chapter 9 : Another secret

425 32 0
                                    

MAFIAS
—chapter 9 : another secret

Bunyi tembakan bergema di ruang sempit tersebut.

Eunwoo memandang perutnya yang sudah membuak - buak keluar darah. Nafasnya mula tersekat - sekat. Dia sentuh perutnya dan tersenyum nipis melihat darah merah pekat tersebut.

Sanha menahan anak buahnya dari menuju ke arah Eunwoo.

" Jangan dekat kalau taknak mati. "

Kata - kata Rowoon berjaya membuatkan mereka mengambil langkah kebelakang. Masing - masing risaukan Eunwoo, tapi mereka perlu dengar cakap Sanha.

Eunwoo tergelak besar. Mata mereka mula membulat. Merinding mereka mendengar gelak milik Eunwoo.

Eunwoo bangun dan berjalan ke arah Suho. Matanya kini berubah menjadi warna merah darah, sama seperti warna matanya ketika dia mengugut Nancy. Giginya mula bertambah tajam. Suhu semakin dingin secara mendadak.

Dia mencapai pistol yang jatuh di lantai. Dua tembakan dilepaskan di kaki Suho. Suho jatuh, tidak mampu bangun. Eunwoo mendekati Eunwoo dan sebuah tumbukan padu dihadiahkan di muka Suho.

Tangannya ditempatkan di atas kepala dan didagu Suho. Bersedia untuk memutuskan kepala Suho. Nafas Suho sudah semakin pendek, bila - bila sahaja dia boleh mati.

Suho berhenti seketika. Dia tersenyum senget melihat muka Suho yang sudah pucat. Bagai darahnya disedut.

" Dah mengaku kalah? "

" Bunuh jelah aku! "

Eunwoo tersenyum sinis sebelum dia bangun dan meninggalkan Suho keseorangan. Dia dah bertekad untuk tidak membunuh. Dia akan tepati janjinya itu.

Bahu Sanha ditepuk dan dia berbisik ditelinga Sanha.

" Panggil doktor team dia. Karang mati pulak mamat ni. " Sanha hanya mengangguk. Dia terus berlari untuk mencari ahli medic ataupun doktor milik pasukan Suho.

Cha Eunwoo, atau nama sebenarnya Lee Dongmin adalah seorang manusia yang mempunyai darah vampire. Tidak tahulah dari mana datangnya darah tersebut. Sisi vampire, atau dark sidenya itu hanya akan muncul apabila dia terlampau marah.

Matanya akan berwarna merah darah dan giginya akan menajam membentuk gigi taring.

Eunwoo segera masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan kawasan tersebut. Dia sudah beri pesanan kepada konco - konconya supaya menaiki van sahaja untuk balik.

Dia mahu berjumpa dengan Yuna.

.

" Yuna? "

Tiada balasan.

" Sayang? "

Tiada balasan lagi. Eunwoo menuju ke arah bilik Yuna. Dia mahu beritahu bahawa dia akan cuba berubah.

Dia buka pintu Yuna. Bau wangian lavender dan vanilla memenuhi rongga Eunwoo. Eunwoo tersenyum. Yuna sedang mandi.

Beberapa minit kemudian, pintu toilet terbuka dan Yuna keluar. Eunwoo tersenyum lembut, terasa hangat saja melihat figura Yuna didalam sweatshirtnya. Comel!

" Mintak maaf. Saya main pakai je baju awak. "

" Tak apa. Lepasni kalau nak pakai ambik je dalam wardrobe saya. Saya tak marah. Awak pakai macam ni nampak comel! "

✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwooWhere stories live. Discover now