"Trauma"
Arsh membuat keputusan untuk cuti bagi menjaga Ad yang masih tidak stabil.
Berapa hari selepas kejadian. Ad telah disahkan keguguran oleh Doktor yang bertugas membuat checkup ke atas Ad
Flashback
Selepas Ad tertidur di bahunya. Arsh dengan perlahan membaringkan Ad di atas katilnya.
Arsh ke balkoni lalu menelefon Doktor personal keluarga.
30 minutes later
Doktor personal ataupun dikenali sebagai Dr. Bee. Tiba dengan membawa barang barang yang diperlukanya. Dr.Bee mengarahkan supaya berada diluar untuk seketika. Arsh mematuhi kehendak Dr.Bee.
Setelah berapa minit Dr.Bee keluar dengan muka yang mendatar
"Dr.. Macam mana dengan isteri saya.." Tanya Arsh dengan penuh pengharapan
"Maafkan saya Tengku, bayi Tengku dah takde"Ujar Dr.Bee
"Ba-Bayi?!!"Arsh terkejut lalu terduduk memandang sepi lantai hadapan biliknya
"Ye Tengku. Berkemungkinan disebabkan isteri Tengku terlalu banyak berfikir dan stress yang melampaui. Bayi Tengku baru je 1 minggu and saya taksangka yang Ad ni isteri Tengku. Sebab sayalah Doktor yang checkup dia. Saya minta diri dulu" Ujar Dr.Bee berasa bersalah
Arsh memandang kearah Ad yang sedang tidur dengan wajah yang tenang. Arsh terasa ada air yang hangat jatuh melalui pipinya.
P-patutlah...patutlah masa dia pengsan Ad darah yang mengalir dari kakinya.
Ni semua salah aku. Aku seksa dia. Ak-aku bunuh anak aku sendiri. A-Aku dayus. Kenapa!! Kenapa kau sanggup terseksa kenapa!!!!!Arsh dengan longlainya berjalan menghampiri Ad yang berada di atas katil. Arsh mengamati wajah isterinya. Dia mengenggam erat tangan isterinya. Dia menanggis semahu mahunya.
"Arsh minta maaf. Arsh d-dah bunuh anak kita. Arsh bodoh Ad. Arsh bodoh. Kenapa dari mula Arsh tak perasaan yang Ad lain dari yang lain. Ad maafkan Arsh Ad.." Arsh merayu sambil meletakkan tangan Ad yang masih hanyut dalam mimpinya kepipinya. Panas.
Arsh segera meletakkan tangannya kearah dahi Ad. Panas.
Ad demam
Arsh segera mengambil tuala basah lalu diletaknya diatas kepala Ad. Arsh turun kebawah untuk membuat bubur ayam untuk Ad sebelum dia memberi ubat kepada Ad.
Setelah bubur tersebut masak. Arsh menyenduk semangkuk bubur untuk disejukkan.
Arsh menanggis lagi. Kerana sikapnya. Dia sesal dengan dirinya sendiri. Ketika Arsh memunasabah diri tentang kekhilafan dirinya
"AHHHHHHHH!!!!!!!!" Satu jeritan dari atas
Satu sahaja berada dimindanya. Ad. Arsh bergegas ke biliknya.
Biliknya berselerak
Dia melihat Ad dengan keadaan seperti takut akan sesuatu. Ad duduk di sudut antara meja lampu bilik itu sambil menutup telinganya.
Ad menanggis melihat sekelilingnya.
YOU ARE READING
My Mr. Tengku ✔
RandomAdreane Shofeyaa seorang wanita kacukan Auckland yang mempunyai wajah yang rupawan seiring dengan personalitinya. Malangnya Ad sering dihina dan diejek oleh jejaka yang bertakhta di hatinya sejak dibangku sekolah kerana fizikal nya sedikit besar pa...