bab14

22 1 0
                                    

TENGAH HARI esoknya

Raham yang jarang-jarang balik makan tengah hari di rumah nampaknya terpaksa balik kerana sepupunya ini.

Belum sempat Difan keluar dari kereta,Raham sudah menyumpah-nyumpah sepupunya.

"Puaka kau!" maki Raham sambil ketawa besar.Difan yang disemburnya itu tidak marah atau berubah air muka. Dia ketawa sama.

"Kenapa ksu tinggalkan aku malam tadi!puas aku mencari kau dengan Ali tapi tak jumpa.kau berdua ni betul menyusahkan aku!" sembur Raham lagi.Difan masih ketawa.Geli hati benar dia.

"Mana pula malam tadi?" Difan menyampuk senang.
"Pagi tadi!" sambung jurutera muda ini.

"Kau pun balik pagi tadi,Difan?" Raham terperanjat.Mata besarnya terbelalak merenung Difan. Tak percaya.

"Aku ingat kau balik malam tadi!"

"Buat apa balik malam.Kan seronok di kota cinta.Rugi kalau balik malam,Ham!"
Perkataan 'rugi'itu di tekannya sedikit. Ada makna yang mendalam pada Difan.Raham mengerti,kemudian tersengih nakal.

"Aku tunggu juga kau pagi tadi. Tak ada. Aku cabutlah. Aku kerja,kau tidak,pukul sembilan pun boleh bangun!"

DERITA RINAWhere stories live. Discover now