MAFIAS
—chapter 6 : I love you" Kau buat apa dengan dia?! Why the hell her body is full with bruises?! " Jerit Mingyu.
Wajahnya berubah menjadi kemerahan. Marah bila melihat luka - luka dan lebam yang berada di kulit putih susu milik Yuna.
Eunwoo yang tidak mahu mengeruhkan keadaan segera berkata perlahan.
" Tak, Gyu. Aku tak pukul dia. Sumpah! "
" Habistu? Who the fuck yang pukul dia?! "Eunwoo menggigit bibir. Dia juga tidak tahu, tapi dia akan cari tahu apa yang berlaku sehingga badan Yuna dipenuhi dengan lebam - lebam tersebut.
" I don't know, Gyu. Kau pergilah bawak dia pergi atas. Lepas je dia bangun, kau masuk office aku. Panggil Sanha sekali. We have something to discuss. "
Tutur Eunwoo dengan lembut. Dia faham bahawa Mingyu mungkin marah kerana Yuna merupakan seorang perempuan. Seorang perempuan tak sepatutnya dipukul.⁹
Ataupun, Mingyu sukakan Yuna?
Tak. Tak mungkin!
Mingyu hanya mengangguk perlahan dan dia segera mengangkat Yuna pergi ke bilik tetamu. Eunwoo hanya memerhati. Hatinya berdegup lagi.
Tapi, bukan kerana perasaan seperti pagi tadi. Sebaliknya ia adalah perasaan yang tidak enak. Eunwoo menggelengkan kepalanya laju sebelum dia menuju ke pejabatnya.
.
" Ada apa panggil kitorang? "
Eunwoo memandang mereka seorang demi seorang. Dia memandang Sanha yang sedang mengetuk - ngetuk keyboard komputernya yang berwarna biru.
" Sanha - ah. " Sanha memandang Eunwoo dengan tanda tanya.
" Cari latar belakang keluarga Yuna. Kalau boleh cari segala - galanya. Jangan tinggal satu pun. " Sanha hanya mengangguk perlahan. Tak berani nak melawan kerana suara serious Eunwoo.
" Gyu and Jungkook, kejap lagi suruh Yuna dress up dan bawa dia pergi mall. Duit aku dah masukkan dalam bank jangan risau. "
Mereka berdua hanya mengangguk patuh. Hati Mingyu mula berbunga ceria, gembira dapat meluangkan masa bersama Yuna, gadis yang telah mencuri perhatiannya.
" Eun. "
Eunwoo melihat ke arah Sanha yang sedang berkerut dahinya.
" Aku dah dapat maklumat pasal dia. Almost everything. "
" Bacakan. "
" Yuna Jung Lexie, pewaris tunggal Lexie company. Tapi, nampaknya dia tak dapat kuasai empayar yang nenek moyang dia bina sebab bapak tiri dia. Interesting. "
Eunwoo mengerutkan dahinya. " Who is her stepfather? "
" Kim Junmyeon, Silver bullet's head. Musuh utama kita. Nampaknya kita ada connection kuat dengan dia. And, look. Aku jumpa rakaman cctv villa mereka. "
Eunwoo segera mengambil tempat disebelah Sanha. Komputer Sanha ditariknya sedikit. Matanya membulat apabila dia melihat rakaman tersebut.
Yuna ditampar, disepak dan ditarik rambutnya oleh sekumpulan bodyguard yang menyembunyikan wajah mereka dengan cermin mata hitam.
" You know what's more interesting, Eunwoo? Junmyeon kahwin dengan ibu dia bukan sebab harta, tapi sebab Yuna. Jumnyeon loves Yuna. Tapi, sebab age gap dia terpaksa dekat dengan Yuna dengan cara lain. "
Eunwoo mengetap bibirnya. Mukanya mula menjadi merah. Bayangan Yuna yang dipukul oleh mereka membuatkan darahnya naik.
" Kita akan start war dengan silver bullet. " Tutur Eunwoo dengan tegas.
Sanha yang sedang mengunyah gummy bear hampir - hampir sahaja tersedak. Air dicapai sebelum dia memandang Eunwoo dengan tatapan pelik.
" Jangan! Aku yakin Junmyeon tak arahkan diorang pukul dia. Diorang sengaja pukul Yuna. Mungkin sebab geram? Kau tahukan Yuna macam mana? Savage. "
Eunwoo hanya diam. Fail berkenaan Yuna dihempas kasar ke meja dan dia mula keluar dari pejabat. Sebelum dia keluar, sempat dia memberi pesanan kepada Sanha.
" Aku nak jumpa Yuna kejap. Bagitahu Mingyu dan Jungkook cancel bawa dia pergi mall. "
Sanha hanya mengangguk. Eunwoo pula segera pergi ke bilik Yuna. Sempat dia mengambil pyjama dan towel yang berwarna merah jambu. Khas untuk Yuna.
.
" Sayang, bangun. "
Tiada balasan. Eunwoo mengerutkan dahinya. Dia tidak mahu mengganggu tidur Yuna jadi dia hanya memerhati Yuna dari tepi.
Dia tersenyum kecil. Tenang hatinya apabila melihat wajah Yuna.
Dia mengerutkan dahinya apabila Yuna kelihatan menggumam sesuatu. Peluh menitik di dahinya dan Yuna meronta - ronta kesakitan. Eunwoo mula panik.
" Yuna? Yuna! "
Yuna semakin kuat meronta. Air mata keluar dari kelopak matanya yang tertutup.
" Tolong! Tolong jangan pukul aku! "Eunwoo semakin panik dan cemas. Bada Yuna digoncang kuat dan dia menepuk - nepuk pipi Yuna. Semakin kalut dibuatnya apabila Yuna mencengkam lengannya erat.
" YUNA ! "
Serentak itu, mata Yuna terbuka luas dan dia terus memeluk pinggang Eunwoo yang berada di sebelahnya. Mukanya disembam dan disorokkan di perut Eunwoo. Nafasnya turun naik dengan laju, hasil daripada mimpi buruk yang dialaminya.
Bau cologne Eunwoo menenangkannya. Semakin erat pelukannya di pinggang Eunwoo. Jantung Eunwoo mula berdegup hebat, harap - harap degupannya tak kuat sangat. Risau sekiranya Yuna dengar.
Eunwoo segera mengusap lembut kepala Yuna, kepala Yuna dihadiahkan ciuman bertubi - tubi, cuba untuk menenangkan Yuna.
" D - dia.... Eunwoo mereka — "
" Shhh........ baby, it's okay. Jangan takut, okay? Saya dekat sini. "
Eunwoo menempatkan hidungnya dikepala Yuna. Bau wangian cinnamon Yuna dihirup. Matanya dipejamkan dan degupan jantungnya semakin laju. Bagaikan hendak meletup sahaja.
Eunwoo tersenyum kecil.
" I love you, queen. "
__________
YOU ARE READING
✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwoo
Random❝ You always drive me insane. Every freaking day ❞ ➛ SUMMARY ✎ Mafia dan gangster, nama yang tidak asing dari telinga manusia. Berjumpa dengan salah satu ahli mafia? Satu mimpi ngeri untuk mereka. Namun, mimpi ngeri tersebut menjadi kenyataan buat...