Keadaan rumah itu sangat riuh sekali dengan bunyi ketawa 3 orang jejaka yang sedang berbual-bual rancak itu.
"Kan aku ni datang bercuti,Difan. Sesekali turun ke Tanjung Puteri biarlah berbaloi sedikit. Kalaupun tak kenyang terus lepas-lepas kempunan pun jadilah," Raham menunjukkan belangnya. Pemuda bertiga ini berbalas-balas senyum. Senyum yang penuh dengan bunga-bunga nafsu yang menyetan.
"Sekolah mana budak tu?" Raham masih ingin tahu tantang Rina.
"Maktab Melayu.!"
"Oh! Tingkatan berapa?"
"Enam atas."
"Sains?"
"Oiiii toyol..!mana lah aku tahu. Aku bukan ambil tahu sangat tentang budak itu.! Aku tahu,balik makan,mandi,tidur,baju,keluar lagi. Malam tidur,pagi keluar lagi,itu saja,"
Terang Difan."Ohhh betul juga.hehehe,.."! Raham mengaru kepalanya yang tak gatal itu.
"Cantik,ya!"Puji Raham lagi.
" siapa namanya?"sambungnya.
"Rina!"
"Rina,oh!"
"Kita ajak dia keluar malam ini. Aku ingin benar nak kenal lebih dekat dengan budak tu. Cantiknya lain macamlah. Cantik asli. Cantik asli ni susah nak cari,tahu Difan. Tinggi taraf nya, bukam macam gadis-gadis kota yang berseput dengan bedak empat inci. Aku dah jemu menatap gadis begitu. Kali ini aku ingin menatap gadis muka bujur sirib tu sepuas-puasnya."

ANDA SEDANG MEMBACA
DERITA RINA
RomansaMencintaimu bukan kerana harta Mencintaimu bukan kerana rupa Mencintaimu bukan kerana wang Mencintaimu kerana engkau adalah takdir untuk ku.. cerita mengisah kan kehidupan seorang gadis bernama Rina.ketabahan Rina menjalani kehidupan yang penuh d...