bab15

45 2 0
                                    

   SUASANA di kawasan rumah Encik Haikal sudah lama dimakan sepi. Mungkin mereka keluar mencari angin di luar atau mungkin juga mereka sudah tidur.

    Jendela kecil yang menghala arah selat Teberau yang indah itu dibukanya sebentar. Gelap. Hanya biah-biah api berhembus lembut.Menyegarkan, tak ada apa-apa yang dapat menghiburkan hatinya yang gelisah tidak keruan itu.

  "Kenapa mak belum tidur lagi?" suara itu lembut,manja.

    Ibu tua tersenyum nipis,kemudian menjawab.

   "Bukan aku sengaja tak mahu tidur ,Rina! Mata ni tak mahu pejam. Keras macam disengkang-sengkang. Puas aku  melayannya,tapi bergitu juga,malah semakin galak!"

   "Kurang tidur mengganggu kesihatan,mak!"
       tambah Rina. Angin malam terus berhembus senang,dirasainya bergitu sejuk dek tepisan angin laut itu.Rina terus menutup tingakap.

     "Entahlah! Puas aku cuba melelapkan mata."

      "Mak terlalu banyak berfikr barangkali?"

"Tidak juga!"

"Habis,kenapa begini?"

"Entahlah Rina! Boleh jadi juga kerana hati mak ni."

DERITA RINATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang