°12°

8.8K 322 31
                                    

"story between us never end until my last breathe.."







months ago..

Tengku Athy telah pulang dari UK kerana mendapat panggilan bahawa Arsh pengsan semasa kejadian berlaku. Athy mendapat panggilan dari Doktor Bee. Doktor peribadi mereka.

Athy melihat Arsh yang duduk di balkoni sambil memeluk sebuah frame. Ye frame dimana adanya wajah isterinya. Wajah sunggul Arsh membuatkan Athy mengalirkan airmata. Kehidupan Arsh tidak lagi seperti dulu. Jauh sekali perubahan Arsh. Athy terpaksa mengambil alih tempat Arsh sebagai CEO di pejabat.

Siang malam setiap tidur Arsh akan menyebut nama, Ad. Ya isteri adiknya

Disebalik pernikahan Arsh dan Ad. Athy adalah yang menyebabkan mereka berkahwin.

Flashback..

Ketika Athy mengemas barangnya untuk ke UK. Dia mendapat pesanan daripada PA nya bahawa Arsh telah mendapat assistant baharu di pejabat. PA Athy telah menghantar gambar Ad kepada Athy. Athy mengamati wajah Ad. Ketika Athy mengamati wajah Ad, Athy terus teringat pada ketika Ad dibuli oleh adiknya.

Athy pernah mendengar bahawa Ad adalah seorang gadis yang amat mencintai adiknya. Ini adalah peluang bagi Athy untuk membuatkan Arsh akan berubah.

Pada masa Ad dan Arsh ditangkap berdua duaan dipejabat. Athy yang menghantar orangnya untuk menelefon pihak JAKIM. Dengan cara itu saja dia dapat mengembalikan adiknya

End

Hati Athy luruh melihat keadaan adiknya. Selepas pemergian isterinya ,Ad. Arsh tidak pernah keluar dari biliknya. Makan pun tidak. Tubuh Arsh sangat kurus dan tak terurus. Bila Athy hendak mengurus Arsh. Arsh tepis tangan Athy, dia hanya mahukan isterinya.

"Ar-Arsh.. Jom makan akak suapkan"Athy duduk disisi adiknya yang masih di balkoni.

"Aaa buka mul-" Arsh menepis makanan yang disuap oleh Athy.

"Aku nak Ad suapkan!!" Arsh menyergah Athy sambil mengambil makanan tersebut lalu dicampaknya ketepi. Arsh kembali melihat gamba Ad.

"A-Ad.. Arsh rindu Ad. Ad kenapa tinggalkan Arsh sorang sorang" Arsh menanggis melihat gambar Ad lalu dipeluknya

"Ar-Arsh..Ad dah tak ada Arsh" ujar Athy dengan mata yang bergenang

"AD MASIH HIDUP! KENAPA TAK PERCAYA ARSH! DIA KERJA JELAH NANTI DIA BALIK" Marah Arsh sambil menolak Athy ketepi

Athy memeluk Arsh dengan erat.

"Arsh jangan macam ni Arsh. Ad dah tak ada Arsh. Roh Ad takkan tenang kalau Arsh macam ni. Ad pasti sedeh tengok Arsh macamni. Arsh perlu tunaikan hasrat terakhir Ad,Arsh"

"Kenapa semua tak percaya Arshh! Dia akan kembali dekat Arsh lagi. Tolonglah akak percaya Arsh akak" Rayu nya sambil menanggis dibahu Athy

"Arsh harus teruskan hidup Arsh demi Ad. Ad pasti kecewa tengok Arsh macamni"

"Ta-tapi kak..." Ujarnya masih bersisa tangisan

My Mr. Tengku ✔Where stories live. Discover now