MAFIAS
—chapter 10 : happy together10 years later.
" Sayang, tolong jaga anak - anak awak tu! Saya dah tak larat nak berlari dengan perut boyot macam ni. "
Eunwoo yang baru sahaja selesai mengeringkan rambutnya hanya menurut kata. Sebelum dia menyertai anak - anaknya main, sempat dia mencium dahi Yuna.
" Isteri saya berpeluh - peluh pun wangi lagi. Ni buat saya makin sayang ni! " Usik Eunwoo.
Yuna memuncungkan bibirnya. Tangannya ligat memotong daun bawang untuk diletakkan di menu sarapan mereka pagi ini. Suami dan anaknya suka dengan nasi goreng kimchi.
Memandangkan hidangan itu agak ringkas dan cepat. Dia buat keputusan untuk menyediakannya pada hari cuti mereka. Dia rasa agak bersalah kerana sudah lama mereka sarapan diluar. Pasti mereka rindukan air tangannya. Dia tidak mampu untuk menyediakan sarapan kerana mengalami morning sickness.
" Membodek aja suami saya sorang ni! Sayang sangat ke? "
" Mestilah. Kesian isteri comel saya ni kehulur - hilir bawak anak saya. "
Eunwoo mendekatkan telinganya di perut Yuna. Perut Yuna diusap - usap perlahan. Seakan - akan mengerti kehadiran bapanya, janin yang baru berusia 7 bulan itu mula memberikan tindak balas.
" Be good, okay anak appa. Kesian eomma bawa kamu kesana - sini. " Seusai sahaja Eunwoo berkata - kata, sebuah kucupan dihadiahkan di perut Yuna.
Eunwoo segera menuju ke arah anak - anaknya. Lengan didepakan dan kedua - dua anaknya, Donghyuck dan Donghyun meluru ke dalam dakapan appa mereka.
Kembar tidak seiras tersebut sudah menginjak 4 tahun. Mereka bakal menginjak 5 tahun pada hari esok. Disebabkan itu, mereka sekeluarga akan membeli barang - barang persiapan untuk majlis sambutan hari jadi mereka esok.
" Aigoo, kamu rindu appa sangat ke? "
Anaknya tidak menjawap sebaliknya hanya menayangkan senyuman mereka yang comel. Eunwoo tersenyum. Kasih sayangnya terhadap keluarganya membuak - buak keluar. Anak - anaknya didakap erat sekali lagi.
" Esok kamu dah 5 tahun. Lusa dah masuk sekolah. Dah besar dah anak - anak appa semua. "
Eunwoo berasa agak sedih. Setelah bermacam - macam dugaan yang dia lalui, kini dia telah bebas dan hidup bahagia dengan keluarganya.
Dia juga telah lama meninggalkan kehidupan mafianya. Kini dia sedang membangunkan sebuah syarikat pengiklanan. Syarikatnya juga berkembang pesat.
" Donghyuck, DongHyun, Eunwoo! Mari makan. Eomma dah siap masak! "
Eunwoo terus mendukung anak - anaknya untuk pergi ke dapur. Dia tidak mahu buat isterinya tertunggu - tunggu. Sebaik sahaja dia sampai ke dapur, dia melabuhkan punggung di sebelah isteri dan anak - anaknya.
Eunwoo mula membuka bicara.
" Sayang, esok Mingyu balik Seoul. "
" Betul ke?! "
" Ya, betul. Dia balik sini dengan tunang dia. Awak jangan risau sangat, saya yakin Mingyu dah berjaya lupakan awak. Dah jangan rasa bersalah lagi. "
YOU ARE READING
✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwoo
Rastgele❝ You always drive me insane. Every freaking day ❞ ➛ SUMMARY ✎ Mafia dan gangster, nama yang tidak asing dari telinga manusia. Berjumpa dengan salah satu ahli mafia? Satu mimpi ngeri untuk mereka. Namun, mimpi ngeri tersebut menjadi kenyataan buat...