"Seandainya kita disatukan setelah kita saling jatuh cinta, " - Nickson Martin
"Kalian berdua pergi berbulan madu di tempat yang sudah kami pilih," mata Nickson membuat mendengar penjelasan ayahnya. Lelaki itu, Martin terlihat amat santai. Pandangan tajam anak lelakinya itu langsung tidak dihiraukannya.
"Pa, tentang bulan madu, tangguhkan dulu, pa," Nelcy merayu Lexton, ayahnya yang duduk di sebelah bapa mertuanya, Martin.
Tanpa menghiraukan kata-kata Nelcy, Lexton mengeluarkan sebuah sampul dari saku blazzer yang dipakainya. Dia lantas menghulurkan sampul itu kepada Martin.
Martin menyambut dengan senyuman lebar. Dia mengeluarkan sekeping kertas berwarna biru dari sampul itu dan menghulurkannya kepada Nickson.
"Sila baca bersama isterimu," katanya dan kembali bersandar.
"Apa ini, pa?" Nickson memandang dengan perasaan curiga.
"Surat perjanjian pernikahan kamu berdua," jawab lelaki tua itu.
"Seharusnya kami berdua yang membuat perjanjiannya, pa," bantah Nickson. Dia memandang Nelcy yang duduk di sebelahnya, meminta sokongan gadis itu.
Namun Nelcy hanya membalas pandangan itu tanpa mampu mengatakan apa-apa. Dia sendiri tidak memahami apa sebenarnya yang telah dirancang oleh orang tua mereka.
Marla senyum sumbing memandang ke arah anak gadisnya yang baru sebentar tadi menikah dengan Nickson. Begitu juga Nala, dia memerhati gelagat anak lelakinya, bagaimana cara anak lelakinya itu memandang Nelcy.
"Mereka pasti akan saling jatuh cinta," bisiknya pada Marla.
"Harap-harap, san," keduanya mengulum senyum.
"Baca saja," arah Lexton.
Mahu tidak mahu,
Nickson dan Nelcy terpaksa membacanya. Perhatikan aksi mereka. Mereka berdua mengengsot, duduk lebih rapat.Perjanjian Bulan Madu
1. Bulan madu akan berlangsung selama 30 hari, bermula sehari setelah surat ini dibaca dan ditandatangani oleh yang berkenaan.
2. Sepanjang tempoh bulan madu ini, pasangan harus melakukan perkara-perkara berikut :
a. Melaksanakan malam pertama.
b. Melakukan sentuhan - sentuhan intim, seperti berciuman dan berpelukan.
c. Tidur bersama, di atas satu katil.
d. Tidak boleh tidur membelakangi pasangan.
e. Mandi pagi bersama.
f. Makan bersama.
g. Sentiasa bersama (tidak boleh meninggalkan pasangan bersendirian).
h. Melakukan hubungan suami isteri setiap malam.
i. Tidak boleh menggunakan sebarang bentuk pencegah kehamilan.
j. Tidak boleh memiliki pasangan lain sepanjang tempoh 30 hari ini.
3. Sekiranya dalam tempoh tiga puluh hari ini, pasangan tidak saling jatuh cinta, pasangan dibenarkan bebas memilih sama ada ingin meneruskan pernikahan atau mengakhiri pernikahan dengan penceraian.
4. Kandungan di dalam surat perjanjian ini tidak boleh dipertikaikan atau dibantah.
Nelcy berwajah pucat setelah selesai membaca surat perjanjian itu. Dia memandang Nickson yang hanya merespons tatapannya dengan wajah yang sama pucatnya.
"Papa, perjanjian ini banyak merugikan aku, pa. Papa sendiri lihat, kan?" Nelcy memegang kertas itu dengan tangan terketar-ketar.
"Jalani saja, Nelcy," timpal ibunya. Nelcy menggelengkan kepalanya.
