bab 10

23 3 0
                                    

Sedang berbual-bual rancak itu..Raham terpaku tiba-tiba.Matanya lekat pada si jelita yang sedang mengerat ranting-ranting orkid di halaman itu.
"Cantik!
Kata hati mudanya.

" Siapa tu,Difan?"tanyanya galak.

Difan yang tahu benar dengan sifat naga sepupunya tersenyum nakal tidak menjawab.Raham yang masih mencuci matanya itu masih terpaku di muka bujur sirih Rina.

"Siapa tu?" ulang Raham lagi berselera.

"Hai! Kau dah tak kenal?" tanya Difan pula,masih tidak menjawab pertanyaan sepupunya itu.

"Eh...,siapa ni,Difan? Cakap lah,bini kau ya?"
Tingkah Raham pula sambil tersenyum melimpah-limpah. Dia masih kehairanan

"Kau ni betul mata keranjang,Ham! Pantang tengok anak dara berahi licin sedikit.Ha..lekas-lekas lah nak tahu,"

Sela Difan sambil ketawa nakal tetapi dalam hatinya sangat geram rasa nak pukul kepala Raham dengan penyapu supaya gila lihat gadis kesayangan nya.tapi sayang Raham itu sahabat nya terpaksa dia bersabar..

"Yalah,kan kita sama muda tambah pula kita kan kawan. Nak tahu ajelah...dah tahu lain pula bicaranya.

" Siapa gadis comel tu, Difan,eh?"

Raham masih ingin tahu juga siapa gadis comel yang memikat hatinya itu.

"Hai! Anak orang gaji akulah tu,Ham. Kau tak ingat ke budak yang menolong kau mengejar kupu-kupu dulu tu!"
Terang Difam serius.

"Hai! Lekas benar besarnya. Dah berubah muka budak ini...!" Raham mula berseloroh. Anak muda dari kuala lumpur ini memang periang orang nya. Bualnya tidak berhenti-henti. Ada saja kisah yang diborakkannya.

"Dah,naiklah," pelawa Difan.

Raham yang kempunan hendak melihat mata anak gadis berbaju.kurung kuning air itu melangkah membuntuti Difan masuk ke dalam.

"Dah bertunang budak itu?"

Difan ketawa besar mendengar pertanyaan yang tidam disangka itu. Ada ke patut Raham tanya soalan itu kat dia,pandai sangat lag kawan nya itu bergurau itu selamba saja mukanya melihat Difan.

"Aku tanya saja. Budak tu nampaknya boleh tahanlah,"Raham yang nakal itu senyum. Senyum bermakna.

" Budak tu tengah sekolah lagi,Ham," Difan merendah.

" Heh, budak sekolah zaman sekarang,Difan! Namanya saja masih sekolah. Tapi tentang boyfriend bukan main bijak lagi! Aku dah tahu benar. Malah dah cuba pun,"

Kata Raham bangga. Senyum lagi.

"Ah,sudahlah. Tak usah usik budak tengah sekolah tu. Banyak lagi girl yang cantik ,lebih handal di Tanjung puteri ni,Ham." balas Ali sambil baring di sofa panjang Difan.

"Kalau mahu boleh aku kenalkanlah, cakap saja mahu !." sampuk Difan terus membaling bantal kecil ke arah Raham yang sebelah nya. Geram sangat dengan kawan toyol dia itu.

aisyfifi
Shaf_97
@

DERITA RINATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang