MAFIAS
—chapter 2 : badboy" Boo, boleh ceritakan sikit tak pasal Sevit highschool ni? "
Seungkwan yang sedang memakan buah kiwi memandang aku sekilas sebelum buah kiwi itu dikeluarkan semula dari mulut Seungkwan.
Euw, pengotor!
" Kalau ya pun nak cerita, habiskan buah kiwi tu dulu! "
Aku jegilkan mata aku kepada Seungkwan. Seungkwan hanya tersengih, berlagak innocent. Geram pulak aku dengan si divaboo sorang ni.
" Uhukhuk! Sorry. So, kau nak tahu apa tadi? Pasal Sevit high ni? Hm, aku tak tahu sejarah sekolah ni samgat tapi aku cukup kenal students dia. "
Aku dah mula tertarik. Kenapa? Pelajar Sevit ni perangai semuanya tak semengah ke?
" Kenapa, Boo? Ceritalah sikit. "
Seungkwan segera menelah buahnya sebelum dia memandang aku dengan pandangan yang agak serious. Entah-entah ada budak pernah suicide tak?!
Fuh, seram!
" Boo, cepatlah! Lepasni, nak masuk kelas pulak. Jangan buang masa kita yang precious! " Gesaku.
" Iye, sabar minah me'on! Tak menyabo. Aku nak telan buah ni pun silap haribulan boleh tercekik! " Marah Seungkwan.
Aku hanya tersengih. Ucapan maaf ditutur sebelum Seungkwan mulakan semua cerita dia. Aku pula fokus dengar, curious punya pasal.
" Di kalangan students Sevit, ada beberapa kumpulan yang berpengaruh yang kau, pelajar baru perlu tahu! Terutamanya budak yang hot macam kau ni! Memang patut tahu sebelum diorang serang kau! "
Aku? Hot? Dia ni memang rabun ke buta terus? Muka aku yang boleh lelong dengan harga 50sen pun dia label sebagai hot.
" Teruk betul taste kau, Boo. "
" Aku tak main-main, okay! Anyways, back to the story. Diorang ada 6 kumpulan. Tiga kumpulan lelaki, tiga kumpulan perempuan. Kumpulan lelaki tu adalah kumpulan Eunwoo, kumpulan Byeong Gu and kumpulan Taehyung. Kumpulan diorang ni, memang power gila! Tapi yang paling hebat is kumpulan Eunwoo. Ni semua sebab leader dia, Cha Eunwoo. "
Aku mengerutkan dahi, tak beberapa faham kenapa kumpulan Eunwoo pula yang paling hebat. Seungkwan yang macam faham dengan reaksi aku terus beri jawapan.
" He is a badboy and handsome as fuck. Almost all girls like him. Siap sedialah untuk tutup telinga kau bila suara-suara budak perempuan mengilai sebut nama Eunwoo. " Ujar Seungkwan dengan muka pasrah.
" Kumpulan perempuan? "
Seungkwan yang mendengar soalan aku terus buat muka menyampah. Aku tersenyum kecil. Meluat sangat ke dia?
" See it by yourself. Aku nak terangkan pun aku rasa loya. Sorry, honey. "
Aku hanya menganggukkan kepala aku. Akur. Takkan aku nak gertak Seungkwan pulak kan? Tak masuk akal.
" babe, aku lupa harini ada cheese cake leleh special from acik kantin! Macam manalah aku boleh terlepas pandang! Jom Yuna ikut aku. Mana tahu dapat free satu? " Ujar Seungkwan.
Wajahnya memancarkan riak teruja sebelum dia menjilat bibirnya sekilas. Fikir aku tak nampak?
Sumpah, Seungkwan pengotor.
" Jom, Boo. Duduk sini sorang-sorang pun boring jugak. "
Aku bangun dan kami segera menuju ke kaunter canteen. Dari jauh kami dah nampak dua bekas kek yang masih tak berusik. Nasib kamu juga baik sebab tak ada orang dalam barisan.
Cun-cun je kami dah capai kek tu, ada orang rampas kek tu dari tangan Seungkwan. Kami berdua kaku buat beberapa minit sebelum kami sedar kek kami dah lesap.
Kami menoleh ke belakang dan terlihat ada tiga orang lelaki yang sedang pandang kami dengan pandangan mengejek. Erm, tak. Bukan ketiga-tiga tetapi hanya dua orang saja.
Yang lagi sorang hanya memandang aku dan Seungkwan dengan pandangan dingin dan kosong. Emotionless.
" Bagi balik kek kitorang! Siapa cepat dia dapatlah! Sesedap abah kau je sebat kek kitorang! " Ujar Seungkwan dengan suara yang agak kuat.
Aku membulatkan mata sebelum aku pandang Seungkwan. Gila ke apa?! Dia tak nampak ke badan diorang penuh dengan tattoos?
Memang mintak mati betullah Seungkwan ni.
Aku mengeluh seketika. Malas nak terlibat dalam masalah. " Dahla, Boo. Kita boleh beli kek tu lain kali. "
Aku tarik tangan Seungkwan, cuba untuk pujuk dia. Aku tak nak buang sekolah lagi. Rekod aku mesti buruk kalau aku kena expelled buat kali ke dua.
Seungkwan rentap tangannya lembut.
" Jangan nak mengada! Kau kena makan! Kau belum makan apa-apa selain buah kiwi je kan? Kalau kau sakit macam mana? " Seungkwan pandang aku dengan pandangan risau.
Aku dah tak hirau dah kalau aku ada gastrik. Yang penting aku tak nak cari masalah, terutamanya dengan badboys. Menyusahkan aku je.
Aku genggam tangan Seungkwan sebelum tersenyum nipis.
Aku berbisik. " It's okay, Boo. Aku tak ada sakit apa-apa. Dah jom. " Seungkwan akur dan kami mula mengatur langkah.
Setelah beberapa langkah yang kami ambil, lengan aku tiba-tiba ditarik lembut ke belakang. Aku tak mampu nak buat apa-apa reaction memandangkan semua ni terlampau shocking.
Sebaik sahaja aku berhadapan dengan pemilik tangan tersebut, sepasang mata hitam pekat memandang aku dengan pandangan yang lembut. Aku terkaku.
" Want some cakes? "
__________— cerita ni berkemungkinan besar akan cringey. Sebab tak pro sangat dalam bidang penulisan ni.
— kalau suka dengan chapter ni, tekan vote and insha-allah Jaem update next chapter asap ❣
Adios, loves ❤
LOVE,
JAEMKYUNG
YOU ARE READING
✓ | ❥mafia chérie ⸙͎۪۫ eunwoo
De Todo❝ You always drive me insane. Every freaking day ❞ ➛ SUMMARY ✎ Mafia dan gangster, nama yang tidak asing dari telinga manusia. Berjumpa dengan salah satu ahli mafia? Satu mimpi ngeri untuk mereka. Namun, mimpi ngeri tersebut menjadi kenyataan buat...