggigit bibir. Dia segera pergi ke dapur untuk memeriksa ibunya. Kelihatan sebuah sticky note dilekatkan di peti ais. Yuna mula membacanya.

Dear anak eomma Yuna,

Eomma pergi melawat nenek kamu yang tak sihat di Incheon. Jaga diri, ya sayang.  Eomma dah masukkan duit dalam account kamu sebelum eomma pergi.

Jangan takut. Eomma dah suruh appa kamu tengok - tengokkan kamu.

Yuna memgeluh. Jadi, dia perlu tinggal dengan Junmyeon untuk beberapa hari?

Fikirkan tentang itu pun sudah cukup untuk buat Yuna mengeluh. Apatah lagi bila dia menghadap wajah Junmyeon 24 jam tanpa henti.

Menyampahnya!

.


" Jadi? Dia cakap apa? " Eunwoo memandang Sanha yang sedang meneguk minuman keras.

✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwooWhere stories live. Discover now