Malam itu setelah makan malam dan berehat-rehat sebentar,ketiga anak muda yang berdarah panas ini berhati-hati benar berpakaian. Raham yang berambut kerinting ketak-ketak membetulkan jambul tinggi entah berapa kali di muka cermin di bilik atas rumah itu. Setelah siap berpakaian,mereka turun ke bawah,kemudian mengunci rumah.
"Hai! Gelap saja bilik belakang tu,Difan?"tanya Raham di anak tangga.
" Siapa yang ada. Cuma orang gaji tu dengan anaknya saja!"
"Orang gaji yang gemum tu di mana?"
"Dia bekerja di sini. Tidur di rumahnya sendiri!"
"Nak bawa kereta siapa pergi sana?" tanya Raham.
"Soalan apa kau tanya ini.!kita ada kereta sendiri kita bawa kereta masing-masing lah!" jawab Ali hairan dengan sikap kawan gila mereka itu.
"Kereta aku tak lawa lah,nanti perempuan kat sana tak mahu tengok aku pula lah.!"
"Habis itu kau nak tumpang kereta siapa pula?"
"Kereta kaulah. Volvo merah kan lebih handal dari Volkswagen,Difan! Orang pun hebatlah sikit!" Raham memuji sambil ketawa besar.
"Ha, naiklah,apa lagi?" suruh Difan selamba.
"Ke mana,Difan?" soal Raham ingin tahu.
"Ikut sahaja lah banyak soalan pula kau ini dah macam perempuan pula?" Difan menghidup kan enjin keretanya lalu belalu pergi bergitu juga kereta Ali mengekori kereta Difan.
Volvo merah keluar dari pekarangan rumah beaar dengan angkuhnya.Enjinnya yang mengaum-mengaum memecah kesunyian malam. Kereta keluar dari jalan kenangan kemudian membelok ke kiri menuju bandar Tanjung Puteri yang keistimewaan yang tersendiri.
Mereka bebas berbuat sesuatu yang dianggapnya baik dan menyenagkan hati. Manusia-manusia disekitar bandar indah masih tertali arus menuju hala masing-masing.Kejar dan burulah keseronokan hidup sebelum langit Tuhan ini runtuh!

ANDA SEDANG MEMBACA
DERITA RINA
Storie d'amoreMencintaimu bukan kerana harta Mencintaimu bukan kerana rupa Mencintaimu bukan kerana wang Mencintaimu kerana engkau adalah takdir untuk ku.. cerita mengisah kan kehidupan seorang gadis bernama Rina.ketabahan Rina menjalani kehidupan yang penuh d...