"Papa dan mama memaksa kami menikah. Sekarang papa dan mama memaksa kami menjalani bulan madu dengan semua syarat tidak masuk akal ni," Nelcy bangun dengan tangan yang masih bergetar menahan marah. Air matanya sudah membasahi kedua belah pipinya.
"Bawa isteri kamu mengemaskan barang-barang kalian, Nick. Esok pagi-pagi pemandu akan menghantar kalian ke villa," arah papanya.
"Pemandu? Tak perlu, pa. Kami boleh memandu sendiri," bantah Nickson.
"Tidak, Nick. Kalian akan dihantar oleh pemandu,"jawab ayahnya tegas. Nickson tahu maksud ayahnya. Mereka akan dihantar pemandu. Mereka akan ditinggalkan di villa tanpa kenderaan agar mereka tidak dapat keluar dari tempat itu sebelum tempohnya tamat.
"Please, ma," Nelcy terus merayu. Namun kedua ibu bapanya termasuk kedua mertuanya hanya memekakkan telinga.
"Nelcy.." Nickson memegang pergelangan tangannya. Dia membawa gadis yang kini sudah berstatus isterinya itu menuju ke bilik tidur mereka.
Dan Nelcy hanya menurut. Kakinya melangkah dengan gontai. Dia tidak dapat memikirkan bagaimana dia akan melalui waktu bulan madunya selama tiga puluh hari itu dengan beberapa syarat yang harus mereka penuhi.
"Kita akan dapat melaluinya, Nel," pujuk Nickson.
"Kamu.. kamu mahu jika kita melakukan hubungan suami isteri?" tanya Nelcy dengan tatapan takut.
Nickson duduk di sebelahnya. Matanya memerhati katil besar yang sedang mereka duduki. Dia membayangkan dirinya dan isterinya di atas katil itu, sedang melakukan hubungan intim. Hubungan yang dilakukan tanpa cinta. Nickson menggelengkan kepalanya.
"Kamu sanggup?" tanya Nelcy lagi.
"Kita akan memikirkan caranya nanti. Sekarang ini kita perlu berkemas dan setelah itu kita tidur, Nel," katanya lembut.
Wajah isterinya kembali pucat. Mata gadis itu menatap sedih pada tempat tidur di hadapannya. Nickson menyembunyikan senyumnya.
"Aku tidak akan menyentuhmu malam ini, Nelcy. Bulan madu kita belum berlangsung," katanya.
Malam itu, Nickson dan Nelcy tidur dengan membelakangi satu sama lain. Namun di tengah malam, Nelcy yang tadi membelakangi suaminya, kini berbalik menghadap suaminya.
" Kamu cantik, Nelcy, " bisik Nickson. Matanya yang tidak boleh terlelap terus mengamati isterinya. Kulit putih, rambut panjang berwarna kecoklatan serta pipi kemerahan membuat matanya tidak teralih dari wajah itu. Andai saja orang tua mereka memberi mereka waktu untuk kenal dan jatuh cinta terlebih dahulu sebelum menikahkan mereka.
Matanya turun kepada tubuh isterinya. Lengan gaun tidur yang dipakai isterinya sedikit melorot hingga menampakkan dada isterinya. Buah dada itu kelihatan putih dan begitu padat. Seketika Nickson menelan liurnya. Bagaimanapun juga dia lelaki normal.
Hai, ini cerita baru. Cerita yang ditulis semasa perintah kawalan pergerakan. Kalau suka boleh baca.
Vote dan komen.
Happy reading.Tbc...

YOU ARE READING
Thirty Days To Fall In Love
RomantizmBenarkah cinta boleh hadir kerana sering bersama? Atau mungkinkah cinta itu semakin dipaksa, rasa cinta itu semakin tawar dan tiada rasa? Ikuti kisah Nickson dan Nelcy yang dipaksa menikah oleh keluarga mereka. Tiga puluh hari untuk mereka jatuh ci...