°18°

6.3K 233 12
                                    

"revenge took over me"





"Ad..abang Aaqish cakap esok Ad dah boleh keluar" Kata Arsh yang sedang membersihkan meja Ad

"Aku tinggal dengan abang Qish"

Arsh memandangnya dengan wajah sepi

"Maaf Ad..Abang Qish ada kerja dekat luar" Kata Aaqish yang tiba tiba masuk kedalam wad .

"Ad boleh tinggal dekat sana sorang diri" Jawab Ad memandang Aaqish

"No Ad..its not safe for you sis. Abang takut kalau Ad pengsan lagi" Kata Aaqish

"Tap-"

"Please Ad..demi Abang duduk dekat rumah Arsh okay?" Kata Aaqish memujuk Ad untuk tidak duduk sendirian dirumahnya

"Okay" Ad akhirnya mengalah dan melihat Arsh yang tersenyum lebar.

"So, ini ubat Ad. Makan ubat ni bila pening datang okay?" Kata Aaqish sambil menghulurkan sebungkus ubat kepada Ad

Ad mengambilnya.

"Arsh jaga adik aku baik baik" Sambung Aaqish dan Arsh hanya mengangguk tanda ya.

"Abang minta diri dulu ya" Kata Aaqish sambil mengusap kepala Ad dan berlalu pergi.

"Kau jangan nak gembira sangat!" Tegas Ad kepada Arsh

"Er o-okay...btw jam dah akhir ini Ad tidurlah" Kata Arsh yang masih memaparkan senyumannha walaupun tampak palsu. Arsh bergegas ke sofa dibawah tingkap. Arsh merebahkan badannya ke sofa.

"Sela.." Memandang Ad yang telah pun baring membelakanginya

"..mat malam Ad" Arsh baring beralaskan lengannya dan berselimutkan baju sejuknya.

Setelah mendengar Arsh berdengkur. Ad memusing badannya menuju kearah Arsh.

Kenapa  baru sekarang Arsh berubah disaat hati Ad benar benar jauh dari Arsh. Tapi jauh dari sudut hati Ad, Ad masih sayangkan Arsh tapi malangnya hati Ad penuh dengan pendam yang membawa dendam. Hati yang masih berdarah dan lukanya masih belum dapat diubati. Bahkan perkataan yang Arsh lontarkan amat menyakitkan dan sudah membuatkan hati Ad berderai dan semua serpihannya belum Ad temukan.

Maafkan Ad tetapi Arsh yang mulakan..

Air mata Ad menitis dan pun terlelap.

Tanpa Ad sedari Arsh masih belum tidur sepenuhnya. Arsh melihat titisan airmata Ad mengalir

Maafkan Arsh,Ad. Mungkin Arsh tiada peluang untuk memenangi hati Ad. Arsh janji. Arsh berusaha memenangi hati Ad dan takkan membuatkam Ad menanggis lagi.

---

[NEXT DAY]

"Ad dah siap ke?" Tanya Arsh lembut

"Dah" Jawab Ad yang hendak keluar dari wad sambil membawa barangnya sendiri

"Eh biar Arsh yang bawa barang ni ye" Tawar Arsh sambil mengambil barangan Ad.

"Sibuklah kau ni!Hishh" Kata Ad sambil menepis tangan Arsh

"Kau nak sangat bawa kan. Nah!" Sambungnya menghempas barangannya kelantai. Habis bertaburan.

Arsh terasa hati dengan layanan Ad yang berbeza. Jauh berbeza. Arsh faham Ad bersikap begini berpunca darinya. Sikap yang sangat memandang hina orang.

Selesai Arsh mengambil dan menyusun barangan tersebut. Arsh memegang tangan Ad untuk mempimpin Ad ke keretanya.

"Pahal kau ni ! Aku ada kaki lagi boleh elok aku jalan. Lepas tangan kau. Aku jijik"Kata Ad

"KAU.RAMPAS.MAHKOTAKU.TANPA.KERELAAN.AKU"Sambung Ad bernada menahan jerit  setiap perkataan sambil merenung tajam Arsh.

"Arsh min-"

Ad bergegas keluar dari wadnya.

Arsh hanya memandang sepi permergian Ad yang kian jauh. Arsh membawa barangan Ad ke kereta.

Setibanya di kereta. Arsh melihat Ad yang sedang menunggu Arsh. Arsh senyum melihat wajah isterinya.

Arsh membuka pintu untuk Ad dibahagian hadapan tetapi Ad dengan pantas membuka pintu belakang. Ad duduk dibahagian belakang. Arsh yang terkedu hanya tersenyum dan menutup pintu itu kembali lalu ke tempat pemandu.

Semasa perjalanan..

Suasana hanya sepi tanpa sepatah bunyi. Arsh melihat cermin yang menampakkan wajah isteri yang putih bersih yang disinari cahaya.

Arsh terfikir suatu idea. Arsh membawa Ad ke taman kerena dia tahu Ad suka pergi ke taman ketika mereke masih belajar.

Ad yang berada dibelakang sedang berada dialam nya sendiri

Sesampai di taman...

"Ad..." Panggil Arsh

"Ad..."

"Aku nak balik. Aku penat. Takde masa aku nak layan kau"

"Jomlah keluar sekejap"Kata Arsh

"Pleasee..."

"Aku kata penat kan. Kau pergilah sorang buat apa nak aku teman"

"Laaa please temankan Arsh..." Rayu Arsh

"Kau nak kau pergi aku penat. Kalau nak juga aku keluar teman kau jangan harap aku masuk balik dalam kereta 'mewah' kau" Jawab Ad yang menekankan perkataan mewah.

"Kalau Ad penat takpelah lain kali lah erk?"

Ad tidak membalas dan mula mengalih pandangan ke luar lagi.

Ad hanya takut. Takut untuk mengingati peristiwa pahit Ad yang Arsh bagi dulu ditaman ini. Arsh pukul,tendang serta hina Ad depan orang ramai. Sungguh Ad amat malu dan marah. Bahkan Arsh sakiti Ad dengan menghiris lengan Ad supaya nampak hebat dihadapan kawan Arsh.

Ad melihat parut mirip bentuk bintang di lengannya lalu memandang kembali keluar tingkap. Tanpa Ad sedar airmatanya jatuh dari pipi

Arsh yang perasaan ketika Ad melihat lengannya yang berparut.

Adakah Ad ? Adakah dia adalah Ad?
Nooo..
Tapi parut tu sama dengan apa yang aku ukir...
Di-..Ad adakah dia cinta pertamaku?
















My Mr. Tengku ✔Where stories live. Discover now